Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Thursday, September 1, 2011

dulu vs lama

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, tahun ni sungguh bertuah kerana berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama keluarga sepenuhnya! dulu, pastu minggu terakhir sahaja saya dapat berpuasa bersama mereka.
ya, hampir 4 bulan  saya mengganggur di rumah.. huu..
teringat, sewaktu adik saya, sofea tiba di rumah sempena cuti sekolah dan cuti raya jumaat lepas, dia kagum lihat saya begitu kusyuk dan 'expert' membuat kerja rumah. haha... bukan terer pun, hanya sudah terbiasa buat, jadi, kerja-kerja rumah jadi sangat 'ringan' bagi yang terbiasa.. tapi tak menafikan juga bahawa kerja-kerja rumah ini memenatkan!



sepanjang bulan ramadhan lepas, saya rasa sedikit terkilan kerana hari-hari saya berlalu dengan keletihan yang teramat. siang membantu ummi dalam projek kuih rayanya, petang membuat persediaan untuk berbuka, selepas tarawikh terus tertidur kepenatan. aduh, amalan sangat-sangat berkurang berbanding tahun lepas. qiam pun pada malam2 terakhir ramadhan sahaja, itupun sekadar solat tahajud dan pasti akan tertidur semula atau terus bersiap-siap untuk menyediakan sahur.
tetapi bila terfikir semula, selama ini berpuasa di hostel, tanggungjawab hanya ada pada diri sendiri, tetapi di rumah, kena fikir pasal keselesaan seluruh ahli keluarga, perlu melunaskan kerja-kerja rumah dan menyediakan juadah sahur dan berbuka. dan bila di hostel, banyak masa untuk diri sendiri, penat pun tak berapa sangat kerana rutin harian hanyalah ke kelas dan ke bazaar ramadhan kerinchi..huu.. dan dulu masih sempat pula berjalan-jalan ke masjid-masjid besar sekitar KL untuk bertarawikh menerima jemputan iftar bersama kawan-kawan..banyak sungguh masa. tetapi di rumah, segan pula mahu meminta keluar selalu..huu...sewaktu iftar bersama kawan-kawan double8 pun, sudah rasa segan kerana malam itu tiba di rumah hampir pukul 11 malam! ye lah, putrajaya-shah alam bukannya dekat, tambahan pula majlisnya drag pula sampai ke jam 10 malam. sehingga abah pun sudah tertidur menunggu di sofa sewaktu saya pulang.. huu. scary!

dan perbezaan ketara berpuasa tahun ini ialah tempat. sebelum ini saya menetap di kawasan-kawasan pedalaman/kampung. bazaar ramadhan pun ada lah dalam 10-15 buah gerai yang sama setiap hari. dan surau/masjidnya sangat sedikit jemaah bertarawikh. dan pasti komuniti di sana saling mengenali jemaah yang datang. jika saya tiba-tiba datang untuk berjemaah, pasti semua mata akan menyerot memerhati kerana pelik melihat 'orang baru'..huu.. tetapi di sini, bazaar ramadhannya bersepah-sepah! setiap hari boleh ke bazaar yang berlainan. harga pun, sangat lah tidak berpatutan...haha...bayangkan nasi ambangnya mencecah rm7! berbeza dengan di tempat lama, hanyalah dar rm2-3.50. dan komuniti bandar ini berebut-rebut mencari pahala tarawikh berjemaah. tidak kira sekecil-kecil surau dan sebesar-besar masjid, melimpah-limpah jemaah bersolat! alhamdulillah, saya pun jadi semangat untuk ke surau/masjid..huu.. tetapi sayang, amalan memberi dan bertukar-tukar juadah sudah tidak ada lagi di bandar. teringat suatu hari bila saya memberi rasa lauk dan kuih berbuka kepada jiran, mukanya amat terkejut dan terharu! huu.. bila saya borak dengan mereka, mereka mengaku yang sudah lama tidak mendapat juadah berbuka dari jiran-jiran..kami pun jadi segan untuk memberi lagi. huuu..tetapi bila di kampung, tidak putus-putus jiran memberi, setiap kali berbuka, pasti dapat merasa 2-3 lauk/juadah yang berbeza-beza, jadi, tak perlulah selalu ke bazaar..huu..

jadi bila pengalaman berbeza, apa yang kita dapat juga pasti berbeza. alhamdulillah...
kan orang kata jauh perjalanan, luas permandangan. dan yang pastinya banyak pengalaman!
walau penat berkali-kali pindah (hampir 9-10 kali saya berpindah sepanjang saya hidup..huu), tapi hikmahnya sangat manis, mencabar dan mengujakan. :)
dan, ia lebih indah jika kita bersama-sama dengan keluarga. we are home when we stick together kan?

berbuka di SACC. ummi menunggu waktu berbuka. banyak kan makanan?

p/s: Jemput beraya di rumah saya. mungkin weekend sahaja saya ada di rumah, hari-hari lain saya berada di kluang! :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...