Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Friday, April 29, 2011

saya tak suka bila marah

salam alayk
baru sekejap tadi, saya baru pulang dari makan petang, aka makan malam dengan kawan-kawan dekat KFC belakang UM (sebelah MAHSA tu). setiba di hadapan pintu bilik, saya terus rasa tak sedap hati, dan memang sudah mengagak sesuatu.
ye, selipar saya dan selipar sri dah tiada di tempat asal.



selipar kami. ye, aku punya warna pink. ade problem raiz? :p

hati saya dah membara. memang dua tiga hari lepas, akak cleaner floor dah banyak kali suruh simpan kasut dalam bilik. ok, saya memang simpan kasut dalam bilik, tapi, saya rasa tak logik pula simpan selipar yang bawa pergi tandas tu dalam bilik. yelah, kekerapan pergi tandas tu menjadikan saya hanya tinggalkan diluar sahaja. ntah bila polisi ini tiba2 dikuatkuasa. jika di sediakan rak kasut, tak apa juga, tapi, ni habuk pun takdak, suruh orang simpan kasut dalam bilik..

well, the story here is, bile saya tahu selipar kami dah dibuang, saya amat2 ber'asap'! terus terpacul " isk kolej ni, aku sumpah jadi batu belah batu bertangkup kang!" dan dalam hati berribu-ribu tohmahan dan bebelan dah terluap2. saya dah tak reti diam, jalan ke sana ke mari. maghrib dah lanjut, dan saya tak dapat nak tahan marah saya lagi.

saya text ain: 'kasut aku da kne buang (ikon smiley marah)'

saya keliru nak buat apa. sebab saya mungkin akan burst kejap lagi ni.
saya lepaskan marah lagi dengan jerit kuat2 "ganggu sangat ke selipar sebiji dua kat luar bilik ni kak!!"

tiba-tiba sms masuk, balasan dari ain: 'hahaha..cuba tgk kat depan rumah penyelia, kat tepi tangga tu'

dan memang betul, semua selipar yang dah di'buang' ada disitu.

reda... sedikit demi sedikit... reda dari segala panas hati,
dan tiba-tiba rasa bersalah.
bersalah dengan kata-kata paculan yang tiba2 boleh keluar secara automatik
bersalah dengan hati yang cepat menaburkan kata-kata fitnah
bersalah dengan tindakan luar kawalan
inilah saya bila saya marah
hati bagai dirasuk syaitan
astagfirullah hal 'azim...

jadi, saya cepat2 pergi mandi, ambil wuduk dan solat maghrib. selepas solat, saya terus capai musyaf AlQuran dan baca.
cuba sejukkan hati yang tadi amat mudah dimasuki anasir2 jahat...
hish, amat mudah kan kita ini untuk melenting dalam sesuatu perkara  kecil.
bila saya marah, saya amat tidak suka dengan perasaan saya ini, sebab saya tahu, saya akan berubah jadi orang yang lain. orang yang berdamping dengan syaitan! na'uzubillah!

jadi, pengajarannya, kita kena tanam sifat sabar dalam hati, dan tahan marah ye.
kan orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya. lihatlah bila marah kita terlepas, diri akan jadi kurang kawalan, mulut akan senang menyebut perkara2 tidak berfaedah, tak pasal2 kita menuduh yang bukan2, kan jadi dosa tu. dan bila kita marah, diri kita akan rasa panas dan tidak selesa, tidak tenang dengan segala perkara. jadi, amat parah jika marah kita itu kita layan. apatah lagi bila kita jadikan marah itu sebagai dendam. ia bagai sedang cuba menahan gelegakkan gunung berapi, bila2 masa boleh meletus. akibatnya, bukan sahaja orang sekeliling jadi mangsa, diri sendiri turut terkorban sama.

masih ingat sewaktu saya berumur belasan tahun, dimana abah diarah berpindah tempat kerja yang lain, dan pada majlis perpisahannya, seorang wakil pejabat abah menyampaikan ucapan perpisahan untuk abah. saya masih ingat kata-katanya yang lebih kurang sebegini;

"tuan haji ni, paling saya kagum ialah dengan sifat sabarnya. bila orang buat salah, dia senyum saja. memang jarang nampak dia marah. saya rasa depan saya, seingatnya, saya tak pernah nampak dia marah. itulah yang paling saya respect"

memang benar, bila kita tahan marah, dan bersabar, bukan sahaja orang akan senang bekerja dengan kita, malah kita boleh jadi ikutan, dan dalam masa yang sama, kita cuba sampaikan sunnah nabi secara tidak langsung. kan3? berakhlak sambil berdakwah.

bila kita berakhlak baik, hati akan baik, dan perkara2 baik akan menyusul. inshaAllah...

choose your side

jadi, mari kita jadi orang yang sabar! amin...

p/s: dah telefon mak abah, cakap anda sayang pada mereka? ucap sebelum terlambat :)

6 comments:

ramlah said...

nak share somethin.. hihi

bnda yang susah nak buat, but by practise ia akan mnjadi sgt mudah dan mnjadi nikmat yg besar..

as we know semua bnda yang kita punye dari sekecil duit 10sen hingga sebesar sebijik kereta bukan kita punye.. Allah beri pinjam shj (:.. Dia boleh ambil anytime Dia suke :)

sy tanam those word in my mind..

alhamdulillah dan akhirnya saya berjaya ''tersenyum'' dan kemudian ''tersenyum'' lagi apabila kehilangan beg dompet mengandungi rm400, kehilangan brooch kesayanagn, malah time kehilangan my motorcycle, salahuddin.. hihihihi.. hanya mmpu berharap agar ada hikmah dan kebaikan bagi mengganti semua kehilangan ni..

try it.. :P

asma' said...

wahh, dugaan lg besar mmg perlukan sabar yg tinggi! inshaAllah, thanks for sharing sis! moga kita kuat menjaga hati ke arah yg lebih baik.
^^

~atieput3~ said...

ingtkan marah ape la td....hee

sbb tu allah ckp, sabar tu separuh dari iman kan? ;p

ramlah said...

haha bila ingat balik mmg klaka..

smpaikan masa hilang mtor, kwn sy yang menangis.. sy relex je.. dhsat!! hahaha..

sbb dah pnh trbyg klu mtor tu hilang means Allah nk ambil balik nikmat mtor tu.. then eh Dia dah ambil? hahaha

asma' said...

kak tina: yup, klu kita sabar, sempurna separuh dah iman kita kn. besarnye nikmat sabar tu..

ramlah: bila2 dan ape2 shj kn Dia boleh tarik hak2 Dia. inshaAllah, moga kamu istiqamah dgn amalan baik kamu dan moga akan dikurniakan pengganti yg lebih baik. :)

marinata said...

kite ade petua. bile agak2 nak marah tu, cepat2 ucap 'astagfirullah al'azim'. and terus selawat banyak2. nanti marah tu akan reda ckit, walaupon muncung tgah pjg agi tyme tuhh.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...