Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Thursday, December 31, 2009

thailand tour part I

salam alayk~


sempena cuti antara semester lepas, keluarga sebelah ummi berpakat untuk melawat pakcik saya, iaitu pak anjang, yang menetap di selatan thailand, di daerah pattani. Dia sudah hampir 10 tahun tinggal di sana kerana mengahwini seorang gadis, anak kepada tok guru nya. :)


oleh kerana kami sangat la ramai, jadi, kami semua bercadang untuk memandu ke sana, yang memakan masa hampir 2 hari.


Hari pertama: 17 Disember 2009


sementara menunggu abah selesai waktu kerjanya, kami sekeluarga, iaitu ummi, sofi, izzat & saya, sibuk mengemas persiapan untuk percutian kami yang cadangnya mengambil masa selama 5 hari. Dalam jam 4.30 petang, kami bertolak dari tenggaroh, kota tinggi ke Kulai, iaitu rumah atok, yang memakan masa hampir 1 jam setengah. Kami singgah di klinik haiwan, Global Pets, untuk 'drop off' Solid & Bubble ( kucing-kucing ummi ).


Setibanya di Kulai, Cik ajan sekeluarga telah pun menunggu. Kami bertolak ke Kuala Lumpur lebih kurang selepas isyak. Atok & atok pah juga ikut sama.


Perjalanan ke Kuala Lumpur agak bosan, kerana highway yang sama sahaja pemandangannya sepanjang-panjang perjalanan. Abah pun cepat sangat mengantuk. Mungkin kerana letih bekerja siang tadi.


Dalam jam 12 mlm, kami tiba di rumah pak itam, yang terletak di subang. Kami bermalam di sana.


Hari ke-2: 18 Disember 2009

Hari ini, perjalanan lagi jauh, jadi, sejurus selepas subuh, kami terus bersiap2 & sarapan pagi yang sememangnya sgt sedap, walaupun hampir semua yang mak itam hidang adalah made-in-kedai.. huu

Kali ini, hanya keluarga saya & keluarga cik ajan sahaja yang akan konvoi ke Thailand, sebab rupa2nya, pak itam telah pon menempah tiket Firefly utk atok & atok pah serta utk keluarganya. Mereka di jangka berlepas dalam pkul 2.15 pm, so, utk 'mengejar' kapal terbang dari subang ke kota bahru tu, abah & cik ajan speed terus ke Thailand tanpa banyak berhenti.

Dari subang, kami mengambil lebuhraya utara selatan menghala ke ipoh, & turun di kuala kangsar. Di sana, kami mengambil jalan menuju ke grik. Kali ini, perjalanan tak membosankan sangat, sebab pemandangan yang jarang2 sekali kita dapat lihat. Terutamanya jalan dari grik ke jeli. Mmg la memeningkan betul jalanrayanya, sebab kita merentasi banjaran kan, tapi mmg sangat berbaloi, sbb dapat tengok empangan temenggor, yang selama ni, hanya tau melalui mata pelajaran geografi waktu tingkatan 3 sahaja. Huu.. akan tetapi, kami xberkesempatan utk turun di sepanjang jalan untuk mengambil gambar kerana hujan yang lebat2 rengai sepanjang2 ke jeli.

Dari Jeli, kami mesti ke rantau panjang, iaitu sempadan dari Negara Thailand. Malang sekali, lagi 20 km ke rantau panjang, apabila jam menunjukkn pukul 3.00 pm, ummi menerima panggilan dari pak itam, yang mengatakan mereka terlepas kapal terbang. Jadi, mereka terpaksa beli semula tiket yang baru, iaitu penerbangan pada pkul 6.00 petang pula. Sejurus mendengar berita itu, kami bercadang untuk berhenti untuk solat jama' qasar zohor & asar di masjid berhampiran, seterusnya meneruskan perjalanan ke rantau panjang.

