Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, September 27, 2011

Pilihan

Assalammualaikum

Dalam hidup ini, banyak pilihan yang tersedia di hadapan kita. pilihan yang kadang-kadang kita tak pasti mana yang baik atau tidak.

Ya, kehidupan itu satu ujian. Dan membuat pilihan itu satu cabaran.

Pernah juga kita tersilap membuat pilihan, dan akhirnya membawa kita ke arah hidup yang berbeza. tapi bila difikirkan semula, semua yang terjadi atas izinNya. 
mungkin, dengan kesilapan itu, kita dapat belajar sesuatu yang berharga, lain dar yang lain.
mungkin dengan kesilapan itu, kita ditemukan dengan jalan yang lebih cerah dan indah. 
mungkin dengan kesilapan, darjat iman kita meningkat satu anak tangga. 

Jadi, dalam membuat pilihan, pastikan Allah tunjangnya.
Mesti Dia menjadi yang utama. TOP PRIORITY!
kalau pilihan bekerja sepenuh masa itu dapat mendekatkan diri kita padaNya, teruskan!
kalau pilihan mendirikan rumah tangga itu demi mencapai redhaNya, teruskan!

Doalah, mintak petunjukNya.
moga hati kita cerah untuk menilai pilihan yang ada.


Friday, September 9, 2011

Rahsia Kita :)


Assalammualaikum…
Alhamdulillah, sudah seminggu saya mula bekerja, dan everything goes well. Senior-senior semua baik-baik belaka, dan banyak sungguh saya dapat belajar dalam masa yang singkat.

Ok, back to the title.

Pernahkah anda menyimpan rahsia atau mengamanahkan rahsia anda pada orang lain?
Mesti pernah kan?

Yelah, kita ini manusia biasa, tidak mampu menahan beban sendirian. Perlu juga orang lain mendengar rintihan atau khabar gembira yang ingin dirahsiakan…J

Thursday, September 1, 2011

dulu vs lama

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, tahun ni sungguh bertuah kerana berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama keluarga sepenuhnya! dulu, pastu minggu terakhir sahaja saya dapat berpuasa bersama mereka.
ya, hampir 4 bulan  saya mengganggur di rumah.. huu..
teringat, sewaktu adik saya, sofea tiba di rumah sempena cuti sekolah dan cuti raya jumaat lepas, dia kagum lihat saya begitu kusyuk dan 'expert' membuat kerja rumah. haha... bukan terer pun, hanya sudah terbiasa buat, jadi, kerja-kerja rumah jadi sangat 'ringan' bagi yang terbiasa.. tapi tak menafikan juga bahawa kerja-kerja rumah ini memenatkan!

Sunday, August 21, 2011

Apa yg penting?

Assalammualaikum..
utk pengetahuan semua, post ini ditulis menggunakan iphone Along..hee

ok, back to the topic.

kadang2 kita sering keliru apa yang penting dalam hidup kita. dan pasti kepentingan sesuatu hal itu berbeza bagi setiap individu kan?

saya selalu berfikir yang apa yang menjadi kepentingan saya itu MESTI menjadi kepentingan orang lain juga, which is tidak adil.

tapi apa yang paling penting ialah kita tak lupa untuk mengingatkan satu sama lain tentang perkara yang paling penting untuk kita pentingkan..iaitu the purpose of life.

masih ingat post2 lama saya yang bagaikab orang hilang arah tuju? huu
ya, bila kita lupa tujuan hidup kita untuk apa, kemungkinan kita akan mudah untuk melilau ke arah yang lain.. asyik nak menyalahkan takdir bahawa hidup ini terlampau perfect, dan tidak adil. walhal, Dia lebih tahu aoa yang terbaik untuk kita semua. jadi, kita mesti back to basic, which is to know and understand the purpose of our living.

we are made to be the caliph of this world. so, we have the obligation to worship the one tru God, to take care of each other and to preserve the nature. kan cukup besar peranan kita sebagai manusia kan? bukan sahaja sebagai penjawat jawatan farmasi di hospital malah lebih dari itu..huu

jadi, peringatan untuk asma' yang sering lupa ini, bahawa pentingkan apa yang lebih penting.. tak semua perkara kita boleh dan mampu buat, tapi kita masih ada peluang untuk mencuba selagi ada Dia untuk membantu. never lose hope and always stay on track.

tolong ingatkan saya bila saya terlupa.

lastly, selamat menjalani ibadah mengejar mlm alQadr. mlm ni ialah mlm ke21 ramadhan...

p/s: xbest tulis post guna iphone. btw, thanks Along!

