Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Saturday, February 12, 2011

hadiah yang terbaik ^^

Salam alayk
12/02/1962
Ini merupakan tarikh lahir abah. Memandangkan tidak ramai kaum lelaki di dalam rumah,jadi mmg akan menjadi satu cabaran utk sy sekeluarga utk mencari hadiah utk abah. kdg2, perlu diskus 1 family supaya hadiah tak bertindih. almaklumlah, brg2 utk lelaki bukannya byk utk dijadikan hadiah kan. jadi, sy buat survey terbuka kat FB utk cr idea2 yg lain dari yang lain. dan sy amat terpaku pd satu kisah yang dipost ke dalam inbox sy oleh seorg sahabat ini. so, mari kita hayati kisah di bwh..

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.


“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil tak brpuas hati , “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi.

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.

Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” sendiri. Sebagaimana anda memandang hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.

Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…



PERCAYALAH

SESUNGGUHNYA LAHIRNYA DIRIMU ADALAH 'HADIAH' TERBAIK BUAT IBU DAN AYAH

JADILAH 'HADIAH' YANG BERMAKNA BUAT MEREKA

SUPAYA HADIRMU SENTIASA MENDAMAIKAN HATI MEREKA

SEMOGA SEGALA DOAMU MEMBERI BARAKAH BUAT HIDUP MEREKA

DAN SEMUA KEJAYAANMU KELAK MEMBERIKAN CAHAYA KEGEMBIRAAN BUAT DIRI MEREKA.........KERANA DIRIMU ADALAH 'HADIAH YANG TERBAIK'.........
 
end of story..
ya, sy slalu mahu lihat abah tersenyum gembira. dan sy tidak tahu ape yg abah mahu dr sy.  akan tetapi, sy lupa yang menjadi anak perempuannya adalah hadiah buat dirinya. dan menjadi anak perempuan yang baik pasti dapat mengembirakan abah, lagi2 anak perempuan yang baik dan solehah, pastu abah tersenyum gembira, bukan shj di sini, malah disana nnt..
 
abah,
tidak terdaya aku membalas setiap jatuh keringatmu
tidak mampu aku bayar setiap masa kau beri utkku
tidak ternilai harga setiap perkara kau berikan kepadaku
 
tetapi abah,
akan aku cuba menjadi anak didikanmu
yang akan sentiasa memberikan senyum dibibirmu
yang mengamalkan setiap ilmu curahanmu
yang patuh dan akur pd Yang Satu
tidak akan aku sia2kan kehadiranmu disisiku
terima kasih kerana menjadi ayahku selama ini
terima kasih ya Ilahi kerana melahirkan insan yang amat kusanjungi
terima kasih atas setiap curahan kasihmu pdku..
 
Selamat hari lahir ke-49 abah...

1 comment:

amirah said...

sobs. rindu abah jugak :( rindu gila nak peluk abah. uwek. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...