Rantau panjang merupakan pekan yang agak kecil, iaitu boleh di katakan pekan koboi la. Sangat sesak jalan rayanya, bukan shj kerana byk kenderaan, tapi krn jalannya yang sempit & sesak dengan orang2 tempatan, pelancong2 yang ingin ke Thailand, rakyat Thailand yang memasuki Malaysia, serta xlupa juga haiwan2 ternakan yang turut sama menyesakkn jalan.. huu

Disebabkan perjalanan yang tak henti2 tadi, perut kami juga meminta di isi, jadi, kami berhenti & makan tengahhari di kedai makan berhampiran dengan The Zon. Sudah semestinya, kami berpakat order mee tomyam, kerana di situ terkenal dengan kelazatan tomyamnya.

Dalam pukul 6 petang, pak anjang tiba di sepadan Thailand untuk menjemput kami semua, tetapi, kami terpaksa tunggu ketibaan Firefly dari subang itu mendarat di kota bahru yang di jangka mengambil masa lagi 1 jam. Selesai solat maghrib, baru pak itam sekeluarga serta atok sampai di rantau panjang dengan menaiki teksi dari kota bahru. Kami agak risau kerana kami terdengar ura2 mengatakan pejabat imigresen Thailand tutup selepas pkul 7 mlm, tapi kami amik je risiko untuk masuk. Nasib menyebelahi kami, rupa2nya pejabat tutup dlm pkul 10 mlm. Jadi, sempat la utk proses semua dokumen2, passport & kereta 2 buah untuk di bawa masuk, iaitu kereta abah n kereta Wish cik ajan. Urusan semua selesai dlm pkul 9 pm.

Seterusnya, perjalanan dari sempadan thai ke rumah pak anjang yang memakan masa hampir 1 jam setgh. Sangat2 teruja masuk ke Negara orang, mmg betul kata org2 tua, bagai rusa masuk kampong, jakun nmpk sume. Tapi memandangkan hari da makin larut,pemandangn semakin terhad, xbyk yang dapat dilihat.xsampai ½ jam perjalanan, tiba2 kami di sekat dengan 1 roadblock. Ade beberapa org polis sedang menunggu untuk membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang lalu di kawasan itu. Alhamdulillah, kami tidak di tahan dan selamat untuk meneruskan perjalanan. Waktu itu, jantung ini berdegup mmg x boleh nk di kira pantasnya. Huu

Setelah beberapa puluh KM bergerak semula, terdapat 1 lagi roadblock, yang pada kali ini di jaga oleh askar2 pula. Lagi menyeramkan, mereka menggalas senapang2 yang pelbagai jenis, & menahan setiap kenderaan yang lalu. Bila abah menurunkan tingkap sisinya, terdengar seorang askar itu mengucapkn salam mereka dlm bhs siam, lebih kurang mcm ni la sebutannya, "kap".. ntah betul ke x..huu.. di kawasan jagaan askar ni, yang paling memelikkan, mereka seperti membuat kubu mereka di sepanjang jalan sekatan itu. & yang paling menarik, ade satu kubu yg di bina menggunakan beg2 pasir, & terdapat seorg askar dgn senapang sniper didlmnya. Di atas askar itu, terdpt seperti jala ikan tergantung. Hurm.. wonder what it is...

Sekali lagi, kami selamat meneruskan perjalanan. Buat pengetahuan semua, sebenarnya, sepanjang perjalanan kami itu, terdapat 14 sekatan jln raya yang di buat sama ada oleh polis atau askar, tapi xsemua roadblock di jaga. Ade juga yang di biar, iaitu Cuma terdapat kayu & besi yang menghalang jalan.

