Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, March 22, 2011

Merong, SPA dan perkahwinan itu [editted with pic]

salam alayk
tarikh hari ini, 22/3 lagi sebulan tarikh due thesis, dan lg 2 bulan tamatnya pengajian saya di sini, insyaAllah. banyak perkara berlaku di sekitar sebulan yg lepas, itu yang menjadikan sy kurang meng'update' blog. biasanya, jika begitu byk perkara ingin di ceritakan, sy jd semakin mls utk menulis (bad habit).



Mari kita mulakan dengan interview SPA, iaitu pd 16/3 yg lepas.
yg, walau kami (pelajar farmasi) sudah pn dijanjikan tempat utk bekerja nnt, kami dipaksa juga utk menjalani interview bersama SPA. sy ditempatkn di kumpulan hari ke-2, kumpulan A. Interviewer sy (dr wakil SPA) ialah IR lee soon hun, iaitu beliau merupakan JUSA SPA. disebabkan saya merupakan org ke-2 terakhir pd kumpulan dan hari tersebut, sedikit shj soalan yg dilontar kan, antaranya ialah:
1)kamu asal dari mana?
2)ceritakan mengenai kepimpinan semasa skolah dan universiti.
3)apa peranan farmasi di kaunter pesakit luar.

itu shj yg mereka soalkan. alhmdulillah, walau saya rasa agak horrible atas jwpn2 yg sy berikan, tp sy bersyukur krn interviewer tersebut sgt peramah dan amat membantu. jadi, utk junior2 tahun hadapan, jgn takut2 ye, doa byk2, baca doa n ayat kursi, insyaAllah, boleh! :)

sementara menunggu nombor kami dipanggil
lapar? beginilah rupanya..heh

penat dah menunggu...
gambar sebelum balik! (muka ceria slps temuduga)

kenangan kali pertama dan terakhir disini...




Cerita yang ke-2 ialah mengenai Merong. pasti hampir semua org bercerita mengenai perkara ini, kerana cerita epik melayu ini menjadi hits dan box office dalam 2-3 minggu yang lepas. katanya perbelanjaan untuk filem ini menjangkau 8 juta ringgit. sangat byk! (bagi org yg sedang pokai seperti sy). bukan apa, sy amat memilih utk menonton cerita di wayang,di mana sy pasti akan pilih cerita2 yg berbaloi utk ditonton. sy lebih suka cerita-cerita berunsur action atau animasi, dan sudah pasti penuh dengan imaginasi (fiction-based).dan kalau boleh, ada pelakon2 kegemaran seperti Johnny Depp, atau Will Smith. :) Tetapi kali ini, merong menjadi pilihan saya, dan hasilnya amat memuaskan hati. mungkin kerana jalan ceritanya yang asli, bahasa yang digunakan amat indah, set penggambaran yang menarik dan pelakon yg boleh tahan macho :). byk lagi boleh diperbaiki dlm filem ini, tetapi secara keseluruhannya, amat menarik utk ditonton, malah utk kali ke 2 dan ke 3 kalinya!

"jika terkena panah geruda, disini ada ubatnya"


dan cerita yang terakhir adalah mengenai perkahwinan makcik saya yg paling muda, iaitu cik siti hajar. umurnya hanya setahun tua dr sy, 24. dan beliau telah melangsungkan perkahwinannya kelmarin di kulai, johor. perkahwinannya sgt simple dan save budget. yela, buat sekadar yg termampu shj. buat didwn, jimat tenaga utk mengemas rumah, utk buat bilik pengantin, dan lain2. yang paling penting, cukup belanja utk menampung hidup selepas kahwin dan bahagia seadanya kan? insyaAllah, moga cik siti mengecap kebahagiaan rumah tangga dalam mencari keredhaanNya. amin..

the new family member, pakcik radin.

sebelum majlis, sebelum tetamu memenuhi dewan, kami bergambar di pelamin dahulu.


keluarga ummi (15 adik beradik) ini masih xsmua ada


sewaktu menghantar cik siti ke rumah keluarga suami. 'take care lil' aunt'. ummi kata senyum saya pelik, tp ini lah senyum paling ikhlas dan sinis.heh
sepanjang perjalanan pulang dr kampung ke rumah, ummi mula membuka cerita mengenai majlis kahwin ini. yelah, anak2 nya sudah pn tiba umur mendirikan rumah tangga, jadi syarat2 telah pn ummi gariskn utk perkahwinan kami nnt. antaranya ialah, ummi minta utk kami nikah dahulu, dan majlis walimah selepas seminggu atau sebulan nikah, dan tiada sanding dan menepung tawar.  abah berhasrat utk jadikan majlis kami seperti dlm post ini. insyaAllah, kita merancang, Allah yg menentukan. dan ummi pn tnyalah soalan2 maut..huu.. "angah dah ade calon?" kui2... (jwpn tidak direkod atas sebab2 privacy).

dan hari ini, masih disini, menyiapkan tugasan2 terakhir, sebelum bergelar graduan UM. insyaAllah. moga segala urusan berjalan lancar, semoga diberi kekuatan melangkah hingga kehujungnya..selamat berjuang kawan2! masih bersisa peluh kita utk dihabiskan! mari!!



ps: sy masih berada kerdil dgn diri sendiri, masih tidak yakin dan masih berasa diri ini tidak layak. agaknya, mmg diri ini ditakdirkan begitu? ntahlah....

3 comments:

~terataibungaindah~ said...

byk nk k0men nih.hahaha

1: ain punye gmbar cmtu lapa ke? hahaha.
byk ye gmbar k0rg.hihi

2:teringin jugak nk tgk merong.huuu\

3: eh2...biru cmp0r hijau cntik jugak.hihi

asma' said...

kak tina:
1. muke die muke cover lapa. bile nmpk camera, trus die senyum..huu

2. idup merong!

3. cntik kn?

amirah said...

omg babe, kau dah 23? tua ok!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...