Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Friday, December 21, 2012

New title

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, banyak nikmat yang Allah beri tapi jarang kita syukuri. sebab kita selalu fikir apa yang kita tak dapat dari apa yang kita ada. selalulah berfikir dan hargai nikmat sekarang, dari kita fikir apa yang telah berlaku semalam.

Alhamdulillah sekali lagi, saya telah selamat diijab qabulkan dengan en L, aka nazlan (opss sudah kantoi nama..hehe) pada 8 disember 2012 yang lalu.. huu lama sungguh tak update blog.. sejak menyandang jawatan baru ni, banyak aktiviti peribadi sudah tidak peribadi lagi. semua mahu dikongsi dengan L. teruja ada insan yang sanggup kongsi hidupnya dengan saya. thanks L ;)



Majlis serba ringkas diadakan di rumah saya di Felda Sening, Bandar Penawar Johor. Majlis ini kami hanya menjemput sedaramara terdekat, sahabat karib sahaja. alhamdulillah, majlis berlalu sangat pantas. speechless bila L sambut lafaz dari abah yang menikahkan saya. rasa berderup darah naik ke muka, atau rasa berhenti jantung berdenyut sebentar. hyperbolic sangat kan. tapi, bagi yang pernah melalu pengalaman ini, pasti akan faham.. hehe..

saat paling saya tidak boleh lupa (dan tak nak lupa) ialah bila pertama kali bersentuh tangan dengan L, rasa kejutan elektrik sekejap. huu.. selamat tak pengsan :p itulah nikmat bila dengan 1 lafaz, Allah dah bagi halal sampai masih bergelar suami isteri. alhamdulillah..

Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat:

Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami pada persimpangan hidup yang tidak terfikir dek akal yang cetek ini.
Terima kasih umi sebab besarkan angah jadi insan yang sudi disunting jejaka soleh
Terima kasih abah atas pengorbanan yang tidak berbelah bagi dan jadi abah yang superb
Terima kasih L sebab sudi ambil saya jadi isteri awak.
Terima kasih mak, sebab lahirkan insan hebat macam L.
Terima kasih raiz kerana pertemukan kami secara sengaja tapi bukan dengan niat yang sengaja
Terima kasih qayyum sebab tolong rekomen L untuk saya, dan saya utk L...hehe
Terima kasih bridemaids alin, zati dan amirtha sebab sudi datang jauh nun dari kl semata2 nak puaskan hati raja sehari ni.
Terima kasih atuk pah, tok zain, sedara mara dari dekat dan jauh yang datang doakan kami
Terima kasih bos L, del, megat, dan isteri sebab sudi bagi semangat kat L time akad, walau datang lambat. hee
Terima kasih semua. tanpa anda, siapalah kami.. cehh..hehe

InshaAllah majlis resepsi akan diadakan pada 26 Jan 2013 di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang. Semua kawan-kawan dijemput hadir ya :)

Kad Jemputan Walimah kami :)

more post to come inshaAllah..
doakan kami ya. :)

3 comments:

~atieput3~ said...

and your time has come... doakan untuk kte jugak... ;)

Umiazah Mz said...

Moga yg terbaik hanya untukmu..

sue. said...

congratulations my dear sayang..semoga jodohmu berkekalan hingga ke akhirat..barakallah..

i miss u..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...