Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Friday, December 21, 2012

New title

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, banyak nikmat yang Allah beri tapi jarang kita syukuri. sebab kita selalu fikir apa yang kita tak dapat dari apa yang kita ada. selalulah berfikir dan hargai nikmat sekarang, dari kita fikir apa yang telah berlaku semalam.

Alhamdulillah sekali lagi, saya telah selamat diijab qabulkan dengan en L, aka nazlan (opss sudah kantoi nama..hehe) pada 8 disember 2012 yang lalu.. huu lama sungguh tak update blog.. sejak menyandang jawatan baru ni, banyak aktiviti peribadi sudah tidak peribadi lagi. semua mahu dikongsi dengan L. teruja ada insan yang sanggup kongsi hidupnya dengan saya. thanks L ;)

Thursday, December 6, 2012

Engagement Day


Assalammualaikum wbt

As i promise, inshaAllah post kali ini saya akan ceritakan majlis bertunang saya.
Alhamdulillah, 2 weeks after L proposed (saya cuba ingat balik macam mana ayat die propose, tapi xdpt recall..huhu), keluarga L datang untuk merisik dan bertunang. actually, pada mulanya hanya majlis merisik sahaja, tetapi, memandangkan saya akan ke sabah tak lama lagi, seminggu sebelum family dia datang, tukar plan untuk bertunang terus. huhu.. agak kelam kabut buat persiapan.

Monday, December 3, 2012

adat dan kebiasaan

Assalammualaikum wbt..

Lebih kurang 4 hari lagi untuk ke akad nikah.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di kota tinggi. melihat majlis dia nampak sangat penat (dan hakikatnya memang penat). yelah, kami masak sendiri, dan majlis dibuat dirumah sendiri. jadi, tenaga kerja sangat-sangat perlu dikerah. dan pada masa ini, saya buat pertama kalinya berjumpa dengan keluarga belah abah selepas saya bertunang dulu (owh ya, masa bertunang keluarga belah abah sedang bercuti ke sabah, jadi mereka xdapat hadir). jadi, saya dihujani pelbagai soalan-soalan cepu emas yang kadang kala, terdiam saya untuk menjawabnya...

Friday, November 30, 2012

The date


Assalammualaikum wbt..
Alhmdulillah, today is Friday, and Friday always is a very blessed and cheerful day, as tomorrow will be holiday! I mean, not just a weeknd, but holiday! Hooray!! I’m heading back to johor today, inshaAllah.. my flight will be on 1830 depart from airasia terminal kota kinabalu and estimated to arrive on 2030 at senai airport, JB..

Tuesday, November 27, 2012

Warna warni hidup

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi hari ini untuk menjadi lebih baik dari yang semalam..inshaAllah..rugilah orang-orang yang sia-siakan masa yang ada dengan tidak menggunakan dengan sebaiknya..


Post kali ini mengenai N lagi..
owh, dia suruh gelar diri dia L (dia kata lagi glamor, artis katekan..huhu)

Saturday, November 24, 2012

The turn - i mean, my turn

Assalammualaikum wbt.
Kehadapan blog saya yang di kasihi..cehh.. lama betul xguna bahasa puitis gini untuk mengarangkan..hish, manalah skill sasteraku yg blaja time sekolah dulu..huu

Ok, lately, my life are becoming interesting.. On my previous, previous post, i told you about all those adventures i'd experience this year. well, actually, this coming month, this last month of 2012 will be a blast for me throughout my whole life. 

Yes, I'm getting married, inshaAllah.. (excited!!)

Thursday, November 15, 2012

Drama melayu

Assalammualaikum,

1 muharram 1434H, 15/11/12

Hari ini, pelan untuk ke festival halal di 1borneo hypermall, tapi mcm tersalah tengok poster je. sbb search dekat internet, tak ada pun any post about this event. huu. so, end up saya dan kak murni lepak kat rumah shj.

