Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, July 27, 2010

mari belajar sesuatu yang baru!

salam alayk..

hari yang mulia ini, sempena nisfu syaaban, sy ingin berkongsi satu ilmu yang saya dpt dari kelas FCR.

sebelum tu, sy ingin bertanya, semua pembaca kat sini ade alQuran?
pernah baca alQuran?
brape jenis alQuran anda pernah baca? (i mean, brape byk alQuran berjenis2 terbitan pernah anda baca?)
ade terfikir macam mana ayat alQuran xpernah berubah sejak 1400 lg, sehingga sekarang ini?



'ala, kan Allah ade sebut dlm alQuran, 15:9, try tgk, Allah dah janji yang Dia akan pelihara alQuran, so, dah terbukti laa...' 

senang je kn jwpnnya? tapi cuba mary ke, wei li ke, muthu ke, tnye soalan macam ini, dan anda jawab seperti yang di atas, boleh tak diorg terima?

ha, ni saya nk kongsi macam mana kita nak buktikan keaslian alQuran itu sendiri.

pertama:

dari sudut hafalan. sejak zaman Nabi lagi, hafalan menjadi satu rutin semulajadi org2 arab mekah, di mana, teknologi penulisan masa itu tidak lagi dipandang penting. segala perkara seharian, mereka lebih suka menghafal, jadi, org2 arab zaman dahulu mempunyai ingatan yang sangat kuat. selain Nabi s.a.w, ade beberapa sahabat lain yang ditugaskan untuk menghafal alQuran, contohnya, abu zaid, muaz bin jabal, ubay b kab,dan zaib b thabit. mereka berlima ini menghafal keseluruh alQuran pada zaman itu. tidak kurang juga, beribu2 sahabat lain yang menghafal sebahagian alQuran.

surah ke 54:17, menunjukkan alQuran ini sangat mudah difahami dan dihafal, jadi, tidak mustahillah alQuran BOLEH di hafal kerana bahasanya mudah difahami org2 arab zaman dahulu yang bertutur dengan bahasa yang sama. tak perlu pergi jauh2, lihat shj masyarakat kita, berapa ramai hafiz yang menghafal seluruh alQuran? ok la, mungkin 1 dalam 100, tapi, berapa ramai yang menghafal sebahagian alQuran?? takkan alfatihah, annas, al falaq pun tak hafal kot. ha, tgk, mudah kan nk hafal alQuran?

baik, saya ingin bertanya lagi, bila anda hafal alfatihah, pernah tak anda terlupa dan hentam je baca apa2, dan terus amalkan yang salah tu? tak kan? so, apabila kita sudah menghafal sesuatu itu, bukan senang untuk kite selewengkan apa yang telah melekat dalam memori kita. kalau tak betul, mesti kita akan rujuk balik untuk betulkan mana yang salah. ye x?

lagi, dalam setiap solat 5 waktu, mesti ada surah2 pilihan yang akan di bacanya pada 2 rakaat pertama, dan makmum di belakang akan menyemak bacaan sang imam dan membetulkan mana2 yang tersalah.solat 5 waktu ini telah pun bermula sejak zaman nabi lagi, dan tidak putus2 sehingga sekarang. mustahil tak untuk ayat di dalam alQuran itu berubah?

ok, kalau tengok dari sudut ini bagaimana, selain solat, sewaktu bulan ramadhan, kebanyakkan masjid akan cuba mengkhatamkan bacaan alQuran didalam solat tarawikh, & juga pasti ada tadarus alQuran sepanjang bulan ramadhan. & amalan ini telah pun bermula sejak sekian lamanya. jika ada ayat yang cuba diselewengkan, pasti sudah di detect lagi sewaktu aktiviti2 ini.. betul tak?

alQuran secara semulajadinya, manusia sendiri memelihara keasliaannya, dimana tidak putus2 ayat2 suci ini di amalkan dan dilafazkan, dengan izin Allah.

dalam sahih bukhari, jilid ke 6: 518-520, ada menceritakan bahawa, setiap kali menjelang ramadhan, malaikat jibrail akan turun untuk menyemak bacaan alQuran nabi, dan pada ramadhan terakhir nabi, jibrail mengajar nabi untuk menyusun alQuran dan meminta nabi untuk mengulang bacaan alQuran itu sebanyak 2 kali.

oleh itu, keaslian alQuran dapat dipelihara sehingga sekarang ini, again, berbalik pada janji Allah dalam 15:9

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami akan menjaganya..


sekian.

bukti yang ke2 saya akan tulis dalam post seterusnya.

2 comments:

ezzat said...

well written
greeat share...

Nurul Asma' said...

syukran, klu ade yg salah, minta di tegur ya! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...