Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Wednesday, April 27, 2011

Mari bercinta dengan Tuhan

Salam alayk...

anda pernah rasa apa itu Cinta?
ce cite macam mane rase die....ce cite...

Theme song: Ketika Cinta
(sejak 2 menjak ni byk plak theme song kn..huu)

iya, inilah rasanya bila kita bercinta, angau dan terawang-awang. apatah lagi bila cinta itu suci dan ditujukan kepada yang Maha Suci.
dalam sedar atau tidak, setiap hari, masa dan saat, kita semua sedang bercinta dengan Tuhan, yakni Allah s.w.t. 

tidakkah indah cinta Tuhan, bila Dia sendiri mengejutkan kita bangkit dari tidur? bukan dengan deringan telefon dari sang kekasih palsu? seperti orang dilamun cinta, celiknya pagi, akan terdengar sahutan mendayu-dayu kejutan azan untuk bertemu denganNya. indahkan bila kalimahNya yang kita dengar sejurus kita bangun tidur.

ahh, indahnya cinta Tuhan, sedia mendengar apa sahaja permintaan hambaNya tanpa rungutan dan alasan, tidak seperti meluah rasa kepada sang kekasih palsu. mungkin ada sahaja luahan kita yang menyesakkannya. xperlu appointment, xperlu kredit, seusai selepas setiap solat, kita bertakafur sebentar, dan kita berpeluang meluah segala hajat dan aduan untuk sekian hari itu denganNya, directly, xperlu sms, mms, video conference, YM etc...

seharian menjalani kehidupan, Dia mengingati kita lagi masa untuk bertemu! subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. ya, sampai 5 kali kita berpeluang ber'dating' denganNya, berpeluang mengadu padaNya
ahh, indahnya cinta Tuhan, bertemu bagai xjemu, xperlu tempat yang tertentu, xperlu ongkos tinggi untuk ber'dating'. hanya air wuduk yang segar dan lafaz-lafaz suci yang menenang hati. bukan seperti mahu berdating dengan sang kekasih palsu, perlu difikir tempat, pakaian, wang dan lain-lain untuk bertemu.

tidak lupa juga, dalam setiap rutin harian kita, pasti akan terpacul namaNya, tanda kita sangat sayang dan cinta padaNya. 
ahh, indahnya cinta Tuhan, setiap masa namanya meniti dibibir kita tanpa kita sedari...
 InshaAllah, bila kita mengikat janji, 
MasyaAllah, bila kita terasa kagum dengan sesuatu, 
JazakAllah, bila kita berterima kasih dengan sesuatu pertolongan, 
Alhamdulillah, bila kita bersyukur dengan kurniaNya, 
Allahuakbar, bila kita rasa diri ini lemah dan sering lupa, 
Subhanallah bila kita rasa kerdil dan hina.
etc, etc, etc...
bukan seperti nama sang kekasih palsu, yang adakala tidak langsung kita teringat untuk disebut..

ya, ada masa, Dia beri kita duri, hujan petir dan duka. ini juga tanda sayang dan cintaNya pada kita. bukti indahnya cinta Tuhan, bila kita rasa lemah, kita akan lebih dekat padaNya? kita akan mudah mengalirkan air mata, kita akan mengingat pada yang berkuasa mengawal takdir dan masa. ya! cinta kita akan terbit lebih mekar bila kita diuji olehNya.

bila rasa jiwa kosong, ia terisi dengan kasih sayang Tuhan.. rasa cukup pada setiap yang ada.. sentiasa rasa berteman. indahkan cinta Tuhan? ada bila kita tidak perlukan, ada bila kita perlukan. 25 jam sehari! bukan seperti cinta kekasih palsu, tiada bila kita perlu, ada bila kita tidak perlukan. kejap ada, kejap tiada.

lagi hebat cinta Tuhan, bila kita membalas cinta itu dengan ketaatan... tidak percaya? cubalah sendiri... ^_^
 
mari kita petik kata-kata Ayatul Husna dalam dialog filem KCB tentang cinta:


CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !

jadi, senang sahaja jawapan pada orang yang mahu berubah jadi baik dan lebih baik : bercintalah dengan Tuhan, kelak anda akan jadi insan yang terbaik! inshaAllah...

mari sama-sama tadah tangan dan berdoa agar kita meraih cinta Tuhan yang Agung, cinta paling sejuk dan mententeramkan, cinta penghapus hati yang gusar, cinta sekalian cinta dunia dan akhirat, cinta yang tak lupus, tak mati, tak hilang dek zaman, cinta Allah s.w.t...

"Dear Allah, I love you, and I want to love you forever. *blushing~ huu

and Dear my future Husband, I hope you can guide me towards His love, because I've spent my life (up until now, and will always be, inshaAllah) for seeking the love of my beloved Allah, and hope to become like this: 

amin ya Rabbal 'alamin"

6 comments:

~atieput3~ said...

rasa nak menangis bace ni asma'...

allah dah bg manusia senaskah surat cintanya.. tp kita je yang kadang2 xamek pusing.padahal dlm tu penuh dgn pelbagai ilmu dan nasihat untuk berjumpa denganNya satu hari nt....

asma' said...

true k tina, klu kata jumpe spiritual tu xlogik, ade Al Quran bukti dlm kata2 yg indah untuk kite jumpa dgnNya.. kita pn sering lupa yg ade cinta lebih besar utk kite kejar. so, sama2 raih cinta Allah! siap sedia utk bertemu dgnNya nnt di akhirat kelak, dgn rasa cinta penuh dihati.. inshaALlah...

-m3- said...

love the last quote from the cute picture...

alhamdulillah...=)

asma' said...

m3: suke2.. ^^

s e i r a m l a h said...

mohon share :P

asma' said...

ramlah: jika ada yg bermanfaat, sila2~ :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...