owh, drama melayu secara jujurnya saya tak berapa layan sangat.. bukan apa, kadang-kadang jalan ceritanya biasa sangat (atau mungkin jalan ceritanya sangat sebati dengan budaya dan gaya hidup sendiri, menjadikan ia rasa tak seronok utk tengok..huu). tapi kebelakangan ini, sejak kaki patah aka kereta tak sampai lagi, saya banyak habiskan masa di rumah dan tertengoklah drama-drama melayu ni..hee

ada satu drama ni, mengisahkan bagaimana pengorbanan seorang isteri yang suaminya lumpuh kaki akibat kemalangan ditempat kerja. jadi si isteri terpaksalah keluar bekerja untuk menanggung 2 anak yang masih kecil.. jadi watak dah terbalik. suami jada rumah, isteri keluar cari kerja. isteri sangat stress bila kat tempat kerja kena kacau dengan lelaki2 gatal dan bila balik rumah tgk rumah sgt tidak terurus..

hish.. tiba-tiba saya terbayang, bagaimana lah kalau saya ditempat si isteri tu. boleh ke saya masih jadi isteri yang solehah? ganti tempat suami jadi nafkah, dan sabar dengan ujian yang Allah beri tu? boleh ke kita keluar bekerja, membanting tulang mengisi perut anak dan suami, dan dlm masa yang sama jalankan tanggungjawab seorg isteri? dan boleh ke kita pertahankan maruah suami yang terlantar dirumah, walhal mesti tercabar ego dia bila kita yang terpaksa ganti tempat die untuk cari nafkah?

wahh.. banyaknya benda kena fikir! huhu

kita tak tahu apa masa depan kita nanti kan. apa yang kita harap mungkin tak sama dengan apa yang kita dapat. Allah itu Maha Adil.. ujian Dia pn custom made. sekarang masa bercinta memang nampak manis. berangan-angan untuk hidup bahagia menyulam cinta..cehh.. tp tak pernah nk merancang untuk mcm mne nk face untuk susah kn..

mari kita doa banyak2 supaya kita sentiasa sabar dan tabah untuk ujian mendatang..amin...

Sunday, October 28, 2012

New journey @ new place

Salam alayk
Alhmdulillah.. saya masih membuktikan bahawa blog saya masih bernyawa! hehe
owh, ini mungkin dorongan seorang stalker yang baru shj khatam membaca blog saya..dan terkantoi..hihi
akibatnya saya mula rasa untuk menulis semula..kerana bila saya meneliti semula post2 lama saya, wah, rase seronok lihat tahap perubahan fasa hidup (dan fikiran..huu).

ok, let's start fresh!

dalam beberapa bulan lepas, pelbagai perubahan telah berlaku pada diri ini.. baru sedar yang bila usia meningkat, setiap keputusan yang dibuat akan nampak hasil dan memberi impak yang besar, bukan shj pada diri sendiri, tapi pada orang sekeliling kita. Bermula dari perjalanan di Hospital Kluang (Hklu) sebagai Provisional registered pharmacist (PRP) hinggalah tamat latihan.

menjadi 'bahan mentah' di hklu sangat menarik dan mencabar juga.. yelah, ambilan batch kami tidak ramai.. hanya 5 orang sahaja, menjadikan kesemua prp pd masa tu seramai 7 orang. jadi, sangatlah padat waktu oncall dan segala assignment yang perlu disiapkan. tetapi bilangan kami bertambah menjelang 2012 bila ada ambilan pelajar2 dari luar negara. banyak perkara baru yang saya belajar, ramai orang baru yang saya kenal. dan pelbagai pengalaman pahit, manis saya pelajari dari semua orang. alam bekerja tidak sama sekali dengan alam belajar. kita kena menempuh pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. jadi semakin kita terjatuh, semakin itu kita belajar. biar jatuh sekarang dan belajar sesuatu, dari jatuh dan tak berjaya ambil apa2 dari kesakitan itu.

dari kiri: fathiah, epoi, sy, yee kee, faz dan farha (new batch prp's exp epoi)

dari kiri: amirtha, amal, anak kak salimah (xingat nama..huu) sy  dan kak salimah

beraya di rumah kak zura. dari kiri: kak ida, faz, adik kak zura, kak zura, farha, saya, fathiah, anak sedara fathiah dan kak laila


alhamdulillah, setelah genap setahun menghabiskan latihan disana, saya diarahkan utk berkhidmat di Negeri di bawah bayu pula. pada mulanya saya dapat tahu posting kali ini, hati semacam tidak dapat menafsir emosi. huu.. sedih? gembira? terharu? atau marah?
ok, kesemuanya...
dari situ, berlaku perubahan besar dlm hidup saya. setiap keputusan yang saya buat membawa saya ke sini... banyak hikmah nya rupanya Allah nak bagi dan Allah nak uji. bukan senang nk dapat apa yang kita nak. dan benda yang baik bukan senang nak dapat, jika Allah tak uji kita. alhamdulillah, ada insan yang sudi mendengar dan berkongsi rasa, menjadikan hati kuat untuk menjadi lebih baik dari hidup yang sebelum ini!

