Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Showing posts with label cahaya hidup~. Show all posts
Showing posts with label cahaya hidup~. Show all posts

Monday, February 20, 2012

food for soul

Assalammualaikum wbt
Perasan semenjak mula menetap di sini, hati sangat mudah untuk berasa emosi. Terasa sangat kalah dengan perasaan sendiri.
Kalau rasa marah, sangat-sangat marah…
Kalau rasa suka, sangat-sangat suka…
Dan emosi itu pasti akan berlarutan lamanya…macam tiada pengakhirnya
Pelik, padahal dahulu tidaklah seperti ini. Selalunya emosi, walau mudah melenting, tapi mudah reda.

Hari itu, sambil ber’midnight supper’ dengan amal di gerai makan, baru sedar kenapa boleh jadi begini.
Mungkin sebab kurangnya makanan pada hati. Jadi hati sangat senang memberontak. Senang capai paras ‘threshold’.

Food for soul…

Ye, sangat craving for them. Mungkin di sini tak sama dengan di sana.

Di sana, ilmu senang nk di cari. Kadang-kadang tak perlu cari, hanya perlu ada kehendak sahaja untuk datang atau tidak. Tetapi di sini, perlu cari dan perlu ade ‘determination’ yang sangat-sangat kuat! Orang lemah macam saya ini selalu kecundang… L

Ya Allah, kuatkan hatiku…

P/s: bulan ini sahaja dah melepas 3 event best! (k-fiqh ummah, Seminar apa ertinya saya menganut islam, dan productive muslim seminar). Bulan depan ade conference bidadari , tapi macam tak dapat nk pergi jugak.. L

Tuesday, January 24, 2012

men VS women


Assalammualaikum wbt.

recently i've been listening to this music. bila dengar lagu ni, teringat lagu anuar zain, sedetik lebih, kerana mungkin isi lagu ini lebih kurang sahaja. lagu yang terlebih metafor. yelah mana ada orang sekarang boleh hidup lebih dari seribu tahun kan? most of us died because of the complication of disease related to food. ok, that is not the point here.

Friday, September 9, 2011

Rahsia Kita :)


Assalammualaikum…
Alhamdulillah, sudah seminggu saya mula bekerja, dan everything goes well. Senior-senior semua baik-baik belaka, dan banyak sungguh saya dapat belajar dalam masa yang singkat.

Ok, back to the title.

Pernahkah anda menyimpan rahsia atau mengamanahkan rahsia anda pada orang lain?
Mesti pernah kan?

Yelah, kita ini manusia biasa, tidak mampu menahan beban sendirian. Perlu juga orang lain mendengar rintihan atau khabar gembira yang ingin dirahsiakan…J

Sunday, August 21, 2011

Apa yg penting?

Assalammualaikum..
utk pengetahuan semua, post ini ditulis menggunakan iphone Along..hee

ok, back to the topic.

kadang2 kita sering keliru apa yang penting dalam hidup kita. dan pasti kepentingan sesuatu hal itu berbeza bagi setiap individu kan?

saya selalu berfikir yang apa yang menjadi kepentingan saya itu MESTI menjadi kepentingan orang lain juga, which is tidak adil.

tapi apa yang paling penting ialah kita tak lupa untuk mengingatkan satu sama lain tentang perkara yang paling penting untuk kita pentingkan..iaitu the purpose of life.

masih ingat post2 lama saya yang bagaikab orang hilang arah tuju? huu
ya, bila kita lupa tujuan hidup kita untuk apa, kemungkinan kita akan mudah untuk melilau ke arah yang lain.. asyik nak menyalahkan takdir bahawa hidup ini terlampau perfect, dan tidak adil. walhal, Dia lebih tahu aoa yang terbaik untuk kita semua. jadi, kita mesti back to basic, which is to know and understand the purpose of our living.

we are made to be the caliph of this world. so, we have the obligation to worship the one tru God, to take care of each other and to preserve the nature. kan cukup besar peranan kita sebagai manusia kan? bukan sahaja sebagai penjawat jawatan farmasi di hospital malah lebih dari itu..huu

jadi, peringatan untuk asma' yang sering lupa ini, bahawa pentingkan apa yang lebih penting.. tak semua perkara kita boleh dan mampu buat, tapi kita masih ada peluang untuk mencuba selagi ada Dia untuk membantu. never lose hope and always stay on track.

tolong ingatkan saya bila saya terlupa.

lastly, selamat menjalani ibadah mengejar mlm alQadr. mlm ni ialah mlm ke21 ramadhan...

p/s: xbest tulis post guna iphone. btw, thanks Along!

