Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Monday, December 3, 2012

adat dan kebiasaan

Assalammualaikum wbt..

Lebih kurang 4 hari lagi untuk ke akad nikah.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di kota tinggi. melihat majlis dia nampak sangat penat (dan hakikatnya memang penat). yelah, kami masak sendiri, dan majlis dibuat dirumah sendiri. jadi, tenaga kerja sangat-sangat perlu dikerah. dan pada masa ini, saya buat pertama kalinya berjumpa dengan keluarga belah abah selepas saya bertunang dulu (owh ya, masa bertunang keluarga belah abah sedang bercuti ke sabah, jadi mereka xdapat hadir). jadi, saya dihujani pelbagai soalan-soalan cepu emas yang kadang kala, terdiam saya untuk menjawabnya...



antara soalan-soalan mereka:
1. L orang mana?
2. Kenal macam mana?
3. kenapa cepat sangat nak kawin?
4. baru beberapa bulan tunang kan?
5. kenapa majlis buat kat KL?
6. kenapa majlis kat sini tak terus buat? dah xsabar nak kawin eh?

fuhh..mmg penat jugak nak jawab soalan2 diorg ni. saya tahu, diorg masih terkejut dengan berita saya nak kawin yang sangat drastik... tiada angin, tiada ribut.
biasa-biasa dengar cerita, kawan bertahun-tahun... bertunang 6 bulan - setahun, then baru nikah, majlis belah perempuan, then lepas seminggu baru majlis belah lelaki.
tapi, saya punya majlis ini, dah melanggar adat kebiasaan... kawan sebulan, tunang 2 bulan, then nikah, lepas 2 bulan baru buat majlis. see, we broke all the rules! that's y people are puzzling their own mind with so many questions..

no offense pada yang kawan lama2, tunang lama.. i'm not against you all (as long as ikut syariah semua lah). but then, what's the point of war-war kan sesuatu relationship yang masih tak sah? dan salah ke kalau tak ikut adat? kan yang penting ikut syariah...

sebenarnya, saya dah lama niat untuk mudahkan perkahwinan saya nanti. bukan sahaja mudah bagi pihak lelaki, tapi bagi pihak saya jugak. saya memang taknak susahkan ummi dan abah. cukuplah mereka susah besarkan saya yang nakal ni (huu...sangat betul). kalau boleh biar saya sendiri handle majlis saya. saya nak diorg goyang kaki. dan kalau boleh jugak, time majlis, biar saya ganti tempat diorg sambut n salam tetamu, diorg makan beradab atas pentas, haa, nak diorg sanding sekali pun bole.

tapi yelah, kalau nk cut semua adat, lagi botak kepala orang fikirkannya. i know we malay banyak adat-adat, tapi kalau adat tu menyusahkan semua orang, dan menggalakkan pembaziran, xperlu lah kan? as long as everyone happy, ok kan?

biasakan apa yang betul, betulkan apa yang biasa

owh one more thing, people will judge whatever you do. L selalu ingatkan kisah luqmanul hakim dan anaknya.

begini kisahnya...


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah 
masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."




jadi, bila kita nak buat sesuatu perkara, letak Allah di hadapan dahulu. sebab bila manusia pertikaikan perlakuan kita, dan kita rasa down, kita masih ada Allah bersama kita, kan.. have faith, and believe in yourself in doing something good. inshaAllah peace will come. and if still rasa down, seek someone to help you to gain that faith again (thanks ummi and L, you guys are really helpful!). kan best ada kawan yang selalu ingatkan kita pada Dia. :)

ok, sorry kalau post ni nampak agak beremosi. biasalah mood panic dah mula datang.. huhu.. L da cuak kalau-kalau saya lari time hari akad tu nanti.. hihi.. kita tengok sapa yang panic nanti eh.. :p

that's all for now.


2 comments:

ramlah said...

haha similar experience as me..

bila buat baju kahwin, makcik sedare mare semua sibuk dengan baju yang besar gedabak tu... sibuk nak betul+kecilkan..kuikui..

pastu during akad siap ade yang kata, awat tak pakai telekung terus? due to style tudung saya yang pelik dan besar.. but i like!

kenapa tak sanding..kenapa makan berdamai before zohor..kenapa xde persalinan..blablablablabla..

huhu macam2..kalo inagt nak golak je..

mula2, i admit..stress tau..pk ape yg orang akan kata.. tp alhamdulillah try betulkan niat, betulkan niat dan betulkan niat..

n alhamdulillah it goes as wat i wish.

in one book that iread, lupe dah buku yang mana... wedding is a platform utk menghalalkan ape yang tidak halal..membina baitul muslim..juga peluang yg sebenarnya besar utk mendidik masyarakat islam sekeliling..walau tak dapat banyak, biarlah sedikit..

Allah hitung usaha right? not hasil..

''bekerjalah kamu, maka Aku akan memandang pekerjaanmu''

good luck asma'

~atieput3~ said...

u know what sis, u really teach me something about all this matter...

luckily kte belum kawen lg..haha.bila tgk dlm tv, tgk kawan2, rsa kte pun nak wt gah jugak, beria-ria jugak. apatah lag kte anak last yg belom kawen..

ya allah,,, niat kte pun dah lari agaknya.mungkin sdikit sebanyak nak mennjuk or what so ever..

kte penah jumpa tp xpenah tahu feeling org2 yg macam asma' when it comes to wedding(dan yg sewaktu dgnnya) sampailah asma' kongsikannya..

harap2 nanti bila masanya tiba, kte xkan lupa pasal ni..kte simple, yes. but sometime kte juga perfectionist..apatah lg bila bab2 yg akan menjadi buah mulut org..

betulkan niat..betulkan niat... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...