sekarang, saya sudah hampir 2 minggu disini. masih dalam fasa menyesuaikan diri. mencari kawan, mencari keserasian. dalam kesibukan ditempat kerja baru, dalam kesibukan persiapan rumah baru. walau hati masih bertaut rindu pada keluarga di tanah sana, tapi dikuatkan juga agar setiap sabar, setiap doa, Allah kabulkan. rasa sangat bertuah juga kerana ditempatkan sangat berhampiran dengan kawan2 UM dahulu (nad saat, nadiakmal, amal dan rusdiah), serta senior2 UM yang sangat ringan tulang membantu itu dan ini.

rumah terbalik


banyak rancangan selepas ini. banyak lagi pengalaman ingin dikongsi, mungkin post lain kali ya! :)


Monday, August 6, 2012

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines



Assalammualaikum...
Currently i am addicted to this song..xsangka budak kecik ni yg nyanyi lagu ni..huhu..
yeah! Best of luck pada kawan baik yang skrg tgh struggle utk cari keje, pegi interview..xpe, biar skrg kita susah..nnt kita sama2 senang akan dtg, inshaAllah :)

Monday, June 25, 2012

Do and Don't

Assalammualaikum

sudah hampir setahun sy bekerja... skrg buzy utk submit report latihan (atau log book) dan siapkan project latihan (same mcm FYP). dan sedang sibuk memikirkan dimana akan ditempatkan selepas ini...

pernah tak anda terfikir utk buat jahat? mesti pernah kan (I do :-( )...

doing bad things, even it is fun and you like it, doesn't mean it's a right thing. yeah, you will feel the fun for now, but you will regret it later, especially those things that can effect your future life.

and have you ever feel difficult to start doing good things? i do (again, it's me)...

good thing is difficult, but when you start to do it, you may find it calming and soothing your inner self (soul)

so, here is a simple tips i've learnt from someone (doesn't remember who..huu), to avoid doing bad things and to start doing good things easily..

it's simple, if you feel like doing bad thing, DELAY it.. say "hurm, can i do it after work" and when it comes that 'after work', you may find no enthusiasm to do it...or if you feel like doing it again, delay it...the point is to delay your action to do it.. beside, bad things only count when you do it, not when you wish to do it, right?..

and, when it comes to good things, DON'T DELAY it! EVER!!! coz, good things only flash a moment in your head before it been contaminate by syaitan's temptation to do not do it.. so, what ever comes in your mind to do something good, like you what to solat early in time, zoom your self to take wudu' and start praying, don't think too much about "where to perform your prayer", or "i don't have a proper cloth to wear" and so on..coz when you think and think, your mind tend to find reasons to do it, and there comes a lots of negatives thought about that good actions. and we all know that even a wish to do good count, so be your action will be rewarded doubles or triples, right?

point to take home:
DELAY YOUR BAD INTENTION, BUT DO NOT EVER DELAY YOUR GOOD ACTION!

Please remind me if I forget. Let us built a new 'we' before entering Ramadhan...
Love you guys..
Salam

Saturday, June 2, 2012

kerja dan rumah

orang slalu beranggapan aku kuat, tp orang tak tahu aku struggle diam2 untuk jadi kuat. 
orang slalu nampak aku gembira, tp orang tak tahu aku menangis sorang2 utk lepaskan perit dalam hati...
dan bila aku mengaku dan mengadu aku sudah tidak dapat tahan lagi, tiada sorang pun percaya yang aku dah tewas, walhal, aku dah lama tewas dengan diri sendiri. orang shj xpernah nmpk.
aku benci dengan diri aku yang sekarang. mmg aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada, sbb apa yang aku dapat mesti aku xpernah mensyukurinya, dan aku akan sia2 kan segalanya.
aku memang tak guna untuk berdiri sendiri. aku selalu jadi bahan tawa hawa nafsu sendiri bila diri tewas dengan bisikan2 jahat dalam hati
aku benci bila tak ade orang nk percaya yang aku sudah tak sanggup nk tahan.
aku benci bila orang mcm faham perasaan aku walhal die tak pernah nk ada dlm situasi aku
dan aku benci bila aku sendiri tak dapat handle diri sendr, walhal tubuh, jasad dan nyawa aku ni Allah bagi utk aku jaga, bukan orang lain jaga.
susah sangat ke nk faham yang aku dah tak sanggup hidup dengan keadaan sekarang, yang aku sendiri terkapai2 cari darat?
korang tak faham sebab aku tak pernah cerita apa, kenapa, siapa dan mcm mne..
itu jadi rahsia aku dgn aku shj. 