Tuesday, August 9, 2011

Terapi Al Quran

Salam alayk..
Alhamdulillah, tadi dapat juga berbuka dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawikh di masjid s alam. makanannya boleh tahan juga, jemaah pun ramai. tapi kata ummi, jemaah semakin kurang, tak seperti minggu pertama puasa. mungkin ramai sudah beralih ke surau-surau berdekatan, atau mencari peluang untuk berjemaah di masjid/surau yang lain.

selepas solat maghrib, kami berkesempatan untuk bertadarus bersama. alhmdulillah, tenang sedikit hati yang sedang berkecamok ini.

masih teringat sewaktu zaman matrikulasi, sewaktu detik-detik tension atau sedang menghadapi masalah, pasti saya akan membaca Al Quran dengan kuat (i mean, suara yang agak lantang), bagi melepaskan resah hati ini. sehingga roomate saya sendiri akan perasan masa-masa saya tension, huu.

saya bukan menulis untuk membangga diri, tetapi ingin berkongsi bagaimana alQuran sangat berkesan menjadi terapi saya.

sewaktu tarawikh pula, imam masjid mengalunkan kalimah alQuran dengan merdu (walaupun laju..huu), sekaligus menusuk minda dan hati..tenang, rohani jasmani...pelikkan, kita bukan pun faham/fasih bahasa arab, tapi ia mampu mengubah kerasnya hati kita..

ya Allah, moga kita tergolong dalam kalangan golongan ini:

“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).

Friday, April 29, 2011

saya tak suka bila marah

salam alayk
baru sekejap tadi, saya baru pulang dari makan petang, aka makan malam dengan kawan-kawan dekat KFC belakang UM (sebelah MAHSA tu). setiba di hadapan pintu bilik, saya terus rasa tak sedap hati, dan memang sudah mengagak sesuatu.
ye, selipar saya dan selipar sri dah tiada di tempat asal.

Wednesday, April 27, 2011

Mari bercinta dengan Tuhan

Salam alayk...

anda pernah rasa apa itu Cinta?
ce cite macam mane rase die....ce cite...

Monday, April 25, 2011

Stadi last minit lagi



Interesting last minute tips from one of my friend. beautiful words and like the drawing!
enjoy reading ^^

Friday, February 18, 2011

sehebat wanita zaman dahulu

salaam alayk~

minggu lepas, sy ada menghadiri satu ceramah terbuka dr youngmuslimproject yang bertajuk the greatest women of islam. talk in disampaikan oleh Sheikh Tawfique Chowdury, founder and director of Mercy Mission. more about him, click HERE.
secara ringkasnya, ceramah ini mengenai jasa2 wanita2 islam zaman dahulu yang berjaya melahirkan pemuda2 hebat seperti Rasulullah, Sultan Muhammad Al Fateh, Al-Bukhari dll.

Saturday, February 12, 2011

hadiah yang terbaik ^^

Salam alayk
12/02/1962
Ini merupakan tarikh lahir abah. Memandangkan tidak ramai kaum lelaki di dalam rumah,jadi mmg akan menjadi satu cabaran utk sy sekeluarga utk mencari hadiah utk abah. kdg2, perlu diskus 1 family supaya hadiah tak bertindih. almaklumlah, brg2 utk lelaki bukannya byk utk dijadikan hadiah kan. jadi, sy buat survey terbuka kat FB utk cr idea2 yg lain dari yang lain. dan sy amat terpaku pd satu kisah yang dipost ke dalam inbox sy oleh seorg sahabat ini. so, mari kita hayati kisah di bwh..

Sunday, June 14, 2009

Heningnya petang~



Salam alaik..
Semlm, along ajak jln2 round kl.. yela, org da nk grad, xde keje la nk buat da..

Mula2, g mkn kat 12 kolej, sbb ingt nk mkn nasi lemak yg sedap tu, but, kdai tutup plak, xde rezeki..huu...so, mkn je la ape yg ade..

Then, g survey umah sewa along kat Bandar tasik selatan, sbb die dpt keje kat Bandar permaisuri... ok la apartment die, 3 bilik, 400++.. bilik muar utk sorg je la.. & share 1 bathroom.. ok la utk 1st income nnt.. J

Lps pnat survey, g alamanda putrajaya, nk tgk wayang + melwt mike yg keje kat situ..hehe

Bangga tgk mike bekerja, sbb sy sndr xde pengalaman bekerja,.. bile la nk rase keje ek.. nnt da terkongkong dgn keje pharmacist, xmerasa la idup susah..

Beli tiket "17 again" pkul 2.30pm.. suke cite ni even ringan la jln cite die, (sbb suke zac efron.. hee)
Lps tgk movie, g jln2 round putrajaya... walau da byk kali g cni (hurm, da 3 kali kot, termasuk yg kali ni), tp xberpeluang lg nk tgk2 keliling.. so, along g bwk mkn kat Taman Warisan Pertanian, then g Taman Wetland..

