Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, January 4, 2011

belajar mengenal erti syukur

salam alayk..

menjadi lumrah hidup saya utk tidak menulis apa2 post sepanjang berada di rumah.. bukan apa, saya perlu meluangkan 100% masa yang ada utk dinikmati bersama keluarga..

jadi, mari saya rumuskan apa yang telah berlaku sepanjang cuti sem 1 yang lepas..




 1. Family vacation

pergi bercuti menjadi satu kemestian dalam keluarga sy. setiap tahun, ade shj tempat yang kami akan pergi. jadi, tahun ini, kami bercadang utk ke Cameron Highland. kali terakhir kami ke sini, ialah pada 7 thun lps, sempena hadiah sy berjaya dlm PMR. xbyk berubahan, tapi, byk jgk pembangunan yang baru..
kami sewa apartment dari seorg penduduk sana. abah bising mahu sewa apartment yang milik org islam. sy mula2 pelik kenapa abah beria mahu spesifik org islam, rupanya ade agenda disebalik semua tu. abah mahu kami masak sepanjang kami bercuti. haha.. umi la yang paling membantah. mahu bercuti, tp umi masih kne masuk shif dapur. tp, bebel2 umi pun, masih patuh pada abah. dan akhrnya, mmg berkat ketaatan umi, dah bijaksana abah, berbaloi betul utk masak semasa disana. sebab bahan2 mentahnya sgt2 la fresh! sayur kami jadikan mknn ruji selain nasi & ayam/ikan.. 1st day, sup sayur, 2nd day, paprik daging burger + sayur yg banyak dari daging, 3rd day, salad sayur ala2 kfc..mmg puas la mkn sayur.. mkn strawberry coklat pula, smpai muak, sbb strawberry yang along & izzat petik tu, kami salut sendiri dengan coklat bila balik ke apartment.. sy paling excited tgk buah oren mandarin dia, 3 kali ganda besar dr yg biasa! rasa nya pn, sgt2 la manis! wah, mmg boleh dikatakan, syurga mknn lah! air teh, mmg kami gilir2kan dengan pelbagai perisa yang laen2, teh strawberry, teh susu caramel, teh susu vanilla, (tapi abah masih setia pd radix nya..haha)
cuti tanpa cenderamata kenangan dari sana mmg merugikan...haha.. bukan apa,teruja dgn kecomelan strawberry2 nye gift. so, sy beli bantal strawberry, sarung tgn strawberry & pen strawberry utk kawan2..

ladang teh sungai palas (dari kamera sony ericson sy je)

2. Cik Siti Engagement

event kedua, merupakan hari pertunangan makcik sy belah umi, yang paling bongsu. umur die sethun tua dari saya. nk dijadikan cerita, saya & cik siti mmg rapat sgt. terutamanya masa kecik2 dulu. pantang cuti je, sy mesti berkampung di kampung sbb nk maen dgn cik siti. segala jenis game la kami maen (pondok2 la, cikgu2 la, hotel2 la, nth ape nth lg, sy pun da xingat). lps maen, g kedai, beli jajan same2..haha..mmg seronok. walau kg sy tu, bukan lah kategori kampung kalu ikut keadaan sekitarnye, more pd bandar, tp xmenjadi sekatan kami utk berlari2 di tgh2 jln raya, maen dlm belukar, etc2. well, skrg, cik siti dah pun jd tunangan org. rase mcm, sekejap je masa berlalu. dah besar rupanya masing2 ye.. moga cik siti bahagia ye. insyaAllah, majlis nikah pd bulan 2 or 3 nnt..

3. Home

balik kali ini, rase xsempat nk duduk rumah sgt, ada shj tempat or acara kne pergi. tp, sy cuba utk luang kn masa utk habeskn game! haha.. kali ni, sy & izzat try mode normal, instead of casual utk game resident evil 5. tp, maen 2 hari je da abes, xmcm dulu, hampir sethun br abes maen. huu. so, sy try pulak maen lara croft underworld mode expert, still, 2 hari jgk abes maen. then, izzat ajak maen army of two. ok, ni mmg xexpert. tembak pn asyik tersasar je.huu.. izzat mmg makin terer maen game. dah lawan tekong ni. betul, bila sy fikir balik, game simple, mcm loco roco tu pn, sy xreti nk maen sgt. izzat leh marah2 sy plak sbb asyik jatuhkan loco2 tu je.huu.. agaknya, zaman maen game sudah mahu berakhir dah kot. padahal, dulu, sy la yg ajar izzat selok belok game ni..huu.. xpe la... ade jgk turun temurun bakat ni..hahaha...
selain maen game, abah pula, xhenti2 ajak makan udang galah. smpai muak mkn udang galah kat rompin tu. masak goreng kunyit la, masak masam manis la, mee bandung udang galah la..adei.. abah mmg suka udang galah rompin..huu
bila dah last2 cuti, izzat dpt twrn masuk sk sri mersing. sekolah harian biasa, tp ade kelas rancangan khas utk subjek bhs arab. die dpt twrn masuk asrama sbb rompin n mersing tu agak jauh utk ulang alik. dia punya la excited. abes 3 malam straight die interview sy utk tutorial duduk asrama..haha.. seronok bila kenang blk apa yg kite experience kat sek dulu. bila cerita balik kat izat, rase rindu sgt zmn sek, zmn innocent..huu.. lps tu, die blaja lipat bj la, iron bj la, basuh baju la (blaja dgn umi).. almaklumlah, anak bongsu, mmg xpernah nk wat keje2 umah ni. bile tau kne dok asrama, baru dia kelam kabut. haha

well, that's a bit about my short holiday's activities for the last semester. klu fikir balik, masa yang singkat, mcm2 boleh di isi dgn faedahnya..itulah bila kita perlu belajar utk menghargai apa yang kita ada sebaiknya. bila nikmat tu dah hilang/tiada, baru kita akan rase keperluannya.. baru2 ni, sy belajar sesuatu yang sgt berharga. dan itulah bila idea utk mengenal erti syukur itu muncul. kdg2, bila sesuatu tu muncul dpn mata, kita xnk terima seadanya. kita nk juga gajah seberang sungai tu. walhal, hakikatnya, rezeki kita, ada dpn mata. hargailah apa yang kita ada skrg, krn mungkin, kita xkan berpeluang merasainya lagi. cuba raih syukur itu krn nikmat dr syukur, mmg xdpt kita nmpk dgn mata kasar, tp Allah akan balas dgn rasa tenang, puas dlm hati.. insyaAllah..

selamat menjejah ke semester terakhir untuk pengajian sarjana muda farmasi di universiti malaya asma'!

dan pada kawan2 lain juga, mari kita pulun habis2 san utk kali yang terakhir ini! friendship, study & life, nikmati sblum ia ditarik balik k!

gambar hiasan: solid sedang bermain bola atas kerusi malas izzat

ps: no pic yet for this post, pic sume dlm hp ummi, xsempat nk amik haritu. nnt klu dah ade, sy try masukkn..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...