Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Sunday, May 8, 2011

more than word

Salam alayk.

minggu ke2 setiap bulan mei merupakan hari istimewa buat ibu-ibu sedunia. akan tetapi, jujur saya mengaku yang saya tidak pernah ingat bila hari ibu, atau hari bapa. bukan kerana saya tidak peduli tentang itu semua, tapi saya rasa hanya meningati satu hari istimewa buat mereka, tidak memadai!

they're worth to be remembered in every breath and du'a. terutamanya, ibu(ummi) kita.



ok, saya seboleh-bolehnya mahu menjadikan entry ini bukan entry yang menyedihkan. (i try my best k..hehe). jadi saya berhasrat untuk mencatatkan detik-detik manis antara saya dan ummi saya.

ingat lagi semasa kecil, (tak ingat masa umur berapa tahun), ummi pernah kejar saya satu rumah, dengan hanger baju di tangan. huu.. saya pun tak ingat apa salah saya masa itu, tapi saya memang bersungguh-sungguh melarikan diri dari ummi. dan akhirnya dapat juga sembunyikan diri di dalam bilik. akan tetapi, bila tiba waktu maghrib, saya selalunya akan berjemaah dengan ummi, dan sejurus selepas doa, tidak sempat untuk saya memasang langkah, cubitan ummi sudah hinggap di peha saya. haha.. saya gelak sahaja waktu itu bukan kerana saya suka, tapi saya sendiri tersedar yang sejauh mana saya lari pun, dia tetap ummi saya. :)

3 tahun lepas, bila saya tiba-tiba lari dari kolej (eyh? ni ek istilah die) dan pulang kerumah, sehelai sepinggang, ummi sangat risau akan perubahan diri saya. ingat lagi kata-kata ummi sewaktu kami minum di gerai sebelum tiba di rumah, selepas ummi menjemput saya dari stesen bas. ummi kata, sayalah anak yang paling tidak pernah buat hal yang pelik-pelik sebelum ini, sehinggalah pd waktu itu. memang saya terus tersedar yang saya telah merisaukan hati ummi. selama ini, saya selalu berfikiran yang saya selalu diketepikan dari perhatian ummi. ummi selalu memberatkan akak dan adik2 saya, tetapi, baru saya tahu yang selama ini, bukan kerana saya tidak berjaya menarik perhatian ummi, tapi kerana saya telah menyenangkan hati ummi, sehinggalah detik itu... :-(

tahun lepas, semasa saya dimasukkan kedalam wad kerana denggi, ummi dan seiisi keluarga bertolak dari rumah, dengan menaiki bas, kerana kebetulan abah sedang bermesyuarat di melaka. baca INI. sejurus ummi tiba di wad saya, terus ummi peluk saya, dan waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. ummi bisik "angah ok?". air mata saya mencurah-curah tak berhenti. hilang segala resah bila dalam dakapan ummi.

sewaktu saya di matrix, pertama kali ummi melafazkan kata sayang pada saya. ya, keluarga saya jarang menzahirkan rasa dan cinta itu secara kata-kata. sebelum talian telefon itu saya letak, tiba-tiba terpacul dari hujung talian "ummi sayang angah", terdengar sayup-sayup. hampir mahu terlepas telefon di tangan. sungguh, saya rasa amat terharu dengan kata-kata ummi itu!. dan selepas itu, ummi jadikan rutin untuk melafazkan kata-kata itu setiap kali kami mahu mengakhirkan perbualan. dan lama kelamaan, saya semakin berani membalas lafaz itu, dengan penuh debaran, "angah sayang ummi jugak". *perasaan macam sedang bercinta, tapi cinta yang tiada nilainya jika dibanding dengan harta dunia*

jadi berbaloi ke kalau hanya pada hari ibu sahaja saya lafazkan kata sayang pada ummi? berbaloi ke kalau pada minggu ke2 bulan mei ini sahaja saya hadiahkan panggilan istimewa buat ummi? TIDAK! she deserved more than that! more than everything worth in this whole world! hanya nikmat akhirat sahaja yang bisa membalas jasa, pengorbanan dan kasih sayang ummi saya.

 
More than words
I luv this pic, especially, when seeing her smile like that.
p/s: adakah saya berjaya utk tidak menitiskan air mata anda? 
tidak, kerana saya sendiri sebak bila menaip entry ini. (atleast me...huu)

2 comments:

Siti Khadijah Mn said...

huuuu...bergenang dah air mate. best2.

p/s: asma', len kali letak la button like. rajin je bace, tapi malas nak drop komen. hehe.

Nurul Asma' said...

haha.. nk letak da aritu, tp xteringat2..inshaAllah..nnt kite letak k..huu
thanks~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...