Sampai kat Taman Wetland tu, bdn da letih da, so, xlarat nk naik menara tinjau yg tinggi tu, so, jln2 kat citu, jumpe dgn pinky flamingo & itik mandarin..huu



hobi flamingo : kebiasaanya, flamingo akan berdiri di air yg cetek dgn mengangkat sebelah kaki sambil mendandan bulunya.. hehe.. unik tgk die bleh seimbangkan badannya dgn sblh kaki, memandangkan badannye yg agak besar & kakinya yg sekecik dhn kayu tu.. subhanallah

Tapi, yg sedihnye kluar hari ni, KL sgt2 mendung + jerebu.. suram je hari, (bersyukur x pnas terik).. teringat Sri bgtau 2-3 hari lps, yg El Nino bkl dtg blk..hurm.. tkut dgr.. cuaca dunia da x mcm dlu.. unpredictable... kalo kat uma kat kota tinggi tu, lg menakutkan... kalo ujan, sgt2 scary!... mula2 ribut, pastu petir & guruh sabung menyabung... (maybe sbb kwsn uma sy ni dkt ngn pantai, so, perubahan angin sgt2 terasa), & kalo pns, sgt2 terik...


Terpikir sejenak... sewaktu isra' mikraj, Nabi kita ade terjumpe dgn seorg tua yg bongkok tujuh... baginda bertanya kpd malaikat jibrail, "siapa itu wahai Jibrail".. jwb Jibrail, "itulah usia dunia.."

Kalo zmn nabi, usia dunia da "bongkok tujuh, zmn skrg ni apetah lg... bercampur dgn rakusnya manusia menggali khazanah bumi... itulah umat akhir zaman.. kitalah kne sdar yg kiamat boleh tiba bile2 masa shj...

Firman Allah dlm surah Muhammad (47): 18;



"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda tandanya. Maka, apa gunanya kesedaran mereka itu, pabila (hari kiamat) itu sudah datang"


Tingkatkan amalan, bykkn isghtigfar..


Moga2 kita digolongkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh.. aminn

Friday, June 12, 2009

Ketika diri mencari sinar


Conversation di YM


Sahabat: salam


nurul asma' : wslm


Sahabat: ape maksud awak ; kenapa diuji sebegini?


nurul asma' : hurm


Sahabat : maaf andai menyibuk


nurul asma': tgh ade konflik diri, xpe, thanks 4 being concern


Sahabat: konnflik?


nurul asma': sumthng happened in my past ,that i myself cannot bear to live with it


Sahabat : willing to share?


nurul asma': hurm, klu sy cite, ni akan buka aib sy sndr..xpe, tq byk2


Sahabat: hm..its ok. sume org ade mslh, kenangan silam...boleh sy kongsi ape yg sy dapat?


nurul asma': sila2


Sahabat: cikgu sy pnah pesan. sy pun ade benda yg mengaibkan dalam sejarah hidup sy, sgt2 mengaibkan..cikgu sy pernah pesan, jgn sekali2 mengeluh kalau awk berbuat dosa. ingatlah, ramai yg sebelum dr awk berbuat dosa yg jauh lg besar, dan apabila mereka meminta keampunan, maka tuhan ampunkan, kalau awk rasa diri hina atau lemah, ingatlah, terlalu ramai org yang lebih hina dan faqir kalau nak dibandingkan dgn awk, tuhan cuma mendatangkan ujian, kalau kita terima dengan sabar, pasti ganjarannya syurga, tp jika kita sampai satu tahap, taksnggup mghadapi, pohon pada tuhan ringankan, bukan merintih bahwa tuhan telah uji aku sebegini berat. saya pernah tenang seketika mase cikgu sy ungkapkan kata2 ni..harap2 sy x lari konteks dgn konflik yg awk hadapi


nurul asma' : hurm..btul tu. sy da jd hmba yg xbersyukur bila ckp mcm ni kan. sy benci dgn kebodohan masa lalu..sume slh sy ... tp sy xmampu nk wat pape da skrg, sy terpaksa terima.


Sahabat : benci dgn kebodohan, itu adalah benda yang baik, asma'. xsepatutnya org benci pada benda yg elok. jd kan kebencian pada kebodohan tu untuk awk perbaiki diri, jadi lebih elok.


nurul asma' : trima kasih akhi, xpernah sy rase down mcm ni.


Sahabat : sume org akan rase down..normal la tu. cume macamana kita handle je bnde tu. bhyenye fikir ikut perasaan ni, yang memandunya ialah syaitan dan nafsu. untungnya fikir ikut logik ni yang memandunya ilmu dan wahyu


nurul asma': ahaa..btul2


Sahabat : jgn sedih2 lg, k?


nurul asma': insya Allah.. moga Tuhan bg sy kekuatan


Sahabat : insya Allah


nurul asma': alhmdulillah.. kne lebih tabah.. xnk kufur nikmat


Sahabat: yup. org pnahkata, kefakiran akan membawa kepada kekufuran..xsemestinya fakir harta, fakir jiwa, fakir budi, fakir ilmu, sumee akan bawa kepada kekufuran..kite same2 jd kaya ye?


nurul asma': insya Allah..


