Kita tak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita
Tapi kita cukup berani mencuba semua pilihan yang ada
Kadang kala kita jatuh, kadang kala kita berjaya
Kita tak takut untuk jadi yang berbeza
Sebab kita ada kita
Yang sama-sama mendukung hati & jiwa
Satu matlamat, akidah & ukhwah
Katamu, “Jangan kau cepat mundur, selagi aku masih disini
Jangan kau cepat kalah, selagi aku masih disini
Jangan kau berhenti mencari, selagi aku tetap disini”
Kau kenalkan aku cinta yang jarang sekali aku dapat tafsirkan
Cinta yang padaku, tak perlu dizahirkan
Cinta yang mudah tetapi payah untuk disemaikan
Pada aku, cinta itu biarlah setakat kita saling mengingati
Saling bergurau, saling bergelak tawa, saling bersedih duka
Tapi kau kata, cinta itu anugerah yang perlu kita tunjukkan pada semua yang kita cintai..
Katakn pada dia, kau sayang dia, jgn dipendam
Katakan pada dia, kau cintai dia, jgn di simpan
Kelak kau akan menyesal
Terima kasih kerana cinta yang tiada pernah akan aku temui lagi
Selamat ulang tahun ke- 21, buat cinta hatiku~
3 comments:
epi besday raiz..sori..aku pon lupe..
aku memg lemah bile bab nak ingat besday org..huhu
:) its okay kawan2. aku x kesah punn. u all are always my bestest friends eventho you forget my birthday. ahahah the wish is just a wish, nothing more than that ;)
yeah! itulah raiz yg baek, pemurah, penyayang, bertimbang rasa.. hahaha
Post a Comment