Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat Allah beri, nikmat udara, bahagia, malah sakit pun nikmat tau! itulah hebatnya kita jadi orang Islam.
Ok, berbalik pada tajuk, hehe, nampak kontrobesi kan?
FYI, saya baru sahaja berpindah ke rumah baru di Denai Alam sempena perpindahan saya ke shah alam, dan adik ipar dari India untuk sambung belajar di Melaka.
Jadi bermula episode saya tinggal sebumbung dengan mertua. hehe
Mana tak seram kena tinggal dengan mertua kan. masa belum kahwin punya orang bagi nasihat jangan duduk dengan mertua, banyak konfliknya. tapi hakikat hidup tak sama dengan angan-angan. Suami punya tanggungjawab besar untuk jaga ibu mertua dengan 2 orang adik perempuan yang masih bujang sebab suami saya satu-satu nya lelaki yang berkemampuan untuk menjaga mereka. jadi, saya tiada pilihan.
Pada mulanya saya punya nk tetapkan pelbagai peraturan dalam rumah. yelah, bagi nk capai understanding antara semua isi rumah. tp semua bukan semudah yang disangka..huhu. masing2 ada cara hidup yang menjadi tradisi masing-masing kan. tapi akhirnya saya give up. biar everything run with their flow. dan Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
sebenarnya, duduk dengan mertua not as bad as it seem. ade banyak kebaikan kalau kita fikir optimis. mari saya senaraikan kebaikan dan keburukan tinggal bersama mertua.
Keburukan.
1. Tiada masa privasi
2. Tiada ruang privasi (kecuali di bilik tidur sendiri)
3. Tiada hak mutlak ke atas rumah dan peraturan rumah
4. Suami akan jadi lebih manja mungkin sebab ada mak dia.
5. Segala konflik rumah tangga akan jadi tontonan mertua
6. Mertua akan risau lihat anak lelakinya buat perkara yang dia tak pernah suruh anak dia buat (eg: basuh pinggan)
7. Rumah akan jadi tempat adik beradik ipar berkumpul
Inilah antara keburukannye, seem like this-is-the-end-of-my-married-life kan?
haha..rileks2..ada banyak lagi benda tak cerita ni.
now, prepare to be amazed...
Kebaikan:
1. Cepat bond dengan mertua. Biasanya kita sebagai menantu payah nak faham hati mertua kan. tapi bila da dok serumah, selalu berkomunikasi, mmg jadi bestfriends la. bukan takat tu je, dia akan selalu tegur kita kalau silap dan cover untuk kite jugak.
2. Makanan sentiasa ada di rumah. masa duduk sabah dulu, time husband balik sana baru nk topup fridge..haha..tp kat sini, sentiasa ade emergency makanan dalam fridge, mak pula jenis yang suka masak, so mmg best lah. tambahan adik-adik ipar yang suka baking, so terbaik!
3. Mendidik kita jadi sabar. deal dengan orang tua mmg perlu sabar. yelah, kalau marah, bukan boleh hambur camtu je, habis pahala! tambah dosa ade lah. mula2 mmg hangin je xtentu pasal, tp bila fikir, sampai bila nak hangin kan? bukan sehari dua nk duduk dengan mertua dan adik2 ipar. jadi banyak2 doa, baca quran, dan Alhamdulillah, banyak give and take.
4. Solat Jemaah. bila ada mertua kat rumah, solat jemaah tak pernah tinggal. mungkin ade la escape sikit2 sebab letih kan..hehe..tp sebab ade geng nk solat, so seronok la. pahala berganda woo dari solat sorang.
So, begitulah..huhu..
memang tak dinafikan mertua saya ni laju betul orangnya, kalau tolong die masak mmg kalah kita. tp bila saya nk masak saya pula yang 'halau' mertua dari dapur. yelah, time weekdays asyik mertua je masakkan untuk kite kan, time weeknd kita pulak lah nk masak untuk suami dan mertua. hehe. dan orang tua ni prihatin sangat, kalau kita balik lambat dia akan tanya, dan kita nk pergi kerja pun dia akan tunggu depan bilik die atau depan rumah..hehe..sweet kan?
yang penting, apa2 yang anda rasa dengan mertua anda, suarakan pada suami, dan kalau berani pada mertua. (setakat ini saya tak berani lagi..hehe)
jadi, jangan sengsarakan diri anda dengan fikiran yang perkahwinan anda tidak akan menarik jika tinggal bersama mertua. ade cabaran2 yang mungkin dapat membantu perkahwinan anda juga nanti. buangkan yang negatif, anda mampu mengubahnya..cehh..hehe..
Best Of Luck kepada kawan-kawan yang tinggal bersama mertua. banyak pahala jaga hati mereka, lagipun, syurga suami bawah tapak kaki mereka kan. jagalah mereka mcm anda menjaga ibu ayah kandung sendiri.
my mum in law and husband, memory from rumah terbalik, tamparuli, sabah |
Sekian, wallau a'alam.
2 comments:
wah duduk dengan mak mertua.. as u said memang ade pro n cons nye..
kebetulan my MIL sekarang bercuti kat uma saya.. seronok sebab nilah peluang nak layan dia macam kita layan mak kandung kita sendiri..
do the best for them..hikhik
hey mkcik good luck! hihi
best of luck too kak ram! peluk cium baby utk i..hehe..thanks!
Post a Comment