Sahabat : sy kuar dulu


nurul asma': ok


Sahabat: ape2 nk sembg ke, share ke, jgn segan2


nurul asma': thanks 4 the offer


Sahabat: salam alaik~


nurul asma': waalaikumslm




Ya Allah, moga Kau pinjamkan aku sekelumit kekuatanMu utk ku hadapi hari-hari mendatang


Ya Allah, moga Kau ringankan beban dosaku ini, agar aku memperoleh ketenangan hakiki sewaktu hidup di duniaMu ini


Ya Allah, moga aku menjadi hambaMu yang bersyukur atas segala nikmatMu


p/s: ingt nk masukkan conversation ngn raiz, but, bila bc blk, terlampau open plak utk di siarkan.. anyway, raiz, u help alot 2.. tq my dear fren.. i try my best from now on.. insya Allah.. u 2 raiz, be strong there! Allah is always with you..

Monday, June 8, 2009

Erti hidup utk memberi^


Salam alaik..

alhamdulillah,sy br je hbs bc buku karangn ust hasrizal,'aku terima nikahnya'..
Ntah knpe sy pilih buku ni utk bc,maybe sbb tjuknye yg agak mnrk,or rmi kwn2 yg syorkn bc.. (mungkin berat pd tjuknye..huu)
Da lme da cr buku ni, but mostly bookstore xde stok plk..laris btul buku ni..heh

Mungkin ade sesetgh yg malu nk bc buku ni,apatah lg nk blinye..waktu sy bli buku ni pn,dgn abah n sofi, n they both look shocked!..haha..but sy wat muka 'toye' je, lg2 bile izat ckp,

"eee,k ngh nk bernikah ke?",


then sy bls, "laa,ko xnk bernikah??"..


"hurm...nk...hehe"..


See,even my 11 yr old brother ade keinginn itu!.. :p


Ok,dat's not the point here, the highlight here is, wat the writer tried to share wit all of his readers..


Sy sgt terkesan dgn tulisn die, sehingga sy berjy abeskn bc buku tu dlm ms 5jam shj! (where we were on d boring journey frm jhr to kl).. nk stop xleh! Huu..
Bhs die sgt ringkas, n cr die tulis mcm dlm blog die, saifulislam.com .

Kisah die, crita start dr cmne die jmpe istri die smpi diorg dpt ank ke3..sgt2 teratur n seiring dgn kehndk syariah..
ade part yg blh wat kite tersenyum sorg2..n ade part yg blh melelehkn air mata..

Suke bc psl gelagat2 saif n naurah..bile saif pnah menegur ayahnye krn sebut perkataan 'bodoh' dlm satu sesi crmh,smpi terkedu ust ni..heh.. n mnarik sgt teori die psl pwr ranges, ultraman n barney...

Plg menyentuh, bila kita sdar yg kasih ayh & ibu tu tak bersyarat n xpernh dipinta pn!

Sy xnk la cite lbh sbb nnt abes royalty ust tu..hehe..
so, whoever interested in dis book, go get it quick,
coz ble kite abes bc, kite akn sdar yg slama ni ade ke kte memberi??
ade ke kte wat sesuatu tnpa syarat n tnpa hrpkn blsn?
ada x kite slalu hrpkn utk dpt yg trbaek,tp xprnh bg yg terbaek?

Buku ni btul2 wat sy trpk pnjg....


buku ini bgs utk muhasabah diri..
Buku ni bgs bg sesiape yg br nk start life kat dunia luar,

Buku ni bgs utk siapa yg mncr erti idup,

Buku ni bgs utk spe yg xnmpk ape itu erti perkongsian idup yg sbnr..

Buku ni bgs utk kita, yg msih di peringkt akhr remaja n awal dewasa..


Bclah,sbb ilmu yg plg bermkna adalh berdsrkn penglmn, n ust ni tulis berdsrkn itu..

semoga kite sume sntiasa di bwh rahmatNya,krn jika kite dihisab brdsrkn amalan kite, maka xterkire lah hmbaNya yg menghuni neraka,na'uzubillah..
tp,dgn kasih sygNya, kte msih diberi pluang utk bertaubt & menyesal atas segala kesilpn lmpau..

Tuesday, June 2, 2009

Cukupkah?

Assalammualaikum..

Hari sabtu yg lepas, sy satu family g kluang, amik sofea (my lil' sis) kat sek die,sekolah menengah agama kerajaan johor..

Then, g JB lak, uma mak ngah blah umi.. umi nk anta cupcake pd mak ngah..

Smbil 'mengeteh' kat uma mak ngah, kami borak2 la..

"eh, zah, sofi ni tingkatan brape da ek?" soal mak ngah.

"da f5 kak", balas umi.

"eh, yeke?? Cptnye ek.. rase cm kecik je dlu die.."

"tu maknenye kak, kite ni da tua..heh" kata umi lg..

Gulp..tertelan terus jemput2 yg da hmpr sepinggan kami bedal..hee..

Terpikir sejenak.............

'da tua ek.. ahaa, sekejap je..'

Firman Allah dalam Surah Al-'Asr

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Kita selalu lupa utk hargai masa kan? Tup tap.. da tua da kita.. bile kenang blk masa2 muda kita, dah ke kita manfaatkan sebaiknya?

