Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, May 24, 2011

Memukat di pantai hiburan

Salam alayk
adakah anda pernah pergi memukat? saya pernah!

beberapa hari selepas saya tiba di rumah (17/5/2011) kami sekeluarga (well, most of us) mengikuti kawan abah untuk memukat udang di persisiran pantai, berhampiran pantai hiburan. ye, ini kali pertama kami berpengalaman untuk memukat, jadi kami sangat excited! haha..


kami bertolak dari rumah pada jam 9 mlm dan tiba di pantai 30 minit selepas itu. suasana sangat tenang dan kelihatan 2-3 kelompok manusia duduk bersantai mengelilingi unggun api sambil menunggu hasil pungutan dari pukat masing-masing. sayup-sayup kedengaran bunyi ombak yang sangat lembut. alhamdulillah, ombak tidak begitu ganas dan pantai sangat landai. ditambah dengan bulan mengambang hampir penuh, cukup menjadikan malam itu samar-samar dan menenangkan. 3 orang kawan abah mengangkut jaring/pukat mereka ke arah pantai dan terus masuk ke dalam pantai. abah hanya mengikut dari jauh, mungkin kerana abah tidak biasa lagi dalam hal2 begini. huu

saya, ummi dan kawan ummi menunggu di darat (shore) sementara menunggu pukat ditarik semula ke sini. dan setelah lebih kurang 1/2 jam menunggu, mereka pun kembali ke darat. kelihatan sangat berat dan payah untuk menarik pukat itu. di tambah pula dengan berat tangkapan, aduh, sangat! dan bila tiba di darat, pukat akan di bentang dan di kirai untuk meleraikan tangkapan dari jala. pertama kali itu, boleh tahan banyak juga udang dan ikan kecil yang kami dapat. kami kutip dan masukkan ke dalam bakul (saya tidak kutip kerana sangat geli bila pegang udang yang masih hidup! dan bila pegang ikan pula, ia mengelitik tak reti diam sampai terlepas dari tangan! haha)


abah gembira mengutip udang, dan
saya lebih gembira jika tolong suluh udang untuk abah kutip. haha

salah seorang kawan abah yang menarik pukat

kami menghabiskan hampir 4 jam di sana, iaitu sehingga hampir jam 2 pagi! sangat seronok duduk di tepi pantai pada malam hari, sambil mengutip udang dan ikan. ada juga sekali dua saya mengikut abah ke tengah laut sewaktu pukat dibentang, agak dalam sehingga paras dada (sempat juga melepaskan gian untuk berenang walau tidak berapa best untuk berenang di air masin, mata akan jadi pedih dan air sedikit keruh). sekali dua juga abah cuba untuk menarik pukat ke pantai, tapi abah akui, kudratnya tidak segagah kawan-kawannya yang lain, dimana mereka ini sudah pakar dalam hal-hal sebegini dan menjadi rutin hidup mereka bila menetap di kawasan berdekatan pantai. biasanya ikan-ikan berbahaya seperti ikan duri tidak akan kami kutip dan anak ikan yu akan kami lepaskan semula. ketam pula tidak akan kami kutip kerana saiznya sangat kecil (mungkin isi pun tiada..huu)

udang harimau, auwmmm...
ha, lupa untuk saya beritahu. aktiviti memukat di tepi pantai ini bukan boleh dilakukan sepanjang tahun, tetapi pada masa-masa tertentu sahaja. ini kerana, pada musim sebegini sahaja udang dan ikan banyak di tepi-tepi pantai.

jadi, inilah hasil tangkapan (atau kutipan untuk lagi tepat, huu) kami;


hasilnya setelah 2-3 kali memukat.
tapi akhirnya, hampir sebaldi udang kami dapat!


hampir seminggu juga untuk habiskan kesemua udang ini. ikan kami tak ambil banyak kerana ia hanya sesuai dibuat ikan kering memandangkan saiznya kecil.

this experience means a lot to me and my family. :) thanks to all.

atleast abah happy.
"cuti sekolah nanti nak ajak izzat pegi la, mesti die suka"
kata abah yang sentiasa ingat anak lakinya yang sorang tu!
p/s: nak merasa mengalaman ini? mari datang rompin! :)

2 comments:

JohnJosh said...

nice asma! aku slalu nak buat aktiviti tangkap udang ni.. xkesah la. pukat ke. candak ke. tu sotong ea? hahaha.. btway aku suke! haha.. kau xrti masak ea? abes pgg udang pon geli :p

Nurul Asma' said...

haha..mmg aku xreti masak, tp xla smpai xreti nk pgg udang, tp udang tu mesti da matila ok..huu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...