Alhamdulillah, tadi dapat juga berbuka dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawikh di masjid s alam. makanannya boleh tahan juga, jemaah pun ramai. tapi kata ummi, jemaah semakin kurang, tak seperti minggu pertama puasa. mungkin ramai sudah beralih ke surau-surau berdekatan, atau mencari peluang untuk berjemaah di masjid/surau yang lain.
selepas solat maghrib, kami berkesempatan untuk bertadarus bersama. alhmdulillah, tenang sedikit hati yang sedang berkecamok ini.
masih teringat sewaktu zaman matrikulasi, sewaktu detik-detik tension atau sedang menghadapi masalah, pasti saya akan membaca Al Quran dengan kuat (i mean, suara yang agak lantang), bagi melepaskan resah hati ini. sehingga roomate saya sendiri akan perasan masa-masa saya tension, huu.
saya bukan menulis untuk membangga diri, tetapi ingin berkongsi bagaimana alQuran sangat berkesan menjadi terapi saya.
sewaktu tarawikh pula, imam masjid mengalunkan kalimah alQuran dengan merdu (walaupun laju..huu), sekaligus menusuk minda dan hati..tenang, rohani jasmani...pelikkan, kita bukan pun faham/fasih bahasa arab, tapi ia mampu mengubah kerasnya hati kita..
ya Allah, moga kita tergolong dalam kalangan golongan ini:
“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).
2 comments:
haha setuju..
kt matrix kita orang dah boleh agak time-time u r not ok..
hihihi kalau kuat lain macam tu adelah masalahnye :P
suke bce tulisan kmu..
Post a Comment