Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Thursday, September 5, 2013

It is not about the money

Assalammualaikum wbt,

Pagi ini hujan sangat lebat. hampir banjir jalan nk ke Westport, tapi alhamdulillah selamat sampai office. pagi-pagi sangat mengantuk dan itu adalah sangat bahaya ok! (please stay awake Asma'!)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak (atau pengurangan subsidi) disebabkan oleh defisit yang negara kita alami. hutang yang sangat terbeban memaksa rakyat untuk membayar hutang.
Ok, post ini bukan pasal politik. tapi realiti.



Negara kita sangat kaya dengan sumber semulajadi. Dari subjek kajian tempatan kita dah belajar mengenai sumber utama negara, iaitu, sawit, balak, getah dan minyak (macam ade lagi satu..hurmmm). teringat cerita dari Prof Ibrahim saya masa di UM dulu, industri pembuatan sarung tangan getah kita merupakan antara yang terbaik dan terbesar di dunia. jadi, mustahil kah dengan sumber-sumber ini, negara kita masih boleh mengalami defisit?

ok, possible jika kewangan kita tidak diuruskan dengan baik. kalau asyik makan dalam, bagi projek-projek pada kroni, pada melayu sahaja, then markup tinggi-tinggi duit lebih masuk poket, so it is possible. bukan saya cakap kosong, ada jiran saya cerita, sedara dia sendiri nk masuk projek kerajaan, memang kena kipas pegawai kerajaan tu habis-habisan, kalau tidak memang tak dapat projek, macam mane nk survive?

dua hari lepas saya ada berbual dengan bos saya, dia berbangsa cina. dia kata, apa cina mahu sebenarnya? cina just nk survive dan nak pemimpin yang pandai uruskan kewangan negara. sebab 80% cina survive dengan bisnes, lain dengan melayu, 70% survive dgn bergantung harap pada kerajaan. (noted: ini figure saya create sendiri berdasarkan pandangan dan perhatian saya). then saya bagitau die, kalau satu hari nanti nauzubillah, negara kita betul2 bankrup, cina yang paling untung, sebab mereka tahu cara nk survive. then dia ada tanya saya lagi, sepanjang you kerja dengan kerajaaan, ada ke kerajaan beri kemewahan pada melayu? saya jawab terang-terang tidak. kalau betul kerajaan tolong melayu, kenapa ramai melayu masih miskin? kenapa cina pula yang ramai kaya?

ahhh.. enough with all this issue. malas nak fikir lebih sebab semua tahu pasal ini kan?

Topik saya sebenarnya ingin mengetengahkan pasal isu duit. adakah semua sebab duit?

70% pasangan di selangor bercerai disebabkan isu kewangan. ini realiti. nak dengar cerita saya?

saya pegawai kerajaan, gaji alhamdulillah dalam rm4500 termasuk elaun.
saya bayar kereta rm600, insurans rm400, bagi parents rm400, epf rm500, tabung haji rm500, saving rm1100, minyak dan tol pergi kerja rm1000. baki gaji saya: rm0

really??

jom kira semula:

RM4500(gaji)-RM600(kereta)-RM400(insurans)-RM400(parents)-RM500(EPF)-RM500(tabung haji)-RM1100(saving)-RM1000(minyak+tol)=RM0

pelik kan? habis terus duit saya. ok mungkin saya xaci disitu. bayangkan kalau saya menanggung sewa rumah, sewa RM1200, still no saving, berhutang lagi. ok kalau saya tak simpan dalam tabung haji, saya ada extra rm500, rm100 buat byr baki sewa, rm400 buat belanja makan. in the end, habis juga. mana duit belanja rumah? shopping? vacation? belum lagi tanggungan beli rumah, lampin anak, yuran tuisyen, blaa blaa..

Alhamdulillah saya perempuan, jadi tanggung menanggung ini kerja suami..huhu..tapi saya nk point the real real reality here. untuk pekerja kerajaan yang tinggal di area lembah klang memang tak boleh nk bermewah. duit just cukup untuk survive je. tu pun tercungap2. kalau xde saving, in case of emergency macam mana?

