Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Sunday, January 3, 2010

Thailand tour part II

Salam alayk...

Maaf sbb part 2 agak lambat. Xtau knape sindrom malas update blog terbawa2 sampai sekarang.. huu

Ok, hari kedua, di mulakan dengan solat subuh. Part yang paling klaka waktu solat subuh ni, ialah bila ummi & abah berselisih tentang bila masuk waktu. Memandangkan waktu di sana akan awal sejam dari waktu Malaysia (sama seperti kat Sabah), jadi, masuk waktu subuh adalah pd pukul 4.45 pg waktu tempatan, iaitu bila kita xtukar jam ke waktu tempatan, masuk waktu solat adalah sama je dengan waktu Malaysia. Tp, pagi tu, abah x tukar lg jam die, jd die bgn la pkul 4.45 pg, waktu Malaysia. Selesai mandi, dlm pkul 5 pg, die kejut kitorg semua, ckp da subuh. Mmg liat la nk bgn, sbb keletihan & tidur agak lewat mlm tu, jadi, ummi yang bangun dulu. Bila ummi perasan baru pkul brape, waktu tu, abah da solat, ummi pon comfius, & try tnye btul ked a msuk waktu ni. Azan pon xdgr lagi. Dlm mamai2 lagi tu, mmg dengar la kebisingan pagi2 ummi & abah bertekak..haha.. klaka la plak.. then, dlm pkul 5.45, baru dgr azan, so, br diorg solat, n kejut kami semua...

Selepas subuh, mata mmg xleh nk tahan lagi, kami pun menyambung lena sehingga terdengar ketukan di pintu rumah. Rupa-rupanya, atok sedang berusaha menyejutkan kami semua. Waktu tu, dlm jam 9 pagi. Kami yang agak berat untuk bangun, terpaksa gagahkan diri juga.. huu, segan juga bila kami sekeluarga terlena sampai ke waktu itu, & atok pula yg dtg mengejutkan. Selesai bersiap, kami ke rumah pak anjang untuk menjamu sarapan pagi. Mmg memalukan pabila mmg tinggal kami sekeluarga shj yang tak sarapan lagi.. menu pagi itu ialah roti canai & kuih muih. Sungguh unik roti canainya, bila ia di bungkus macam kuih ketayap, dlm kertas minyak, & roti itu di gulung bersama2 dengan susu pekat. Mmg manis la jadinya roti tu. Ada lagi 1 jenis roti, iaitu seperti roti tisu, tapi bentuknya segi tiga. Huu, kelaka2.. kami jangkakan, tiada aktiviti pada hari itu, kerana badan yang masih letih, akan tetapi, atok mendesak pak anjang untuk membawa kami berjalan2.. oleh itu, program hari itu bertukar.

Perjalanan hari ini adalah ke Yala, iaitu ke markaz dakwah ayah mentua pak anjang, kerana kebetulan, dia sedang mengadakan khidmat utk pendakwah2 di sana. Kami semua menaiki 3 buah kereta, iaitu sebuah lagi ialah kereta hilux pak anjang. Mmg mereka ini sudah lali dengan kesusahan, jadi, bersempit pon tiada masalah. Mak mentua & adik ipar pak anjang pon turut serta.

Perjalanan ke Yala mengambil masa dlm 1 jam lebih sahaja. Sebelum ke markaz dakwah itu, kami di berhentikan ke satu pusat membeli belah. Tapi jgn tersalah anggap, ia bukanlah besar sepert MID VALLEY ke, huu, tp hanya lah pasar lambak, yang menjual pakaian2 bundle. Mmg besar sangat kawasan tersebut, sehingga kami hnya mampu berjln xsampai separuh dari psr itu. Melihat suasana psr bundle di Yala, sy betul2 teringat suasana pasar bundle di Sabah. Mmg seakan2 memori itu menerjah kembali. Boleh di katakan mcm 'deja vu', sbb segala2nya hmpir serupa. Mcm biasalah, bila shopping, org perempuan mmg xpernah kalah. Isteri cik ajan, iaitu cik raudhah, membeli beberapa beg kulit berjenama, xkurang mak itam yang membeli beberapa helai seluar jeans. Ummi, sofi & saya masih belum decide untuk membeli apa, jadi, kami masih menjamu mata shj. Apabila lama berjalan, kami singgah di kedai pakaian-bkn-bundle, di situ, dijual bj2 blouse sama seperti di Malaysia, tetapi Cuma bajunya itu laen sgt2 dengan trent kita.. sy tertarik dgn satu seluar 'aladdin' yang diperbuat dari kain batik jawa. Sofi & ummi pula membeli blouse. Atok pah pula xlupa membeli beberapa helai pakaian untuk anak2nya di kampong.

