Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Friday, September 9, 2011

Rahsia Kita :)


Assalammualaikum…
Alhamdulillah, sudah seminggu saya mula bekerja, dan everything goes well. Senior-senior semua baik-baik belaka, dan banyak sungguh saya dapat belajar dalam masa yang singkat.

Ok, back to the title.

Pernahkah anda menyimpan rahsia atau mengamanahkan rahsia anda pada orang lain?
Mesti pernah kan?

Yelah, kita ini manusia biasa, tidak mampu menahan beban sendirian. Perlu juga orang lain mendengar rintihan atau khabar gembira yang ingin dirahsiakan…J




Tetapi, pernahkah kita terfikir, siapa penyimpan rahsia terbaik kita?

Selama ini, Alhamdulillah saya dikurniakan ramai rakan-rakan yang mendampingi, dan ada juga di antara mereka yang menjadi ‘penyimpan mohor besar’ rahsia saya.. haha..

Tetapi saya selalu tidak puas bercerita dengan mereka. Bukan apa, kadang-kadang ada perkara yang susah untuk kita ceritakan, dek sebab terbatasnya kuasa kita sebagai manusia. Ya, mungkin ringan sedikit beban di hati, tetapi, saki bakinya pasti akan terpendam lagi. Kadang kala saya terasa membebankan kawan pula bila asyik dia sahaja jadi mangsa, mendengar rahsia kita itu..huu

Jadi akhirnya kita akan berbalik juga pada yang Maha mencipta, Allah s.w.t.
Setiap keluhan dan rintihan, pasti kita mengadu pada Allah. Setiap ‘rahsia sulit’ kita ‘kongsi’ denganNya.

 Perasan tak, bila kita doa, kita boleh cakap apa sahaja pada Dia. Kadang-kadang tak perlu buka mulut untuk lafazkan kata-kata, cukup hanya hati berbicara. Pasti Dia mendengar. Tak kira, sama ada kita bercerita sesuatu yang tidak sedap didengar atau dikongsi dengan kawan-kawan, tetapi kita boleh bercakap dengan Allah s.w.t. kan? Dan apabila demikian, hati akan terasa tenang, kerana sesungguhnya dia Maha memahami hamba-hambaNya. Dia yang tahu selok-belok hidup kita, diri kita, peribadi kita. Jadi, kita akan berasa selesa untuk bercerita, kerana sebenarnya segalanya telah Dia ketahui dari asalnya. Dia juga yang menentukan perjalanan hidup kita, mana susah mana senang, dia sudah tahu kesudahannya.. jadi, segala rahsia kita, Dia yang Maha mengetahui.

Hebatkan Dia sebagai penyimpan rahsia kita?

Jadi, marilah sama-sama kita mengadu kan merintih padaNya dalam setiap perkara, kerana Dia tahu keperluan kita, Dia tahu kelemahan kita.

Moga doa itu menjadi penghubung kita J

p/s: Tapi awas, jika kita ingkar dan tidak taat pada perintahNya, Dia juga tidak segan silu menayangkan perbuatan keji kita di padang mahsyar kelak!

5 comments:

Anonymous said...

Kerja apa sekarang Asma? Pegawai Farmasi U41 ka?

Nurul Asma' said...

yup, alhamdulillah, sudah jd peg farmasi :)
sape ni ye?

Anonymous said...

Ooo...tahniah, under KKM la ni? Takpe, awak tak kenal pun saya...

Nurul Asma' said...

yup, under kkm..

Nurul Asma' said...

yup, under kkm..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...