pernah anda lihat kasih sayang yang tak berbelah bagi?
ini pengalaman saya sendiri.
sepanjang 2 minggu lepas saya berpeluang untuk dispens ubat di kaunter farmasi pesakit luar, jadi bermacam-macam ragam pesakit saya jumpa. sampai tak menang mulut nak bercakap dengan mereka. ada yang ajak berborak-borak, ada jugak yang macam blur-blur je bila terang pasal ubatan mereka. huu
kisah 1:
sewaktu memeriksa peskripsi sebelum mendispen, saya pelik melihat nama pesakit kerana dia punyai 2 nama, satu nama cina, satu nama islam, walhal umurnya baru 11 tahun! then, bila nombor pesakit dipanggil, datang seorang perempuan dengan anaknya itu.
saya: anak makcik nama apa?
makcik: mohd _______
saya: owh, bukan nama _______ (saya sebut nama cina nya)
makcik: bukan, dia anak angkat (cakap sambil berbisik pada saya.)
saya pun dispen ubatan untuk anaknya itu. kelihatan anaknya sangat aktif, bertanya itu ini pada emaknya. sungguh teruja. tapi soalannya bernas dan bijak sekali. saya amat tertarik, lalu makcik tu pun membuka cerita.
makcik: dia ni byk penyakit, sampai 6 doktor sekarang merawat dia, tonsil la, then die 'retard' sikit, dulu kecik2 die tak pandai nk cakap, ini baru habis sesi pertuturan dia. saya bawa die followup kat batu pahat, jb dan kat sini. dari kecik sampai sekarang memang muka kami je lah masuk hospital. hahaha.
dan banyak lagi yang makcik ini cerita sebenarnya. yang saya paling saya kagum, die bercerita sambil gelak-gelak, usap-usap kepala anaknya dan kelihatan bangga dengan apa yang dia ceritakan. nampak dia sangat sayang pada anaknya itu, walau dia anak angkat, tp dia menjaganya macam anak sendiri dan tidak kisah jika anaknya itu sakit, dia sangat bangga dengannya.
sungguh tersentuh saya berbual dengannya..
kisah 2:
sewaktu memanggil nombor giliran pesakit, seorang budak kecil, berumur dalam lingkungan 8-10 tahun datang dengan membawa nombor yang dipanggil. saya pelik juga kerana perskripsi ini menunjukkan untuk pesakit perempuan berumur dlm 40an, dan ubatannya adalah untuk sakit mental/psikiari, lalu saya bertanya.
saya: adik, ini ambil ubat untuk siapa?
adik: untuk mak saya, namanya ________
owh......
lepas memberi penerangan pasal ubat-ubat ibunya, dia memberitahu yang dia mahu mengambil satu lagi ubat untuk ayahnya pula. lalu saya mencari ubat tersebut. dan, saya terkejut sekali lagi, bila melihat ubatan ayahnya juga untuk penyakit mental.
hurm... apalah masa depan adik ini. selalunya penyakit mental boleh diwarisi...dan saya hanya terkedu sahaja...
kagum dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi ini...
semoga kita sentiasa bersyukur dikurniakan keluarga yang sihat dan bahagia..
selamat hari lahir ummi yang ke-46. moga hidup umi sentiasa bahagia, sihat dan ceria. |
Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?
3 comments:
nasib baik skrg makin pandai control emosi..kalau x mesti dah makan epal smbil berendam air mata...huuu
touchingnya..smga mereka sentiasa diberkati allah. dan semoga adik2 tu sentiasa tabah.
keep up the good work asma'..
huu.. camne kak tina blaja control emosi ni?
selamat saya tak nanges depan kaunter ubat tu, klu x, mmg takut la patient nk dtg lagi.. huu..
tp mmg byk la pengalaman yang menarik kalau kite kerja dgn org ni kan..
macam mana??...mmm bukan satu tips yg hebat pun..just tak betol2 feel je.. cam ne eh. haha..
tp kalau tgh hadapi situasi tu, kte akan fikir mende lain..haha
Post a Comment