Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Wednesday, October 26, 2011

yang pertama dan yang terakhir

Assalammualaikum...
mari kita masuk mood cinta sikit. :)
lately, hospital jadi tempat berbual mengenai jodoh. ini mungkin kerana tak lama lagi salah seorang akak disitu akan bertunang, dan hanya kami PRP yang masih single-mingle. jadi mereka mulalah main menjodoh-jodoh kan antara kami semua..haha


ok, itu mengenai tempat kerja.

dan yang pastinya saya sudah hampir masuk 23 tahun bulan depan :)
23 tahun ialah masa abah menikah dengan ummi, yang pada masa itu, umur ummi 20 tahun. abah baru mula bekerja setelah habis diplomanya di UTM KL, dan ummi baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. tetapi kerana jodoh sudah sampai, ummi tolak tawaran ke uni dan berkahwin dengan abah..huu..menurut ummi ramai juga yang menentang ummi menolak tawaran sambung belajar itu, tetapi kerana ummi ingin menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga yang bakal dibina, ummi nekad dan tawakal sahaja. :)

itulah serba sedikit permulaan kisah cinta ummi dan abah yang alhamdulillah, masih berkekalan sampai sekarang... :)

seorang demi seorang rakan sudah mula ingin menamatkan zaman bujang masing-masing. seronok melihat kegembiran dan ketakutan mereka.haha...siapa tak gembira bila bakal bersama-sama insan yang disayangi sepanjang hidup mereka. tapi, ada juga yang mengaku takut untuk dengan komitmen atau takut dengan keputusan yang salah...tapi bila hati sudah bulat, inshaAllah bertawakal sahajalah...mungkin dia yang terbaik untuk kalian... :)


inshaAllah, yang bakal menyusul nanti, saya doakan yang terbaik untuk anda semua..

saya?
inshaAllah, doakan yang terbaik untuk saya juga..
teringin nak jadi yang pertama dan yang terakhir untuk bakal suami, tapi apakan daya, kita hanya manusia yang sering melakukan kesilapan. dan kesilapa lalu yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam. bila kita sudah jumpa apa yang kita rasa baik untuk kita, doa sahajalah yang ada jodoh antara kita, dan kita berusaha kearah itu. dan jika sepanjang perjalanan ini, ada cacat cela, ada aral yang menghalang, dan ada musibah yang tidak dapat dielakkan, harap bersabar dan redha dengan ketentuanNya. bukan senang nak dapat apa yang kita mahu, dan bukan mudah nk dapat apa yang terbaik untuk kita. rancangan kita mungkin teratur, tapi Allah yang ada authority untuk luluskan plan kita. jadi, jangan berhenti melangkah jika tersadung, mohonlah agar dikuatkan hati untuk memikul segala cabaran.

maaf jika saya bukan sempurna. tapi saya cuba yang terbaik untuk bagi yang terbaik kelak. inshaAllah..

cinta terakhir by aiman

1 comment:

Anonymous said...

cepat2 cri calon ye...heeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...