Dalam lebih kurang pkul 12 tghhari waktu tempatan, kami bergerak dari pasar ke markaz dakwah tersebut. Sebelum itu, mak anjang sempat membelanja kami semua makanan tradisional siam, iaitu seperti kerabu yang ada pelbagai2 jenis rasa & isi2nya, ada seperti kerabu mangga, ada seperti kerabu jantung pisang. Tp yang peliknya, kita biasanya makan kerabu beserta dengan nasi, tetapi, mereka mkn seperti snek pula. Huu.

Markaz dakwah itu tidaklah jauh dari pasar tersebut, kira2 20 minit sahaja. Setibanya kami di pintu masuk markaz, saya terbaca signboard " WANITA YANG MEMASUKI KAWASAN INI DIKEHENDAKI MENUTUP MUKA"

Wah, naik bulu roma.

Markaz itu pusatnya adalah masjid & di seblah kanannya ialah asrama. Di sekeliling masjid & asrama itu, terdapat pelbagai gerai2 menjual pelbagai jualan, seperti jubah2, buku2 kedai makan serta kedai runcit. Suasana di markaz itu pula seakan2 di makkah atau madinah, kerana muslimin mmg berjubah putih, serta musliamat berjilbab hitam. Setibanya di tempat yang di tuju, kenderaan kami berhenti betul2 di bhgian hdpn masjid tersebut. Sungguh besar masjid itu, boleh di katakan sama besar seperti masjid Negara. Tetapi, sungguh mengecewakan, kerana kondisi masjid yg separuh siap, tetapi telah pon digunakan. Masjid itu tidak di simen pon lagi. Kubahnya hanya nmpk bentuk. Suram keadaan di sana. Asrama di tepinya juga sebegitu rupa. Pak anjang menjelaskan yang pembinaan masjid atau apa2 yang berkaitan dengan Islam tidak diberikan apa2 dana dr kerajaan, jadi, ia bergantung pada usaha penduduk setempat. Jika ada dana masuk, baru ia akan di bangunkan sedikit demi sedikit. Hurm.. sungguh kesian melihat keadaan di sana. Akan tetapi, sy amat kagum dengan usaha titik peluh mereka yang x patah semangat untuk tetap menegakkan Islam yang boleh di katakan 'asing' di Negara itu.

Kami, org2 perempuan tidak pun keluar dari kereta sepanjang berada di sana, Cuma org2 lelaki yang turun bersalaman dgn ayah mentua pak anjang.

Selepas itu, Kami bertolak dr markaz dakwah ke restoren untuk makan tenghari. Restoren ini terletak berhampiran dgn pantai yang menyajikan makanan laut. Sejuk hati pabila kami masuk ke dalam restoren kerana kesemua pelayannya adalah perempuan yang bertudung serta berbaju kurung, yang menutup aurat secara sempurna. Tiada yang berbaju ketat, tiada juga yang bertudung singkat.

Pelbagai lauk pauk di pesan oleh mak anjang, yang pastinya, amat menyelerakan sekali. Ikan goreng, 4 jenis, tomyam, 3 jenis, ulam- ulaman, sotong goreng, udang goreng, daging goreng dan laen. Satu ulam yang menarik perhatian kami ialah petai cambah. Petai ini terdapat akar yang tumbuh pada setiap satunya (seperti togeh). Kata pak anjang, ia di biarkan bercambah untuk mengurangkan bau keras petai itu.

Sekali lagi, mak anjang membelanja kami semua. Sungguh memeranjatkan, apabila jumlah harga makanan itu semua adalah RM 140 shj!

Bayangkan betapa murahnya makanan laut di sana! Kebiasaan mkn bersama keluarga sy seramai 6 org ini, sudah mencecah hamper RM 100. Inikan bila mkn hamper 20 org!

Selesai mkn, kami singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat jama' qasar zohor & asar. Sejurus solat, kami akan ke kampong budi, yang terletak lebih kurang sejam dari Yala. Kg ini ialah kg kakak tiri mak anjang. Perkampungan ini ialah perkampungn nelayan, iaitu terletak berhampiran dengan pantai. Di sana, kami di jamu dengan air kelapa muda yang di bancuh bersama susu cair, udang goreng manis, serta mini karipap berintikan kacang. Huu, mmg pelik2 menu mereka, terutamanya udang goreng manis tersebut. Ia manis, tp sedap juga utk dimkn seperti snek..huu

Kami bertolak pulang sebelum maghrib. Kami berhenti di R & R utk melangsaikan solat maghrib jama' qasar bersama isyak. Sekali lagi, suasana R & R itu sama seperti salah satu perhentian di oasis sewaktu perjalanan dr Jeddah ke Madinah.

Kami tiba di rumah lebih kurang jam 8 mlm waktu tempatan. Selesai menjamu makan malam yang agak ringkas, kerana mak anjang hanya menempah dari kedai, kami semua masuk ke bilik untuk melepaskan lelah badan.


 

To be continued...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...