One of my best frens pnah bgtau,

"yg yg lepas tu biar la lps, but masa sekarang kita kne hargai ape yg ade.. jaga elok2 jgn bg mnyesal sbb yg lepas mmg xleh nk patah blk, yg skrg kne hargai sepenuhnya spy xjd cm yg lepas.."

Ustazah Zaleha penah terangkan masa yg kita ade ni kalo nk dikire secara matematiknye, mmg xcukup utk kite beribadah sepenuhnya pd Allah..

~Bayangkan..~

Kalau la umur kite ditakdirkan smpi 50 thn je,

Kite baligh dalam lebih kurang umur 12 thun bg pmpuan, or 15 bg lelaki..

50 – 12 = 38 thun or 50 – 15 = 35 thun

Kita tidur & makan setiap hari, amik masa dlm 9 jam.. ( 6 hrs tdo, 3 hrs rest, eat & etc)

9 x 365 hari = 3285 jam = 137 hari dlm setahun, kalo 50 thun? = 6850 hari = 18 tahun..

38 – 18 = 20 thun

Waktu blaja n g kelas or opis hour, (dr pkul 8 pg ke 5 ptg) = 9 jam , same ngn 18 thun jugak..

20 – 18 = 2 thun..

2 thun je lg? Hurm, masa nk g mid lg, nk g wayang lg, nk g bowling lg.. nk blk kg lg... nk borak2 ngn kwn2 lg..

Kire2 blk, da abes da 2 thun tu.. mane masa kite nk spent sepenuhnye pd Dia? Btul kan x sempat?


Tp Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hamba2Nya..

Dia bg 24/7 cukup utk kita.. sbb Islam itu sgt indah, krn segala amalan kita di anggap ibadah jika kita sandarkan semuanya pd Yg Maha Merancang itu..

Allah Maha Pemurah.. tidur pon di anggap ibadah..

Allah Maha Pemurah.. senyuman ikhlas jua adalah ibadah..

Allah Maha Pemurah, walau terdetik sekelumit niat utk buat kebajikan or kebaikan pon, tercatat satu pahala.. percuma!

Teringat satu tazkirah dr Dr Fadzilah Kamsah, "kita mestilah sentiasa menyediakan diri ini utk sedia di pinang org.."

Phm maksudnya?

Means that kite mesti sentiasa bersdia menghadapi hari mendtg dgn melengkapkn diri kite serba serbi..

Bkn kita bleh tau bila kita akan bertemu jodoh yg sesuai, bkn kita akan tau bila maut akan menjemput kita.. btul x?

Ade seorg sahabat sekolah sy kemalangan tahun lepas, koma hmpr 2 minggu, n hrpn utk hidup mmg tipis, mak die pon da pasrah utk trima kematian dia, but, dgn izin Allah, dia di beri peluang lg utk kembali ke dunia ni.. Bila tnye blk die, die pon rase sgt2 kuasa Tuhan tu, sbb kepala dia pon truk gak kne langgar ngn lori..

Dunia ni hanya pinjaman, akhirat nnt yg menentukan..

Nasihat utk diri ini:

Saya akan berusaha menginfakkan segalanya utk jalan Islam

Saya mahu menjadi insan yg beruntung!

Saya mesti bersedia utk menerima panggilanNya bila2 masa shj...

Ya Allah, bantulah hambaMu ini..


p/s: takziah buat sahabat yg baru shj kehilangan nendanya.. moga2 rohnya di cucuri rahmat ilahi.. Al-fatihah~





Friday, May 29, 2009

terluah jua~

assalammualaikum..
terasa mcm nk tulis diary plak..
ok,

dear diary...
sy xtau nk start cmne sbb da lame gile xtulis diary..pnah ade diary dlu time sekolah men, n ade gak wat diary online, but dua2 xmenjadi..hehe
i love to read & write.. pnah abah ckp "angah, try la wat novel"
wah, smpi cmtu skali ke sy gile membaca?? haha..klaka pon ade..ilmu setkt ni cmne nk wat novel ala2 faisal tehrani, or nisah haron?

hurm..

actually, nk luahkn ape yg da lame terpendam kat hati ni..even diary ni mmg jd open diary (which everyone reading dis post can knw), tp biar la..haha

sbnrnye susah nk luah ape yg terbuku, btul x? pnah seorg shbt sy, die mcm ade problem, but die kate die susah sgt nk share ngn org, die xreti nk luahkn through words..but luckily, die pndi draw (which, you all maybe can guess who it is, right?) ...so, die byk luahkn pd lukisan die, kekdg tgk kat mane2 die leh sketch..mrh sket, lukis, gembire sket, lukis.. (heh, gitu ke??..)
but,ade sorg kawan sy ni plak, lg susah nk express feelings die..die prefer pendam je.. sbb die kate lbh sng pendam, spy x lukakan hati org laen.. & one thing lg, die kate die ego nk express feelings die..

