Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, July 19, 2011

a turn

salam

saya semakin menyepi di alam maya. semakin sibuk dgn urusan yang tidak juga selesai.
mungkin ada yang nampak saya seperti melarikan diri dari realiti hidup berkawan. atau hanya saya sahaja yang menyangka begitu.

ini post saya setelah hampir 3 bulan tidak menulis.

bila buka FB pun, hanya scan mana2 part yang penting sahaja.
selepas habis tanggungjawab sbg pelajar uni, saya seperti tiada arah tujuan untuk terus kehadapan.
sekadar bangun dipagi hari untuk meneruskan hidup. tiada lagi berfikir panjang untuk menyelesaikan masalah projek atau kawan2.
saya telah berpindah ke shah alam hampir dua minggu yang lepas. maaf saya tidak beritahu kawan2. bukan niat saya untuk merahsiakan, tetapi saya begitu tidak menang tangan untuk uruskan hal2 rumah, peribadi dan kerja.

saya rasa saya perlukan pemangkin untuk meneruskan hidup, untuk punyai tujuan sewaktu bangkit dari tidur.

hari sabtu lepas, hp kesayangan saya hilang fungsi beberapa butangnya. akibatnya, saya tidak boleh menaip dan mendail no2 yang tersimpan didalam hp saya. jadi, bagi anda yang ingin hubungi saya, jangan risau, saya masih guna no yang sama, cuma tiada no anda tersimpan dalam hp sekarang ini. sila mention nama anda setiap kali anda msj/call saya ye

saya akan menaip lagi jika keadaan semakin menggalakkan.
doakan saya ye.

saya sentiasa doakan kamu berjaya dalam peperiksaan, ujian dan kesulitan hidup. harap kita akan berjumpa lagi.

salam sayang dan rindu buat blog jauhtapidekat.

2 comments:

cerimanis said...

asma', pindah shah alam?area mne?
boleh la b'abc bersma2!!!heeeeeeee

asma' said...

kat seksyen 7..hehe..bule2...roger2 la nnt ek :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...