Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Monday, December 26, 2011

Twins of Faith: Ilm & 'Amal

Assalammualaikum  wbt..

Alhamdulillah saya baru sahaja tiba di rumah, dari putrajaya, specifically PICC, dari mengikuti program Twins of Faith anjuran NGO Mercy Mission. MashaAllah, the program was very................. (speechless!), good wasn't the word, but to say that this 2 whole days event really fill up my nearly empty soul.

Sunday, December 4, 2011

thanks for this lovely life, ya Allah!

Assalammualaikum w.b.t

setelah lama saya tidak menulis di blog. perjalanan hidup tanpa online connection ini kadang kala menyekat saya untuk aktif ber blog..
alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya menyambut hari kelahiran saya yang ke 23 minggu lalu. terima kasih kawan-kawan atas doa dan ucapan. semoga kalian juga akan beroleh rahmat Ilahi., inshaAllah...

agak pelik menyambut birthday sebagai 'pekerja' instead of 'pelajar'..
no more birthday cards, no more suprise party, no more chocolate gift from juniors...
so, i've treated myself with my homemade chocolate cake...huu

Sunday, October 30, 2011

pre-vacation

Assalammualaikum
kali ini saya memang perlu menenangkan fikiran yang begitu serabut dengan hal-hal kerja. jadi, saya suka buat gila. iye, selain dari mandi, tidur dan nangis sebagai terapi untuk melepaskan tensen, saya akan cuba untuk kembali ke alam semulajadi (back to nature).

Wednesday, October 26, 2011

yang pertama dan yang terakhir

Assalammualaikum...
mari kita masuk mood cinta sikit. :)
lately, hospital jadi tempat berbual mengenai jodoh. ini mungkin kerana tak lama lagi salah seorang akak disitu akan bertunang, dan hanya kami PRP yang masih single-mingle. jadi mereka mulalah main menjodoh-jodoh kan antara kami semua..haha

Sunday, October 23, 2011

The Matter Of The Heart



Assalammualaikum..
Masha Allah..saya dapat video ini dari sahabat saya, Izreen di facebook. it was a very good talk. you should listen..

Sunday, October 16, 2011

kasih sayang

Assalammualaikum..
pernah anda lihat kasih sayang yang tak berbelah bagi?
ini pengalaman saya sendiri.
sepanjang 2 minggu lepas saya berpeluang untuk dispens ubat di kaunter farmasi pesakit luar, jadi bermacam-macam ragam pesakit saya jumpa. sampai tak menang mulut nak bercakap dengan mereka. ada yang ajak berborak-borak, ada jugak yang macam blur-blur je bila terang pasal ubatan mereka. huu

kisah 1:

sewaktu memeriksa peskripsi sebelum mendispen, saya pelik melihat nama pesakit kerana dia punyai 2 nama, satu nama cina, satu nama islam, walhal umurnya baru 11 tahun! then, bila nombor pesakit dipanggil, datang seorang perempuan dengan anaknya itu.

saya: anak makcik nama apa?
makcik: mohd _______
saya: owh, bukan nama _______ (saya sebut nama cina nya)
makcik: bukan, dia anak angkat (cakap sambil berbisik pada saya.)
saya pun dispen ubatan untuk anaknya itu. kelihatan anaknya sangat aktif, bertanya itu ini pada emaknya. sungguh teruja. tapi soalannya bernas dan bijak sekali. saya amat tertarik, lalu makcik tu pun membuka cerita.
makcik: dia ni byk penyakit, sampai 6 doktor sekarang merawat dia, tonsil la, then die 'retard' sikit, dulu kecik2 die tak pandai nk cakap, ini baru habis sesi pertuturan dia. saya bawa die followup kat batu pahat, jb dan kat sini. dari kecik sampai sekarang memang muka kami je lah masuk hospital. hahaha.

dan banyak lagi yang makcik ini cerita sebenarnya. yang saya paling saya kagum, die bercerita sambil gelak-gelak, usap-usap kepala anaknya dan kelihatan bangga dengan apa yang dia ceritakan. nampak dia sangat sayang pada anaknya itu, walau dia anak angkat, tp dia menjaganya macam anak sendiri dan tidak kisah jika anaknya itu sakit, dia sangat bangga dengannya.
sungguh tersentuh saya berbual dengannya..

kisah 2:

sewaktu memanggil nombor giliran pesakit, seorang budak kecil, berumur dalam lingkungan 8-10 tahun datang dengan membawa nombor yang dipanggil. saya pelik juga kerana perskripsi ini menunjukkan untuk pesakit perempuan berumur dlm 40an, dan ubatannya adalah untuk sakit mental/psikiari, lalu saya bertanya.

saya: adik, ini ambil ubat untuk siapa?
adik: untuk mak saya, namanya ________

owh......
lepas memberi penerangan pasal ubat-ubat ibunya, dia memberitahu yang dia mahu mengambil satu lagi ubat untuk ayahnya pula. lalu saya mencari ubat tersebut. dan, saya terkejut sekali lagi, bila melihat ubatan ayahnya juga untuk penyakit mental.
hurm... apalah masa depan adik ini. selalunya penyakit mental boleh diwarisi...dan saya hanya terkedu sahaja...

kagum dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi ini...

semoga kita sentiasa bersyukur dikurniakan keluarga yang sihat dan bahagia..


selamat hari lahir ummi yang ke-46. moga hidup umi sentiasa bahagia, sihat dan ceria.

Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?

Friday, October 7, 2011

My Convocation -UM 061011-

Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang untuk merasai nikmayNya yang tidah berbelah bagi. secara official nya, saya telah berjaya memperolehi bachelor degree of pharmacy (hons) universiti malaya. alhamdulilah..alhamdulillah..alhamdulillah..

nak tengok hadiah? :)

Tuesday, September 27, 2011

Pilihan

Assalammualaikum

Dalam hidup ini, banyak pilihan yang tersedia di hadapan kita. pilihan yang kadang-kadang kita tak pasti mana yang baik atau tidak.

Ya, kehidupan itu satu ujian. Dan membuat pilihan itu satu cabaran.

Pernah juga kita tersilap membuat pilihan, dan akhirnya membawa kita ke arah hidup yang berbeza. tapi bila difikirkan semula, semua yang terjadi atas izinNya. 
mungkin, dengan kesilapan itu, kita dapat belajar sesuatu yang berharga, lain dar yang lain.
mungkin dengan kesilapan itu, kita ditemukan dengan jalan yang lebih cerah dan indah. 
mungkin dengan kesilapan, darjat iman kita meningkat satu anak tangga. 

Jadi, dalam membuat pilihan, pastikan Allah tunjangnya.
Mesti Dia menjadi yang utama. TOP PRIORITY!
kalau pilihan bekerja sepenuh masa itu dapat mendekatkan diri kita padaNya, teruskan!
kalau pilihan mendirikan rumah tangga itu demi mencapai redhaNya, teruskan!

Doalah, mintak petunjukNya.
moga hati kita cerah untuk menilai pilihan yang ada.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...