Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Sunday, November 9, 2008

sedihnyee... bonda da pegi... :(


buat pengetahuan korg, NC Um kite, Datuk Rafiah Salim, baru shj tamat kontraknye semlm...
penukaran NC ni setiap 2 tahun sekali, & it's time for her to go..
since die ade kat sni, byk bende yg die da wat tau..
ni ade kertan dari akhbar berita harian semlm..

KUALA LUMPUR: "Saya terkilan." Demikian reaksi Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim yang tidak disambung kontraknya bagi terus menerajui institut pengajian tinggi awam (IPTA) tertua di negara ini, semalam.

Rafiah yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi mulai semalam, melahirkan rasa terkilan kerana tidak diberi 'kesempatan' untuk meletakkan UM sebagai antara 200 universiti teratas dalam senarai Times Higher Education Supplement (THES) dalam tempoh dua tahun.

"Saya sudah membuat pelbagai perancangan tetapi kini semua impian saya 'terkubur' begitu saja berikutan kontrak saya yang tidak disambung semula oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

"Bagaimanapun, saya akur dengan keputusan ini dan berharap supaya pengganti saya berusaha keras bagi memastikan kedudukan UM terus pada tahap tertinggi serta disanjung ramai," katanya ketika ditemui Berita Harian pada majlis perpisahannya di sini, semalam.


Pemilihan Rafiah sebagai Naib Canselor pada 1 Mei 2006, mencatat sejarah memandangkan beliau adalah wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini.

Beliau akan digantikan bekas Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr Gauth Jasmon yang difahamkan memulakan tugasnya 11 November depan.

Mengulas bila beliau dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan tidak menyambung kontraknya, Rafiah berkata, beliau hanya dihubungi menerusi panggilan telefon daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan, petang Rabu lalu.

"Beliau tidak menyatakan sebab kontrak saya tidak disambung tetapi memberitahu Dr Gauth akan menggantikan saya... itu saja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata pemilihan naib canselor baru UM berkenaan dilakukan selepas melalui proses saringan terperinci oleh jawatankuasa carian di bawah urusetia Kementerian Pengajian Tinggi.

tu la psl tamatnye contract bonda..
hope she will remember all of the memories here as one of um communities..
UM is one.. heh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...