for me...
hurm, susah ke sng ek...
sng kot..hehe
sbb sy ni jrg pendam perasaan, sume nk express.. klu x through expression, through words or actions~

teringt waktu KKB, time hilang hp tu, mule2 found out hp xde dlm beg, blurr trus.. kwn2 da cuak da.. then, slmt kak yan ade, die ajak tgk kat padang pak din.. g naek basikal, ntah waktu tu, cm nk melayang je basikal..nk x nk je bwk.. smpi sane, cari2, xjumpe, mmg lg blurr laa.. rase cm nk nangis je waktu tu, cm xthn sgt da..but, slmt dpt thn lg, sbb rmi plak kan kat sane, segan nk nangis..hehe

baru je bc blog -m3-, die tulis psl KKB.. n terbuka hati ni, utk terpikir sesuatu..
mmg betul kate m3, sepnjg kkb berjalan, kite wat kerja, xpk diri sndr pon.. kite pk org2 kg, pk msyrkt sekeliling..
sy yg di amanahkn utk pgg biro tajaan ni, trase berat sgt, ditmbh lg dgn unofficial perlantikan jd bendahari plak..adei~

n bkn sng nk convice org utk bg tajaan.. sy just niatkn dlm hati je ni utk org2 kg..utk org2 susah.. & mmg sgt2 grateful to Him.. bile one day rase cm xcukup duit, tup!, duit smpi, bile rase xcukup brg2 tajaan plak, tup! brg smpi..
mmg speechless bile pk blk.. bleh menitis air mata ni bila terkenang.. rupanya rezeki Allah tu ada di mana2.. kite kne berusaha.. berusaha & trus berusaha.. jgn cpt mengalah.. smpi saat2 terakhir sblm bertolak, ade lagi insan2 pemurah nk bg tajaan..sgt2 terharu!.. & rase sikmat sgt2, sbb kita gembira dpt byk tajaan, bkn gembira utk diri sndr, but gembira utk org2 yg bakal dpt nnt.. seronok sgt2..alhmdulillah..

Ya tuhan, Luasnya RahmatMu,
Luasnya Kasih SygMu..
Luasnya rezeki MilikMu...
Alhmdulillah..syukran ya Allah..
Alhamdulillah...
Alhmdulillah..

rasa mcm selaut hamdallah pon xcukup utk menyatakan syukur pdNya.. Nikmat drNya sgt membuatkn diri ini kerdil & tunduk..

ade hikmah di sebalik kejadian.. & Allah bg sy pikul 2 amanah yg berat, supaya sy dpt blaja sesuatu yg amat2 bernilai.. Alhamdulillah..

& Dia tarik sesuatu yg amat bernilai dr sy.. sbb sy gadaikn duit JPA sy utk beli hp tu, huu.. (actually, it's a gift from mum, but i used my money 1st).. & sy akhirnya dpt jua menggali hikmah:

1. sy dpt beli sepasang kasut baru, utk hilangkn pilu di hati ni.. (heh, but, xilang jgk..)
2. sy lbeh berhati2 sejak peristiwa itu
3. mungkin Allah ingin menyucikan harta sy, krn, ada kemungkinan sy ade terguna duit KKB yg byk gile sy pgg time projek..well, who knows kan..

hikmah yg ke3 tu menjdkn sy redha.. :)

ok, enough about my hp again..heh

hurm, recently, ade perkara yg btul2 wat sy gembira..
sbb, jrg sy dpt perasaan cmni, jrg2 skli..
perkara ni, bila sy teringat, sy akan lebih bermotivasi..
sy akan lebih mengingatiNya,
sy akan berusaha meningkatkn amalan kpdNya..
tp kekdg sy takut.. sy takut ibadah sy ni, krn perkara tu, sy takut niat sy beralih, hnya utk perkara tu..
tp, xslhkn utk jdkn sesuatu perkara tu sbg asbab kite utk dekatkn diri pdNya..asalnya kite btul2 pasrah & mengabdikan diri pdNya, dgn setulus hati, & jdkn perkara tu sbg sndran.. & sy hrp, sgt2 hrp, agar sy tidak lg bergantung pd itu utk beramal lg, krn segalanya adalah milik Allah, Tuhan Yang Maha Agung..& setiap yg milikNya akan kembali jua pdNya..

Ya Allah, berilah aku kekuatan!
& berilah aku kepastian~

sy rindu pd keluarga angkat sy, sy rindu pd raiz di canada, sy syg kwn2 sy, sy syg ummi, abah, along, sofi & izzat...

sy juga rindu pd Baitullah Al Haram...

