Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Saturday, March 14, 2009

Al Hambra'



Al-Hambra
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East

Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ
Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa
Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra
c/o
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa
Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya
Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan
Al-Hambra ..
Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Bangunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Suburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra


assalammualaikm..
korng penah dgr lagu ni??
sy da byk kali dgr, tp br kali ni terpk nk kaji lirik die..hehe
ok, lagu ni psl istana alhambra'
istana ni ade kat Granada, Sepanyol..


"al hambra" bermaksud merah. ia terletak di tgh2 bandar granada, di kwsn tnh tinggi, so, ia merupakan bgnn tertinggi kat bndr tu. jln memasuki istana ini ialah jln tar yg di kiri kanannya air mengalir laju menuruni curam yg memisahkan Al hambra dgn kwsn sekitar. airnya jernih, sejuk. Indah & segar menghiasi jln masuk itu. air ini xdpt di cari sumbernya.
sampai di satu perhentian tnh tinggi itu, terdpt air membuak dr arah dlm bumi melalui sebsr bola sepak. AJAIB!, menurut sejarah, sblm Al hambra', org islam melepaskn burung utk tujuan mencari tmpt air, maka burung itu pun hinggap di tmpt di mana Al hambra di bina.
pintu Al hambra' tu lebar & tinggi. di atas pintu tu tertulis ayat kursi, tapi kerajaan kristian sepanyol skrg mahu menutup syiar Islam itu dgn meletakkan patung2 di kiri kanan pintu masuk, & palang salib di atasnya!
Al hambra mempunyai 2 lapis pintu masuk; satu tektik teknologi pembinaan yg cukup strategik oleh umat Islam hampir 1000 thn lalu! (kubu pertahanan yang kuat)
kerajaan moden kriatian abad 20 ini mahu meniru satu ukiran seni yg di ukir di atas pintu ke2 ini utk menanpung sebghn darinya yg terserpih, tapi mrk gagal, lalu bekas serpihan itu terbiar di situ.
di luar, Al hambra dijaga rapi dgn dilyn penuh istimewa sesuai dgn kehebatan & kebesarannya; pokok2 bunya ditnm kemas & teratur & berkembang indah. kuntum mawar mekar selebar pinggan menghiasi tnm Al hambra
keindahannya patah lidah utk di gmbrkan; pokok yang memanjat dinding xterdpt di malaysia, berdaun merah merayap di tembok umpama permaidani merah terhias.
bila berdiri di satu tembok yg menghadap keluar & ke bwh Al hambra yg ter sergam indah, jauh nun di atas bukit, ada terletak masjid, tapi syg, senasib dgn Al hambra, kini tidak kita miliki. dgn jelas dpt disaksikn anak2 tangga utk naik ke masjid tu. tp nmpk begitu usang, ternmpk lubang2 gelap seperti tertebuk di sekitar masjid; seperti gua pula. tapi di situlah tmpt suluk ahli2 sufi zmn Islam dahulu.
berpuluh2 anak tangga utk ke menara Al hambra. di atas sane, begitu pilu melihat 3 batang salib tertegak sombong, mengelilingi loceng yg besar, yg kalo di bunyikan, bergegar agaknya seluruh kota granada.
jarak antara menara itu hampir 400 meter utk masik ke bhgn lain istana, demikianlah luasnya alhambra itu. istana ini dibina oleh Islam yg memerintah sepanyol kira2 abad ke8 masehi. dari salah satu dinding yg tertulis, ada menyatakan alhambra dibgnkn di zmn Raja Nasrullah, yg di gelar Amirul Muslimin.
ada beberapa perkara ajaib di Al hambra.
pertamanya ialah tmpt mengambil wudhuk keluar dari mulut2 singa. air itu entah dari mana datangnya!. semasa zmn pemerintahan Islam. air itu kluar sendiri bila masuk waktu solat & berhenti juga secara automatik. begitulah tiap2 waktu solat. tapi bila al hambra di kuasai kriatian, mulut singa itu di buka utk diselidiki teknologinya, & hasilnya, air mengalir mengalir x berwaktu lagi.
saintis moden hari ini kagum dgn teknologi perairan Al hambra, mereka xdpt menirunya, bahkan kalau mereka cuba selidik lagi, mungkin rahsia airnya xkn keluar langsung. sbb itu mereka x brani ganggu lagi. terdpt beberapa tmpt di dlm Al hambra yg sudah kering pancutannya; krn sistemnya diganggu manusia rasuk itu, & tiada siapa mampu membaikinya itu air itu mengalir lagi.
bila mendongak ke bumbung istana & seperti di ruangan2 laen, terdpt ukiran yg sungguh seni & cntik, bertulis ayat2 alquran & nama2 Allah. tapi sebhgn bumbung itu kosong tnpa ukiran & tulisan. Sbnrnya, org kirstian itu cuba menutup syiar Islam dgn membina bumbung laen, tapi bumbung palsu itu roboh & boleh dilihat keasliaannya, walhal, Al hambra yg hampir berpuluh abad itu pon masih tiada tanda utk roboh!
teknologi org Islam adalh ilham dari Allah. mana mungkin setanding dgn hasil fikiran sendiri yg busuk & bongkak!
ukiran kalimah Allah di bumbung al hambra yg dicemarkan!
di satu ruangan yg besar, agak gelap berbentuk hemisfera, ada satu keanehan yg laen. di dlmnya, jika bertakbir, gemanya sgt kuat hingga menaikkn bulu roma!. di situ, ada sistem menguatkn bunyi yg perlahan. jika kita membisikkan sesuatu ke dinding hemisfera, & menyuruh rakan kita menekap telinga ke hujung dinding di situ, jelas kedengaran suara kita.
wujud sistem penghantaran bunyi yg perlahan ke tmpt yg jauh.
di depan ruang itu, terdapat kolam ikan. airnya hijau, ikan spt lampan beribu ekor berenang di dlm. ada warna kunig, putih, merah, belang2 & mcm2. jiank tp x dpt di tangkap. di phmkn bhw kolam itu dahulunya tmpt mandi raja.
di bilik air istana pula. ruangan bilik air itu kelihatan terang berbanding tmpt2 ruangan lain; sbb bumbung nya dibuat dari cermin. membenarkan chy matahari masuk. mungkin utk membiarkn bilik air itu sentiasa kering. & utk mendapatkan cahaya asli, menggantikan elektrik. terdpt kolah yg besar didalamnya, cuma ada satu paip yg digunakan utk mengisi kolah itu.
begitulah sedikit sebyk gambaran ttg istana Al hambra ini hasil dari catitan Ust Ashaari mohammad, hasil lawatannya ke sana 20 tahun lebih, dahulu. di sini kta dpt lihat bagaimana warisan keagungn agama kita telah di robek oleh manusia hasad dengki dgn tertegaknya kalimah Allah di muka bumi. oleh itu rakan2, jadikanlah ia sbg satu pembuka mata kita utk mengkaji kesan2 tamadun islam yg telah lama tertegak di bumi Allah ini, bagi kita membina iman yg semakin rapuh dek kolak kalik zaman yg xpura2 x mengerti erti dosa.
wallahhualam~