Miskin Bandar.

hidup dibandar tapi masih merempat dan miskin juga. itulah Nabi SAW menggalakkan kita supaya berniaga. kerana sumber pendapatan paling banyak disitu. kalau dengan gaji begini, macam mane lah agaknya nk belanja kahwin, belanja isteri pula. takkan lelaki xde ego, nk suruh isteri pakai duit sendiri je kan?

kenapa ramai cina berniaga, tapi ramai melayu kerja makan gaji? sebab cina tak banyak kelebihan macam melayu. ade MARA, ada bumi lot la, ada boarding school la, ade tender kerajaan la. melayu banyak disuap dari di tekan. jadi kita dah terbiasa dengan kerja goyang kaki. walhal, kalau kita nk bisnes, banyak juga pinjaman bumiputra yang ditawarkan.

i'm not against my own race, but saya nk bangsa saya bukak minda untuk lihat realiti sebenar.

alhamdulillah, saya lihat pada generasi saya banyak perubahan juga, kebanyakkan kawan-kawan saya memang ada side income dan berbisnes. tak kiralah apa jua jenis bisnes, yang penting, mendatangkan keuntungan dan halal kan?

saya pun dalam rangkaan untuk memulakan bisnes sendiri, inshaAllah. tapi bukan dalam bidang insurans.. nanti saya update ye :)

*btw, kalau ada sesiapa yang berminat nk ceburi bidang bisnes insurans, boleh roger saya atau suami saya. hehe*

semoga kerja kita diredhai dan dirahmati Allah.

sekian.




3 comments:

ramlah said...

1st of all setuju with some of ur writing.. pasal cina melayu tu i got different idea on it..hihi tapi xpe..pendapat masing2 kan.

sy rasa marah hanya dengan kenaikkan duoploh sen yg bakal menaikkan macam2 benda plus menaik taraf hidup especially orang2 yg stay kt bandar ni.. include me! si miskin bandar menjadi bertambah miskin..

yang hidup dengan alhamdulillah kecukupan semata..menjadi semakin cukup2 sahaja..

tapi tetap alhamdulillah..

tulisan awak berkait perihal gaji ditolak dengan segala tanggungan dan keperluan tu sebijik tulisan surat kiriman PKR pada saya masa kempen PR aritu. at that moment i just can put a HOPE, ohh please bagi can pembangkang menang.

tapi bila tak menang, takpe..Allah belum bagi izin..

cumanya surat kiriman PKR lebih mewakili orang2 yang bekerja ditaraf sederhana..bukan pegawai, bukan doktor.. yang gaji pokok cecah 1500 pon tidak. yang gaji seluruh isi rumah cecah gaji awak pon tidak asma'..

kesian kan?

imagine ade orang yang hidup dengan gaji 20000 tanpa sedar yang ade orang lain bolehje hidup dengan gaji 2000.

kerana itulah duoploh sen tu sgt membuat saya hangin! besar nilainye bagi orang2 kecil..

tapi again xpe, alhamdulillah atas apa yang sudah ada.. bile kite memandang diri kita, kita pandang sekali orang dibawah2 kita..kerana dgn itu sudah akan sangat membuat kite menarik nafas syukur atas kecukupan yang sudah ada..

selagi tiada along datang memecah pintu. selagi tiada perut masuk angin sbb lapar. selagi masih ade ikan bilis untuk dijamah bersama meggi.. bernafas lah dengan syukur..

eh!btw ni bukan nak promote mane2 parti politik eh..heehehehe

but still, im so angry with those duoploh sen!hoho

Nurul Asma' said...

i'm too ramlah, that thing really my limit already. heh.. something must be done, and i hope the truth will be reveal one day..
btw, xsangka ada lg org usha blog saya..haha

ramlah said...

nama pon jauh tapi dekat kan? hii

eh saya memang folo blog awklah.. dah lame awak tak uptadekn, penat tau tunggu.haha

(cakap orang, tp sy sndrik pon malas nak update)haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...