Sunday, May 10, 2009

ummi, can't live without u~

assalammualaikum..

ummi,
tak tahu knapa, smkin angah pndg umi, hati ni sayu & menangis..
melihat raut wajah umi yg semakin dimamah usia,
semakin byk uban2 memjalari rambut umi,
makin kasar tgn umi tika tgn ini menyalami umi.



ummi,
angah xsdar, bila umi menangis utk angah sbb risaukn angah
angah xsdar, bila umi peluk angah sbb umi syg angah
angah xsdar, yg masa mencuri hari2 angah utk bersama umi

ummi,
knapa umi xpnah rasa pnat melayan kerenah angah n adik bradik yg laen?
dgn perangai along yg sebegitu, angah yg sebegini, blum lg dicmpur kenakalan sofi & izat..
knapa umi xpnah mengeluh menyempurnakn kelengkapan rumah & keluarga utk kami?
pernah angah tnye umi, "umi x bosan ke wat keje uma yg same je setiap hari", umi hnya jwb dgn senyuman yg ikhlas & hnye membasi basa shj, tp jauh di hati umi, angah da dpt jwpnnya..



ummi,
maafkn angah jika angah terlambt utk menilai sume pengorbanan umi
maafkn angah jika angah terlmbt utk memeluk umi mencapai kasih syg umi,
maafkn angah juga jika angah terlmbt utk katakan yg angah syg sgt kat umi..syg sgt2..

ummi, ampunkn kesilapan angah
ampunkn kekasarn angah
ampunkn angah jika angah pernah derhaka pada umi..


selamat hari ibu umi..
(,"(",)

Friday, May 8, 2009

Satu Muhasabah



assalammualaikum..

hampir 2 hari lepas exm sy habis.. mmg pack sgt masa stud even paper sume jarak2.. letih..mmg letih..

dr satu tumpt stud ke tmpt laen, semata2 nk cr mood..
sy kekdg2 xpercaya dgn kebolehan dir berthn selama sebln, dok menghadap buku n stud..huu

tp, bila tamatnye exm month ni, trasa sgt sdeh pulak..sbb, mmg betul kata Ustzh Sharifah Zaleha, nafsu kita akan tunduk waktu kita dlm keadaan tertekan & 'nazak', terutamanya waktu2 exm cmni..




ya, waktu exam la kita rajin ke surau..solat awl waktu, solat sunat tak terkire la..kita akan sedaya upaya menjg hubungn kita dgnNya..sbb kita tahu, mmg sedia tahu, yg hanya Dia shj yg dpt membantu kita saat2 terakhir cmni..hurm

Ya tuhan..

Knapa hambaMu ini mencariMu hanya ketika susah?

knapa hambaMu ini hanya mendekatkn diri pdMu hanya ketika hati remuk resah?
Ya Tuhan..

saat ini lah kita boleh menilai thp keimanan kpdMu

saat ini lah nafsu bagai terkurung, terkunci dlm kesibukn ibadah, mencari redhaMu..

betapa jahil & kejamnya aku sbg hambaMu

Tp ya Allah..

rahmatMu menjangkaui kemurkaanMu

kasihMu membatasi limpah kurnia rezekiMu pdku

Kau lah Maha pengasih, pengampun & penyayang..

baru sy sedar dimana sy berada saat ini..

thp mana keimanan..

sejauh mana cinta pdNya..

ya Tuhan..
..........................

alhamdulillah, sy juga blaja satu benda waktu exm ni..
memandngkn course sy ni mmg kne byk hafalan je, so, exm mmg tough la..xhfl, xdpt jwb..heh..seksa btul..

tp, apa yg membuat sy rs yakin ketika menjawab (even stud kekdg xsempat habis), ialah sifat berserah sepenuhnya pdNya..waktu stud tu, sy stud seadanya, semampunya..& bila waktu exm, sy mohon byk2 pdNya utk membantu sy, sbb waktu tu, tiada siapa atau apa2 lg yg bleh tlg kite..tiada! selain Dia..slps exm, sy trus bertawakal & menyerah sepenuhnya pd Allah, walau sebaik mana pon sy dpt jwb, tp hanya Allah yg menentukn takdir seterusnya.. (semoga sy dpt keputusan yg baik, insya Allah)

& satu lg, sy tmn dlm diri sy, yg exm hnyalah exm, tidak lbh dr tu..bkn satu perkara yg ptt dibebankan sgt, sbb exm ni hnyalah ujian yg diatur, yg kita bleh agak, kta tahu awl2 ujian ni akan tiba, so, nk x nk kita 'terpakse' bersedia.. (ini x bermakna sy x ambil kisah langsung eh..)
bila sebegitu, sy akan rase tenang utk belajar, sy akan rase yakin dgn apa yg saya bc..xrase beban..krn sy sentiasa remind diri, yg ujian ini hnyalah mainan manusia, yg (kdg2) memaksa kita utk belajar & belajar... tp, ade lg ujian besar dr Allah swt yg lbh penting utk kita tekn kan..

beban dakwah, amar ma'ruf nahi mungkar~

alhamdulillah, sy rase tenang & yakin dgn Allah utk membantu sy dlm peperiksaan kali ini..


