Al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
salam alayk..
dalam minggu2 exam ni,kita jgn asyik sibuk dgn hal2 duniawi, sehingga lupa utk mengisi rohani kita dgn 'mknn' yg lazat2 belaka... so, even bz dgn note2 yg rase xkn abes bila bc, sy pon lari sekejap ke 6th kolej...
disana, ada 1 forum tajaan balai islam mereka (iye kot..huu)..tajuk mmg menarik, mmg ptt utk menarik remaja2 dtg.. JANGAN JADIKAN CINTA KITA FITNAH..
masyarakat sekarang selalu mengaitkan cinta dan zina, krn secara hakikatnya, masyarakat skrg mudah mendekati zina bila mrk bercinta. istilah cinta telah di salah ertikan dgn perkara2 yg negatif. mana tidaknya, jika sudah jatuh cinta, semua perkara jadi asyik, lg mengasyikkan.. emosi menjadi tuntutan yg perlu dipenuhi, bkn lagi logik akal. jika hati sudah terpaut, maka susah utk mengembalikan rasional pemikiran seseorang..
kembali ke zaman kejadian manusia pertama, Nabi Adam as. antara perkara pertama didikan Allah pd manusia ialah dgn cinta. bagaimana cinta boleh mengisi kekosongan Adam di syurga, yg pd hakikatnya, yg serba-serbi lengkap & mewah, tak terfikir dek akal, xterbayang dek minda.. akan tetapi, cinta juga yang di cari Adam. akan tetapi, dgn cintalah jua, godaan syaitan itu menjalar, menusuk & diterima, tanpa rasional yg selama ini di guna pakai.
dari kisah bersejarah ini, terang2 an Allah memberi amaran tentang panahan cinta manusia yg begitu mengasyikkan, lg merbahaya. Akan tetapi, cinta itu penuh dgn kasih sayangNya, jika di pandu dgn syariah yg benar.sebagaimana Allah pertemukan semula Adam & Hawa di jabal ar Rahmah, krn cinta suci itu...
jika kita mahu diri ini di cintai, lebarkan sayap cinta kita pada semua makhluk2 di bumi, kelak, kita akan di cintai oleh makhluk2 di langit juga..
pancarkan cinta kita pada Yang Maha Mencintai, krn kelak, Dia akan menganugerahakn cinta yg xberbelah bagi utk kita, & pasangan kita..
utk mencintai Allah, kita mesti mengenal Allah (makrifatullah).
bagaimana utk mengenali Allah? hayatilah ciptaan2Nya, & hayati Kalamullah (Al Quran).. bukan susah, bukan juga mudah, tapi bukan mustahil!
semasa sesi soal jawab, respon dr pendgr sgt menggalakkan pd mlm itu, sampai ada soalan2 yg saya fikir, tidak masuk akal, juga ada di ajukan..huu.. xpe, mahu belajar, jgn malu bertnya..
tapi yg ingin di tekankan disini ialah, kebanyakkan soalan yg ditanya ialah, lebih kurang begini;
BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN JODOH, JIKA ISLAM TAK BENARKAN COUPLE?
bkn couple tu satu usaha utk cr jodoh ke?
abes tu, nk kawin terus, br knal?? err, leh caye ke cmtu? valid lg ke kawin cmtu zmn2 skrg ni?
btul x sokln2 cmni menerajui fikiran kita semua?
Islam mmg melarang kita melanggar batas2 pergaulan antara lelaki & perempuan...
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
that's why couple itu haram bagi islam..
akan tetapi, mcm mane nk cr pasangan kalu nk knal xboleh?
ada satu cara yg amat digalakkan bagi lelaki, mahupun wanita, utk mencari jodoh masing2, iaitu dgn menggunakan khidmat org tengah.. cara ini amat praktikal, serta tidak melanggar batas2 syara' yg telah digariskan..pastikn org tgh tu org yg dipercayai, & memahami niat kita serta paham akan selok belok prosedur ini..huu
jika suka, sudah bersedia utk meneruskn kehidupan yg baru bersama insan yg asing bg kita, teruskn niat itu..
akan tetapi, jika suka, tp masih rase ada halangan laen, seperti masih belajar, xcukup duit, etc, tangguhkn dahulu niat utk berkahwin, & 'ikat' or 'reserve' org itu utk kita nnt.. bagaimana nk reserve? guna org tgh juga..
kita akan rasa bersedia, bila kita rasa tenang utk memikul tanggungjwb yg bakal di galas, walau berat mana pon beban yg masih dipikul...
tapi, jgn sibuk2 nk fikir pasal jodoh, jika diri ini masih tak bersedia ... krn Allah tahu, bila masa kita da bersedia utk mendirikn rumah tangga...
perkahwinan bkn permainan, bkn juga satu gurauan..ia datang dgn tanggungjawab dakwah perkembangn islam, bagi mendidik parajurit2 islam akan datang..
mungkin sy bkn org yg layak utk menulis perkara2 begini, tapi sy terpanggil utk berkongsi serba sedikit ilmu yg ada, berdasarkan pengalaman yg mengisi ruang2 hidup selama ini.. :)
kpd sesiapa yg rasa sudah 'terlanjur' mencintai seseorg, jgn rasa anda tidak layak, krn anda belum terlambat utk mendapat cinta hakiki & suci, dr insan yg hatinya amat mencintaiNya..
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 )
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )
jadilah yg terbaik, utk mndpt yg terbaik... akan tetapi, siapalh diri ini utk meminta yg terbaik ,krn segala yg baik itu, hanya dtgnya dr Allah..
maaf jika ada yg mengguris & terguris...semua ini hakikat hidup panduan Islam yg syumul..
sekian..