Tepat pkul 11 mlm, kami tiba di rumah pak anjang. Rumah dia terletak di pantai Waksyukri, mmg btul2 dpn pantai. setibanya kami di sana, kami di sambut dgn hidangan makan mlm yang sungguh mnyelerakan! 3 dulang berisi ketam rebus penuh terisi di tikar makan, beserta dengan lauk pauk seafood laen. Tanpa di jemput pon, kami sudah melahap krn terngiur dgn ketam yang luar biasa besarnya. Tidak kurang dengan sedapnya, ketam2 tersebut baru shj di tangkap & isi serta kulitnya sgt2 lembut! Cukup dgn seekor shj, sy mengambil masa ½ jam untuk menghabiskn isinya! Kata pak anjang, ketam tersebut br shj menyalin kulit, itu yang kulitnya sgt lembut. Seusai mkn, kami diberi tempat untuk melepaskan lelah perjalanan sehari di bilik masing2. Memandangkan saya sekeluarga yang mempunyai ahli lebih, jadi, pak anjang memberi kami sebuah rumah laen, yg di sewa khas supaya kami sekeluarga lebih selesa. Yang laen2 menetap di rumahnya.

Sebelum masuk tidur, sempat ummi bertanya pd pak anjang, knape ada jala atas kubu tentera tu?

Pak anjang menjawab "sebab, selalu sgt org dlm kubu tu kne bom dgn bom tgn. Klu org lalu lalang kat ctu, diorg baling bom, n kene jala, nnt terpelanting la blk bom tu.." kata pak anjang sambil tersenyum..

Mlm tu kami tidur dgn pelbagai fikiran menerajui minda masing2....


To be continued...

Friday, December 11, 2009

melaka tour

salam alayk..
terbukti, cuti2 ni mls sgt nk update blog.. sbb kat rumah, byk sgt xtvt menarik utk di tulis, smpai mls nk tulis.. haha..

mmg terasa rindu sgt pd blog, so, utk mengubati kerinduan ini, so, sy selitkan antara xtvt yg
sempat di buat semasa cuti...

minggu ni, abah ade meeting kat melaka, 3 hari, so, sempat la kitorg berjalan2...

sebenarnya, sudah lebih 10 tahun x menjejaki melaka ni. last rasenye pegi waktu darjah 1.. huu~

sblum habis exam sem lps, dak2 farmasi ade rancang nk g melaka ramai2.. excited sgt nk pegi! tp, byk plak halangan masa tu, dgn projek reduksi xsettle lg, & ade family matter nk kene selesaikan, & kewangan yg xmengizinkan, so, terpaksa xikut.. sedih jugak sbb xdpt g holiday ngn kwn2.. tp, Dia maha merancang! akhirnya, dpt jugak pegi...
Muzium Layang-layang

istana kesultanan melaka..
-ampun tuanku-


muzium samudera...
-kapal flo de la mar-

so, mmg xlepaskn peluang melawat tempat2 bersejarah ni..

tp, bila sy lihat sume peninggalan sejarah2 zmn dahulu, rase sebak melanda... sbb yg kita dpt lihat, kebanyakkannya peninggalan penjajah yg menjajah tanah melayu dlu.. sedih sbb kita penah mencapai zmn kegemilangan & kita juga yg menjadi penyebab kehamcurannya. & dgn kelemahan tu, ade pihak2 yg mengambil kesempatan, dgn di sertai pengkhianatan dr negeri2 laen, yg turut membantu penjajahan ke atas tnh melayu...

mmg ade positif & negatifnye bila kita lihat semula apa yg ada di sana...

yg pastinya, melaka sekarang, bkn sekadar tempat yg bersejarah, tp juga pusat membeli belah yg semakin memesat.. smpi berbatu2 tanah melaka di tambak utk pembangunan.. mmg boleh di puji la usaha kerajaan dlm aspek pelancongan ni.. mmg byk tempat penginapan, penggangkutan awan pun senang nk dpt... lagi senang naek public transpot klu ke melaka sbb bandar hilir tu sgt2 sesak dgn kenderaan...

alhmdulillah, dpt g jejak kembali sejarah malaysia yg telah lama luput di ingatan, setelah 5 tahun meninggalkn SPM.. huu~

ps: kesian sofi n along x dpt ikut g melaka..

pss: insya Allah, minggu dpn ade liputan ke thailand pula!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...