Ya Allah, jika kejayaan itu adalah yg terbaik utkku, agamaku, duniaku serta memberi manfaat dlm syiar Islam, maka kurniakanlah kejayaan itu kpdku,

& jgnlh kau memberiku kejayan dgn kemurkaanMu, tp berilah kejayaan dgn rahmat & redhaMu

& jika kejayaan itu membawa kemusnahan, kemudharatan serta kesesatan buatku dan umat2 manusia, maka kau tangguhkn lah kejayaan itu.. & krniakanlah hidayahMu pdku..

aminn...

doakan kejayaan sy..doakn kejayaan kita bersama..


Tuesday, May 5, 2009

Baru ana mengerti~

"Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian. "

komen saya:
setelah membaca kata2 ni yg sy dptkn dr salah satu entry dlm iluvislam.com , br sy phm..
BARU SY MENGERTI~
Astagfirullah..Subhanallah..Alhamdulillah...
(T___T)

Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Ameen.

Monday, April 27, 2009

baitul muslim~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



assalammualaikum..
alhamdulillah, hari ini sy dpt satu khabar berita menarik dr junior2 sek lame sy (SMAPL)
tidak disangka2, telah terbina baitul muslim antara mereka, tahniah kat ameerah diana jasni and abdullah khairi atas pernikahan mereka..

ni sy link kan blog rakan2 yg ade snap beberapa gmbr nikah mereka..


http://wardahzinnirah.blogspot.com/


http://ainfarahain.blogspot.com/2009/04/newly-weds.html


sungguh! terkejut teramat sgt..
sbb ni la kali pertama ada di antara kwn sy yg sudah mampu mendirikan rumah tangga..
bkn sy tak percaya pada jodoh, cuma terasa baru semlm adik ameerah ni bermaen2 dgn kita..hehe
da besar rupanya kwn2 saya ni..saya ni plak bila nk membesar?? (hehe)


bkn senang nk dirikn rumah tangga di usia muda
perlu lengkap segala ilmu rumah tangga
perlu tahu semua tanggungjwb bersama
perlu memahami kondisi belajar masing2..
sungguh hebat adik ameerah ni..sungguh matang utk bersedia..

ya, sy yakin dengan kata-kata Allah dalam surah an-nur: 26

"perempuan2 yg keji untuk lelaki2 keji,dan lelaki2 keji untuk perempuan2 keji, sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka bersih dari apa yang dituduhkan orang . Mereka mmperoleh keampunan dan rezeki yang mulia.(syurga)"

hendaklah kita menjadi soleh/solehah dahulu utk mendapat yg sebegitu..ukur diri sendiri, br layak menilai diri org laen..

saya ade baca satu buku, pinjaman dr seorg shbt (tp xbc habis la buku ni..hehe)..

dlm buku ni, dia ada bgtau mcmmana nk cr calon yang soleh/solehah..mcm mane nk nilai org tu bertqwa atau tidak..

pertama kita tgk dr segi fizikalnya, si dia ni slalu ke surau x, adab pergaulan die, tutur kata jaga ke x, & byk la lg ciri2 org2 yg baek ni..

& yg kedua, xcukup kita menilai seseorg, tnpa kita nilai diri kita sendiri, sbb kekdg2 sifat luaran manusia ni bkn real or dlm erti kata laen, bkn dr hati yg tulus ikhlas..nilai diri tu bermaksud, jika kita inginkn bkl suami/isteri yg soleh/solehah, kita sendiri cr bagaimana utk jd seperti itu.

cthnya, sy..hehe.. sy mesti berusaha mencari ciri2 perempuan solehah, & jadi seperti itu..slps itu, brlah kita nilai bkl suami kita yg soleh itu..

ok, bak kate pepatah, what we give, we get back..

so, hukum alam telah pon membuktikan,baik akan dibls baik, apatah lagi hukum Yg Maha Esa..

jadi, mari kita sama2 cr ape ciri2 tu! (semangat..haha)

tp skrg..exam2!!!
hahahaha

Friday, April 24, 2009

afwan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


maafkan ana
ana tak bermaksud nak lukakan enti
ana tak sedar ana pentingkan diri
ana lupa ana ade lemahnya

maafkan ana
ana byk sudah susahkn enti
ana byk amik masa enti
ana tak abes2 membebankn enti

maafkan ana
ana tak layak jd kwn enti
ana tak layak utk susahkan enti
ana tak utk digelar shbt enti lg, setelah ana sakitkan enti
berkali2

mungkin, kita bertemu utk belajar
kita berteman utk menemani
kita bershbt utk saling melengkapi
kita bertengkar utk menilai diri
dan jika kita ditakdirkan berpisah
ana doakan, ianya hanyalah utk ILAHI

afwan ya sahaby
ana byk kelemahan diri
ana byk rosakkn hari2 bahagia enti
ana tak pernah bg ruang utk mengenali diri enti
ana pentingkn diri
ana busuk hati

enti,
jika semalam enti terluka
maafkan ana hari ini
jika semalam enti berduka
maafkan ana hari ini
&
jika semalam enti rasa penat mencari
izinkan ana utk undur diri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...