Tuesday, August 9, 2011

Terapi Al Quran

Salam alayk..
Alhamdulillah, tadi dapat juga berbuka dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawikh di masjid s alam. makanannya boleh tahan juga, jemaah pun ramai. tapi kata ummi, jemaah semakin kurang, tak seperti minggu pertama puasa. mungkin ramai sudah beralih ke surau-surau berdekatan, atau mencari peluang untuk berjemaah di masjid/surau yang lain.

selepas solat maghrib, kami berkesempatan untuk bertadarus bersama. alhmdulillah, tenang sedikit hati yang sedang berkecamok ini.

masih teringat sewaktu zaman matrikulasi, sewaktu detik-detik tension atau sedang menghadapi masalah, pasti saya akan membaca Al Quran dengan kuat (i mean, suara yang agak lantang), bagi melepaskan resah hati ini. sehingga roomate saya sendiri akan perasan masa-masa saya tension, huu.

saya bukan menulis untuk membangga diri, tetapi ingin berkongsi bagaimana alQuran sangat berkesan menjadi terapi saya.

sewaktu tarawikh pula, imam masjid mengalunkan kalimah alQuran dengan merdu (walaupun laju..huu), sekaligus menusuk minda dan hati..tenang, rohani jasmani...pelikkan, kita bukan pun faham/fasih bahasa arab, tapi ia mampu mengubah kerasnya hati kita..

ya Allah, moga kita tergolong dalam kalangan golongan ini:

“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).

Sunday, August 7, 2011

bila masa saya akan tiba?

Salam alayk.
sometime i come to my senses. yah, life must go on. tak boleh nak lari dari kenyataan hidup yang lepas grad kena kerja (really?).

bukan saya anti kerja, mungkin minat itu tak sampai lagi. memikirkan penat bekerja, balik rumah dah malam. kalau dah berkeluarga, macam mana pula nak bahagi masa? siapa pula nak jaga anak-anak? hish.. mungkin juga saya terlampau berfikir panjang.

lepas habis belajar ini juga, timbul isu kahwin dan jodoh. jumpa sedara mara ke, mesti cakap, "lepas ni kahwin la kan" "bile nak kawin ni?". well, siapa yang tiada hasrat untuk berkeluarga kan?

Monday, August 1, 2011

apa dan apa

salam alayk.
1 ramadhan.
hati masih tidak tenteram. bercelaru, bersimpang siur bagai org2 kat bazar ramadhan sek 13, shah alam. walau waktu terisi dengan agenda membuat kuih raya, tapi hati  masih memikir hal2 yang masih tiada jawapannya. adakalanya rasa diri ini kurang bersyukur dengan apa yang ada. sudah ada keluarga bahagia, cukup serba serbi, sudah hampir grad dan kerja, sudah punya kucing yang comel, kiut dan manja, tapi isi hati masih rasa kurang.

apa yang dicari sebenarnya?

pernah terfikir untuk tidak bekerja. i mean, langsung tidak lapor diri bila dpt arahan nanti. tapi, bila otak switch ke mode adult, terasa gila benor idea tu. ye lah, bukan selamanya boleh duduk di bawah ketiak ummi abah. kenapa kitaran hidup, lepas sekolah, masuk U, then keje, kahwin, dapat anak, then.......?? terasa macam tiada apa2 untuk diteruskan. bukan minta untuk mati cepat, tapi rasa hati masih kosong untuk melangkah ke hadapan...

faham?

xpe, saya pun tak berapa nak faham apa yang bermain dalam otak hati saya ni.
moga kita sama2 hayati apa yang ingin Allah sampaikan waktu ramadhan kali ini..mungkin jawapannya ada disini...

salam keberkatan dan keindahan ramadhan.

Tuesday, July 19, 2011

a turn

salam

saya semakin menyepi di alam maya. semakin sibuk dgn urusan yang tidak juga selesai.
mungkin ada yang nampak saya seperti melarikan diri dari realiti hidup berkawan. atau hanya saya sahaja yang menyangka begitu.

ini post saya setelah hampir 3 bulan tidak menulis.

bila buka FB pun, hanya scan mana2 part yang penting sahaja.
selepas habis tanggungjawab sbg pelajar uni, saya seperti tiada arah tujuan untuk terus kehadapan.
sekadar bangun dipagi hari untuk meneruskan hidup. tiada lagi berfikir panjang untuk menyelesaikan masalah projek atau kawan2.
saya telah berpindah ke shah alam hampir dua minggu yang lepas. maaf saya tidak beritahu kawan2. bukan niat saya untuk merahsiakan, tetapi saya begitu tidak menang tangan untuk uruskan hal2 rumah, peribadi dan kerja.

saya rasa saya perlukan pemangkin untuk meneruskan hidup, untuk punyai tujuan sewaktu bangkit dari tidur.

hari sabtu lepas, hp kesayangan saya hilang fungsi beberapa butangnya. akibatnya, saya tidak boleh menaip dan mendail no2 yang tersimpan didalam hp saya. jadi, bagi anda yang ingin hubungi saya, jangan risau, saya masih guna no yang sama, cuma tiada no anda tersimpan dalam hp sekarang ini. sila mention nama anda setiap kali anda msj/call saya ye

saya akan menaip lagi jika keadaan semakin menggalakkan.
doakan saya ye.

saya sentiasa doakan kamu berjaya dalam peperiksaan, ujian dan kesulitan hidup. harap kita akan berjumpa lagi.

salam sayang dan rindu buat blog jauhtapidekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...