Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, September 27, 2011

Pilihan

Assalammualaikum

Dalam hidup ini, banyak pilihan yang tersedia di hadapan kita. pilihan yang kadang-kadang kita tak pasti mana yang baik atau tidak.

Ya, kehidupan itu satu ujian. Dan membuat pilihan itu satu cabaran.

Pernah juga kita tersilap membuat pilihan, dan akhirnya membawa kita ke arah hidup yang berbeza. tapi bila difikirkan semula, semua yang terjadi atas izinNya. 
mungkin, dengan kesilapan itu, kita dapat belajar sesuatu yang berharga, lain dar yang lain.
mungkin dengan kesilapan itu, kita ditemukan dengan jalan yang lebih cerah dan indah. 
mungkin dengan kesilapan, darjat iman kita meningkat satu anak tangga. 

Jadi, dalam membuat pilihan, pastikan Allah tunjangnya.
Mesti Dia menjadi yang utama. TOP PRIORITY!
kalau pilihan bekerja sepenuh masa itu dapat mendekatkan diri kita padaNya, teruskan!
kalau pilihan mendirikan rumah tangga itu demi mencapai redhaNya, teruskan!

Doalah, mintak petunjukNya.
moga hati kita cerah untuk menilai pilihan yang ada.


Friday, September 9, 2011

Rahsia Kita :)


Assalammualaikum…
Alhamdulillah, sudah seminggu saya mula bekerja, dan everything goes well. Senior-senior semua baik-baik belaka, dan banyak sungguh saya dapat belajar dalam masa yang singkat.

Ok, back to the title.

Pernahkah anda menyimpan rahsia atau mengamanahkan rahsia anda pada orang lain?
Mesti pernah kan?

Yelah, kita ini manusia biasa, tidak mampu menahan beban sendirian. Perlu juga orang lain mendengar rintihan atau khabar gembira yang ingin dirahsiakan…J

Thursday, September 1, 2011

dulu vs lama

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, tahun ni sungguh bertuah kerana berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama keluarga sepenuhnya! dulu, pastu minggu terakhir sahaja saya dapat berpuasa bersama mereka.
ya, hampir 4 bulan  saya mengganggur di rumah.. huu..
teringat, sewaktu adik saya, sofea tiba di rumah sempena cuti sekolah dan cuti raya jumaat lepas, dia kagum lihat saya begitu kusyuk dan 'expert' membuat kerja rumah. haha... bukan terer pun, hanya sudah terbiasa buat, jadi, kerja-kerja rumah jadi sangat 'ringan' bagi yang terbiasa.. tapi tak menafikan juga bahawa kerja-kerja rumah ini memenatkan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...