Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Wednesday, July 14, 2010

jangan jadi orang lain

salam alayk..

pernah tak anda semua rasa yang anda selama ini berpura-pura menjadi orang lain? bercakap, berjalan, makan, dan segala aktiviti anda terpaksa jadi orang lain?

post kali ini lebih kepada motivasi diri..heh



Saya ingin berkongsi pandangan tentang remaja sekarang ini. pandangan ini bukanlah dari seorang yang profesional atau seseorang yang banyak pengalamannya, tapi sekadar dari point of view saya sebagai insan, anak, remaja, mahasiswa dan hamba Allah yang banyak kurangnya.

saya kerap kali memerhati kerenah-kerenah remaja-remaja seumur dengan saya, bagaimana lakunya, bagaimana cakapnya, bagaimana pakaiannya.  kadang-kadang saya tergelak sendiri melihat mereka kerana adakalanya, sy juga pernah melakukan perkara yang sama. *senyum
baiklah berbalik pada point saya di atas, apa maksud saya menjadi orang lain ialah kita tidak berlaku jujur pada diri sendiri untuk menjadi siapa diri kita.
pernah terfikir, untuk apa kita berpakaian sebegini, untuk apa kita bertutur sebegitu, dan untuk apa kita berkelakuan seperti ini?



remaja seperti kita perlu mencari jawapan yang sebenarnya sebelum membuat keputusan untuk menjadi apa atau siapa diri kita. jawapan yang di cari, bukan susah, dan bukan juga mudah untuk kita temui, apatah lagi untuk kita ikuti. akan tetapi, jawapannya sentiasa berlegar-legar dalam hati nurani masing-masing. kita tidak sedar sejauh mana kita mampu mengorek jawapan itu dalam diri kita kerana kebanyakkan manusia tidak betah menggunakan kemampuan diri untuk bermuhasabah atau merenung ke dalam diri masing-masing.

ingat lagi semasa kelas FCR by bro shah kirit, di mana dia ada menyentuh bab hidayah dari Allah. kerap kali kita rasa bahawa kita perlu berubah bila hidayah Allah itu sampai kepada kita, tetapi, sampai bila kita menungu untuk ia sampai sedangkan hati ini sudah sedar akan segala perkara yang patut di ubah itu. bukankah itu semua hidayah dari Allah? bro shah berkata yang hidayah ini sebenarnya Allah telah kurniakan kepada sekalian manusia, hatta ke segenap pelusuk, ceruk dunia pun, supaya manusia menyembah Allah yang satu. yang bezanya cuma dalam bentuk apa hidayah itu tiba. ada yang menerima pelbagai dugaan sebagai hidayah, ada yang terjumpa ketika mengkaji alam, ada yang hanya mendengar bisikan halus dariNya. jd, boleh jadi hidayah itu sesuatu yang subjektif untuk kita nilai sendiri dengan kemampuan kita yang terhad ini. pernah terfikir yang segala apa yang kita lihat di sekeliling kita ini adalah hidayah, sedang kita masih leka?

ok, berbalik pada isi yang saya ingin kupas, pada saya, kita masih lagi dalam keadaan pura-pura bila kita tidak menjadi diri sendiri. jd, bagaimana ingin jadi diri kita yang sebenarnya?

dalam keadaan ini, kita mesti faham akan asal kejadian kita sebagai manusia. dari mana asal kita, dari mana sekalian tubuh kita ini datang. matlamat kita hidup sebagai manusia telah Allah maktub dalam surah Al Baqarah: 30 yang bermaksud;  
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

jadi, mudah sudah kerja kita kerana satu jawapan telah pun Allah beri dalam kitabNya yang Maha Benar.
akan tetapi, ramaikah antara kita yang faham akan maksud khalifah?

adakah sekadar khalifah = pemimpin?

khalifah ialah apabila kita mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan kebaikan dan kemungkaran, supaya mission kita jelas dan tiada yang masih blur. baiklah, secara ringkasnya, kebaikan itu apa yang Allah suruh dan kemungkaran itu ialah apa yang Allah larang. mudah bukan? tetapi payah untuk kita laksanakan, kan?

 Sekadar gambar hiasan : Tun Dr Mahathir, mantan perdana menteri malaysia


Jadi, siapa diri kita ialah sebagai khalifah Allah di bumi, dan tugas khalifah itu menjaga agar segala perintah Allah itu di patuhi serta tidak sekali-kali dilanggar. so, bagaimana identiti khalifah itu dikenali? mari kita lihat bagaimana penampilan pemimpin negara kita. smart, yakin, trustable, dan amanah dengan tugasnya dan pelbagai lagi sifat positif yang ada. begitu juga kita, sebagai khalifah, kita mesti menunjukkan penampilan yang bergaya, disegani, dan berkeyakinan. mahukah anda jika melihat pemimpin kita yang jalan berdua-duaan dengan bukan mahramnya, berpimpin tangan di shopping complex? patut kah pemimpin itu berpakaian menampakkan susuk tubuhnya? berkelakuan tidak senonoh dengan orang yang lebih tua? melepak dan membuang masa di tepi-tepi jalan kaki lima?

anda = khalifah = diri anda

jadi, ini yang saya maksudkan dalam menjadi diri sendiri. menjadi diri yang sebenar, bukan dengan berpakaian cool, menonjol-nonjol, terdedah-dedah, bercakap dengan nada sombong, berkelakuan yang menyakitkan hati, akan tetapi, menjadi khalifah ciptaan sempurna Allah yang telah pun Allah bagi manual yang jelas dalam KitabNya.  tak perlu langgan majalah-majalah fesyen untuk update baju, kasut, anting-anting, tak perlu berlagak bertutur dalam bahasa malaylish untuk tunjuk diri ini tu up to date, dan tak perlu cari kawan-kawan yang kerjanya hanya shopping dan melepak sampai tak kenal dunia. sebab semua itu bukan diri kita yang sebenarnya.
 
God has given you one face, and you make yourself another. 
 ~William Shakespeare

be yourself, open your eyes (by maher zain) dan selamatkan misi kita di dunia ini, sebelum semuanya terlambat. saling mengingati, menjaga dan menyayangi.



sekian. wasalam.

4 comments:

amirah said...

nicely written. make me feel like crying sbb terkena kat batang hidung sendiri.. ;(this is what's in my mind this few days. amirah terlalu lemah :( i need to find the strength and get myself back. ive been losing myself for quite a while. thanks for the reminder asma'.
*homesick*

eLeA haNnAj said...

nice post!!
same to raiz,kena batang idung sendrik gak..kekadang menyesal apabila selepas berlaku sesuatu..kekadang kite buat sesuatu tuh supaya rase kite belongs to dat grup,then pastuh menyesal sbb rase x jd diri sendrik..tq mok atas peringatan

*rindu ko sesangat..lets us find some time to hang out together*

Nurul Asma' said...

alhamdulillah, aku ingat post ni cm merepek je.. huu. moga memberi manfaat kat kite semua.

bila lupa, ingatkn
bila jauh, dekatkn
bila rindu, luahkn

ok, aku rindu korg sume. alot!

lina mariana said...

ohoho cik asma...nice post..eheheh=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...