iya, ini pos aku yang tulis. mungkin pos ini lain dari yang lain, sebab aku yang itu tak sama dengan aku yang ini. 


i dont knw what kind of help i want, but please help me.
yes, you. 


dont like me cause i never like this 'me' (point at myself)
dont hate me, because im not worth to be hated



Monday, February 27, 2012

Vlogs

Salam...
have you ever subsribed to any vlog?

vlog is a new era of blogging i guess, 'cos some of us prefer not to read a loonggggg articles, and yeah, video tapping articles seem to attarct alots more viewer right? and this also has become a new method of da'wah.

these are a few vlogs that i found interesting and worth subscribing...

she is 17 and i lovee her maturity to talk about things, and her ascent too!

he is studying at canada, and if i'm not mistaken, raiz knew him.. kan raiz?



Monday, February 20, 2012

food for soul

Assalammualaikum wbt
Perasan semenjak mula menetap di sini, hati sangat mudah untuk berasa emosi. Terasa sangat kalah dengan perasaan sendiri.
Kalau rasa marah, sangat-sangat marah…
Kalau rasa suka, sangat-sangat suka…
Dan emosi itu pasti akan berlarutan lamanya…macam tiada pengakhirnya
Pelik, padahal dahulu tidaklah seperti ini. Selalunya emosi, walau mudah melenting, tapi mudah reda.

Hari itu, sambil ber’midnight supper’ dengan amal di gerai makan, baru sedar kenapa boleh jadi begini.
Mungkin sebab kurangnya makanan pada hati. Jadi hati sangat senang memberontak. Senang capai paras ‘threshold’.

Food for soul…

Ye, sangat craving for them. Mungkin di sini tak sama dengan di sana.

Di sana, ilmu senang nk di cari. Kadang-kadang tak perlu cari, hanya perlu ada kehendak sahaja untuk datang atau tidak. Tetapi di sini, perlu cari dan perlu ade ‘determination’ yang sangat-sangat kuat! Orang lemah macam saya ini selalu kecundang… L

Ya Allah, kuatkan hatiku…

P/s: bulan ini sahaja dah melepas 3 event best! (k-fiqh ummah, Seminar apa ertinya saya menganut islam, dan productive muslim seminar). Bulan depan ade conference bidadari , tapi macam tak dapat nk pergi jugak.. L

Tuesday, January 24, 2012

men VS women


Assalammualaikum wbt.

recently i've been listening to this music. bila dengar lagu ni, teringat lagu anuar zain, sedetik lebih, kerana mungkin isi lagu ini lebih kurang sahaja. lagu yang terlebih metafor. yelah mana ada orang sekarang boleh hidup lebih dari seribu tahun kan? most of us died because of the complication of disease related to food. ok, that is not the point here.

Monday, January 23, 2012

celaru

Assalammualaikum...
bila emosi celaru, baru blog ini akan di update.. itu trend saya skrg..
(*emosi celaru = gembira/sedih/marah)

Monday, January 9, 2012

Cherating's call

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana memberi kami peluang untuk bersama..

Saya dan raiz bukan kawan biasa..we're like the other side of our ownself.. (kan raiz?..huu)

Semalam saya dan raiz berpeluang utk bercuti ke cherating. Saya tiba di bangi pd mlm jumaat dengan menaiki bas dan bermlm dirumah dia.. And so like her, die baru je bgtau mak die that we are going tomorrow! And malam sebelum tidur tu die baru bagitau ayah die yang we are going to borrow the car!! Gerrr! Memang geram ok! Selamat parent die tak menidakkan (dan tak juga mengiakan!).. Adeii...raiz..raiz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...