Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Sunday, August 7, 2011

bila masa saya akan tiba?

Salam alayk.
sometime i come to my senses. yah, life must go on. tak boleh nak lari dari kenyataan hidup yang lepas grad kena kerja (really?).

bukan saya anti kerja, mungkin minat itu tak sampai lagi. memikirkan penat bekerja, balik rumah dah malam. kalau dah berkeluarga, macam mana pula nak bahagi masa? siapa pula nak jaga anak-anak? hish.. mungkin juga saya terlampau berfikir panjang.

lepas habis belajar ini juga, timbul isu kahwin dan jodoh. jumpa sedara mara ke, mesti cakap, "lepas ni kahwin la kan" "bile nak kawin ni?". well, siapa yang tiada hasrat untuk berkeluarga kan?



dulu saya pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga sewaktu umur 23, iaitu selepas grad. ataupun sebelum saya mula bekerja. bukan apa, saya amat takut untuk hadapi alam kerja nanti. orang kata dugaannya lagi lah dahsyat! entah la. mungkin juga, kerana sewaktu belajar, saya didampingi kawan-kawan yang selalu mengingatkan. terlebih sikit, ada orang yang nak tegur. tapi masa bekerja nanti, tak tahu orang macam mana kita akan jumpa, dengan persekitaran kerjanya. dah la saya ni memang 'fragile' sikit. orang tarik je, senang sangat nk ikut. adei.. jadi, saya fikir, baik ada orang menjaga saya nanti. tempat posting pun  tak tahu lagi, andai dapat tempat yang saya minta, alhamdulillah, tetapi andai di campak ke ceruk negeri yang tiada sedara mara macam mana? mahu abah terpaksa ambil flight emergency ke sana. huu

jadi, mungkin plan saya tidak menjadi.

ada juga orang bertanya "takkan la tiada siapa-siapa lagi".
hurm, mereka tak faham agaknya. saya sudah ada 'siapa' bila saya sudah bernikah. selain itu, saya masih single. mungkin saya tak suka dengan istilah 'berkawan', apatah lagi 'teman lelaki'. cukuplah sekadar saya berkata, saya tidak berpunya dan dipunyai siapa-siapa. saya masih dibawah milik ummi dan abah saya.

pernah juga saya menyatakan hasrat untuk memberi peluang pada ummi dan abah untuk memilih jodoh untuk saya. akan tetapi, mereka lebih selesa untuk saya sendiri memilih pasangan hidup saya. mungkin juga mereka pun tak jumpa lelaki yang sesuai. tetapi, akibat dari pengajaran hidup dahulu, saya jadi takut aka fobia untuk trust or find mana-mana cinta dari lelaki. takut bila memikirkan apa yang terjadi dan mungkin bakal terjadi lagi. sebab saya tahu, saya bukanlah sekuat mana. iman pun masih cetek paras jari kaki lagi.

mahu duduk diam sahaja, sampai jodoh datang sendiri? tidak mungkin! tiada kejayaan jikalau tiada usaha! walau saya perempuan, I have to play my part too. lagi-lagi sekarang bila lelaki pula yang menjadi rebutan dek bilangan mereka yang semakin sedikit (atau bilangan perempuan yang semakin ramai). jadi, semakin resahlah, takut pilihan di hati di rebut orang nanti! haha..

jadi, bila ya masa yang sesuai? hanya Allah yang tahu, kita merancang, Dia yang menentukan. moga jodoh saya datang bila masa saya bersedia untuk memikul amanah sebagai isteri dan ibu.

with love~

6 comments:

cerimanis said...

betul2....dh 23 sume tanya bile lg....xde perancangan ke....bla bla... Kadang2 pening pikir bnde2 nie...huhuuh InsyaAllah....xlme lg la tu...

Nurul Asma' said...

cerimanis: btul tu cik ceri. anda tu lagi lah, dah mula bekerjaya, mesti lagi ramai sudah beratur! huu

hanna said...

asma nak kawin da ke.
korang semua da abis blaja bole kawin
jgn la tnggal aku sorang2.wuwuwuwu.

ramlah said...

huhu u know something, kdg2 kite mahu menyusun, mengatur semua benda dan perkara.. kehidupan, pekerjaan, keluarga dan anak-anak.. juga kemudian mnjadi takut dengan benda yang itu, mnjadi risau dengan benda yang ini..

tapi selagi kita xmelangkah ke arah itu ape yang kita rancang hanya tinggal rancangan semata2.. ketakutan, kerisauan akan hanya mnjadi beban dan terus membeban..


gud luck to you dear, just go on with yourlife..tak perlu terlalu risau dengan kehidupan diluar.. walau sekuat dan sehebat manepon kamu ditarik..hii iman kamu tetap milik kamu, hati kamu tetap milik kamu, diri kamu adalah kamu sendiri.. ''usaha untuk menentu dan memelihara diri'' adalah hak kamu, dan ''hasilnya'' tetap adalah hak Allah..

selagi kita bersama Dia inshaallah He will help us ^_^

salam sayang& gud luck!

*im now dalam proses melangkah..wish me luck:P

Nurul Asma' said...

hana: ahaa, dah nk kahwin, tp xtau dgn sape n bila.. haha.. jgn risau, inshaAllah aku jemput hang..

ramlah: btul tu ramlah. mak kite slalu ingatkan, yg manusia ni potensi die tinggi, campaklah ke mana pun, inshaAllah akan survive. moga kita semua berjaya harungi hidup nan mencabar ini ye. good luck!!!

aZwaN mUsLiM said...

*tak berapa ingat cerita sebenar, tp lebih kurang macam ni la*

Ada sebiji epal, tumbuh di puncak pokok. Saban hari melihat rakan-rakan di bawah sering dipetik. Dia mula risau diri tak akan dipetik, mungkin kerana tidak mampu dipetik kerana terlalu tinggi di atas. Kerana terlampau risau, dia menjatuhkan dirinya kebawah agar lebih mudah dipetik. Dan hasilnya dia menjadi busuk di lantai, dipijak dan ditendang ramai orang.

Paham ka? =p

Toksah riso psl jodoh, insyaallah jodoh ketentuan dah ditakdirkan, jangan terlalu terdesak mencari jodoh, nanti jd cm epal td lak, lg elok biar kekal di puncak, insyaallah nanti ada sang jejaka yang benar-benar layak untuk memetik epal terhebat.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...