Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Friday, May 6, 2011

Apa perempuan perlu tahu mengenai kereta

Salam alayk..
Sebagai perempuan, berapa peratus sangatlah pengetahuan kita mengenai kenderaan bermotor ini kan? yelah, bukan minat atau passion kita secara semulajadinya untuk berfikir lebih pada perkara-perkara ini. akan tetapi, memandangkan sudah ramai antara kita yang boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri, jadi, kita tidak ketinggalan untuk kena tahu ambil tahu beberapa perkara asas tentang kenderaan (specific: kereta) kita.



1. Minyak: segala minyak kereta kita, tak kira minyak hitam, merah, putih (ade ke?), mesti kena ambil kisah. cek setiap sebulan sekali atau jika ingin memulakan perjalanan jauh. untuk savvy saya yang sudah tua itu, saya perlu cek setiap 2 hari, sebab minyak merah (atau ATF) memang dah leak, dan kena sentiasa topup. minyak hitam saya cek setiap minggu (kalau ingat) sebab abah saya suruh cek. :) of course minyak petrol jgn dibuat tak endah. bagi perempuan, saya nasihatkan untuk isi minyak sebelum bar terakhir berkelip-kelip. ini untuk keselamatan anda agar tidak tersadai di tepi jalan. dan tak elok kan untuk biar tangki petrol betul-betul kering (macam pernah dengar ini, tapi saya xsure kenapa. anda tahu?)

2. Air: anda tahu apa fungsi air dekat engine kereta anda? air bertindak sebagai coolant engine, bila dah lama2 bawa kereta, engine akan panas kan, jadi, air akan menyejukkan engine. air bertindak sejajar dengan kipas kereta. jadi, bila kipas kereta tak berfungsi, air akan cepat kering, menjadikan engine akan berasap. ini akan menyebabkan anda perlu tunggu engine kereta sejuk dahulu, baru boleh bawa semula. ini terjadi sendiri pada savvy saya. baca entry ini: SINI.

3. Tayar: anda tahu bila tayar anda tak cukup angin? secara jujurnya, saya tak tahu..huu.. jadi, memang kerap sekali saya buat tak endah untuk mengepam tayar. sepanjang saya bawa savvy di KL ni, ada la dalam 2 kali saya pam tayar. pertama, kawan lelaki saya tolong pamkan sebab kebetulan dia pinjam kereta saya waktu itu. dan yang kedua, 4 hari lepas, saya buat sendiri dengan ain. pengalaman sangat kelakar sebab masing-masing baru pertama kali buat, selama ini, hanya lihat abah buat dan saya jadi pemerhati dari sebalik cermin kereta. huu. jadi, anda kena tahu bila mahu pam tayar, which is lihat tayar anda ade perubahan bentuk (kempis) atau tidak. ye, saya tahu, sebagai perempuan, kita susah nk bezakan bentuk tayar, tapi, kita mesti jadi pemerhati yang baik, demi untuk mengelak dari kena tukar tayar sendiri bila tiba2 dia pancit tepi jalan. dan ain kata juga, bila angin tayar tak cukup, kereta akan jadi berat dan akan makan minyak.

tapi yang paling penting, saya nasihatkan anda agar anda tahu sendiri 'perangai' kereta anda. kerana setiap kereta bawa kerenah yang lain-lain. macam savvy saya tu. dia memang manja sikit dan perengus. tidak boleh kurang minyak, pasti akan marah, dan tidak boleh kasar-kasar, nanti dia marah juga. (mengada! i know)

dan saya nasihatkan anda juga agar cuba elakkan dari berhadapan dengan masalah-masalah berkenanaan kereta ini. pastikan kereta dijaga dengan baik supaya tiada hal-hal tidak di ingini berlaku semasa kita tidak mahu ia terjadi. pasti sukar bagi kita untuk meminta pertolongan orang lain, terutamanya bila kereta rosak di tengah-tengah jalanraya dan kita pula keseorangan waktu itu. (alhamdulillah, setakat ini, savvy saya tidak mendatangkan masalah ini lagi). tapi jika tidak dapat di elak juga, pastikan anda sudah ready number phone abang anda, abah anda, atau kenalan-kenalan lelaki anda untuk meminta tolong, ok.

cheers~

tips ini dibawakan berdasarkan pengalaman hampir 2 tahun bersama savvy saya. terima kasih savvy sebab banyak mengajar saya erti kereta.
jika ada perkara-perkara lain yang saya belajar, saya akan kongsi ye.  inshaAllah

sekian

1 comment:

-ain- said...

haaha.. ko je yg 1st time ek.. aku 2nd time..heheheh =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...