4 comments:

Ezati said...

salam asma.. agree with each single things..alhamdulillah zati berpeluang lawat andalusia masa cuti krismas yg lepas, subhanallah, mmg kagum dan tak percaya..kota indah yang penuh diukir ayat2 memuji kebesaran Allah dgn senibina yang cuba menggambarkan indahnya syurga!!
namun rasa sedih memang x dapat dinafikan, kerana kini smuanya tinggal sejarah, keagungan empayar islam ketika dahulu yg akhirnya runtuh akibat kuasa dan kelalaian umat islam! lebih sayu bila melihat loceng2 yang tersergam megah di atas kubah2 yg dahulunya masjid umat islam..
pengajaran utama sy kira; kukuhnya negara islam dgn iman yg ditunjangi pemimpin dan rakyat2nya.. dikala andalusia jatuh ke tangan kristian, pemimpinnya lalai dan rakyatnya mulai jauh dari Allah, lalu umat islam diberi 2 pilihan- memeluk kristian atau dibunuh! dan ramailah yg syahid dan murtad..hingga kini, kebanyakan rakyat andalus adalah kristian..

*sori terkomen pjg pulak..sgt2 terkesan dgn kisah sejarah andalus..

Nurul Asma' said...

wslm
mmg ptt kite concern pon dgn sejarah2 kita yg telah di kaburi oleh sejarawan barat berlagak pandai..
sy pon mmg berminat nk kaji lg sejarah andalus..
bestnye dpt pegi!!

amirah said...

jom asma' kite pegi spain nx summer. ahaha

Nurul Asma' said...

nk je, tp aku ni miskin, xmcm ko..waaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...