Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Thursday, December 31, 2009

thailand tour part I

salam alayk~


sempena cuti antara semester lepas, keluarga sebelah ummi berpakat untuk melawat pakcik saya, iaitu pak anjang, yang menetap di selatan thailand, di daerah pattani. Dia sudah hampir 10 tahun tinggal di sana kerana mengahwini seorang gadis, anak kepada tok guru nya. :)


oleh kerana kami sangat la ramai, jadi, kami semua bercadang untuk memandu ke sana, yang memakan masa hampir 2 hari.


Hari pertama: 17 Disember 2009


sementara menunggu abah selesai waktu kerjanya, kami sekeluarga, iaitu ummi, sofi, izzat & saya, sibuk mengemas persiapan untuk percutian kami yang cadangnya mengambil masa selama 5 hari. Dalam jam 4.30 petang, kami bertolak dari tenggaroh, kota tinggi ke Kulai, iaitu rumah atok, yang memakan masa hampir 1 jam setengah. Kami singgah di klinik haiwan, Global Pets, untuk 'drop off' Solid & Bubble ( kucing-kucing ummi ).


Setibanya di Kulai, Cik ajan sekeluarga telah pun menunggu. Kami bertolak ke Kuala Lumpur lebih kurang selepas isyak. Atok & atok pah juga ikut sama.


Perjalanan ke Kuala Lumpur agak bosan, kerana highway yang sama sahaja pemandangannya sepanjang-panjang perjalanan. Abah pun cepat sangat mengantuk. Mungkin kerana letih bekerja siang tadi.


Dalam jam 12 mlm, kami tiba di rumah pak itam, yang terletak di subang. Kami bermalam di sana.


Hari ke-2: 18 Disember 2009

Hari ini, perjalanan lagi jauh, jadi, sejurus selepas subuh, kami terus bersiap2 & sarapan pagi yang sememangnya sgt sedap, walaupun hampir semua yang mak itam hidang adalah made-in-kedai.. huu

Kali ini, hanya keluarga saya & keluarga cik ajan sahaja yang akan konvoi ke Thailand, sebab rupa2nya, pak itam telah pon menempah tiket Firefly utk atok & atok pah serta utk keluarganya. Mereka di jangka berlepas dalam pkul 2.15 pm, so, utk 'mengejar' kapal terbang dari subang ke kota bahru tu, abah & cik ajan speed terus ke Thailand tanpa banyak berhenti.

Dari subang, kami mengambil lebuhraya utara selatan menghala ke ipoh, & turun di kuala kangsar. Di sana, kami mengambil jalan menuju ke grik. Kali ini, perjalanan tak membosankan sangat, sebab pemandangan yang jarang2 sekali kita dapat lihat. Terutamanya jalan dari grik ke jeli. Mmg la memeningkan betul jalanrayanya, sebab kita merentasi banjaran kan, tapi mmg sangat berbaloi, sbb dapat tengok empangan temenggor, yang selama ni, hanya tau melalui mata pelajaran geografi waktu tingkatan 3 sahaja. Huu.. akan tetapi, kami xberkesempatan utk turun di sepanjang jalan untuk mengambil gambar kerana hujan yang lebat2 rengai sepanjang2 ke jeli.

Dari Jeli, kami mesti ke rantau panjang, iaitu sempadan dari Negara Thailand. Malang sekali, lagi 20 km ke rantau panjang, apabila jam menunjukkn pukul 3.00 pm, ummi menerima panggilan dari pak itam, yang mengatakan mereka terlepas kapal terbang. Jadi, mereka terpaksa beli semula tiket yang baru, iaitu penerbangan pada pkul 6.00 petang pula. Sejurus mendengar berita itu, kami bercadang untuk berhenti untuk solat jama' qasar zohor & asar di masjid berhampiran, seterusnya meneruskan perjalanan ke rantau panjang.

Rantau panjang merupakan pekan yang agak kecil, iaitu boleh di katakan pekan koboi la. Sangat sesak jalan rayanya, bukan shj kerana byk kenderaan, tapi krn jalannya yang sempit & sesak dengan orang2 tempatan, pelancong2 yang ingin ke Thailand, rakyat Thailand yang memasuki Malaysia, serta xlupa juga haiwan2 ternakan yang turut sama menyesakkn jalan.. huu

Disebabkan perjalanan yang tak henti2 tadi, perut kami juga meminta di isi, jadi, kami berhenti & makan tengahhari di kedai makan berhampiran dengan The Zon. Sudah semestinya, kami berpakat order mee tomyam, kerana di situ terkenal dengan kelazatan tomyamnya.

Dalam pukul 6 petang, pak anjang tiba di sepadan Thailand untuk menjemput kami semua, tetapi, kami terpaksa tunggu ketibaan Firefly dari subang itu mendarat di kota bahru yang di jangka mengambil masa lagi 1 jam. Selesai solat maghrib, baru pak itam sekeluarga serta atok sampai di rantau panjang dengan menaiki teksi dari kota bahru. Kami agak risau kerana kami terdengar ura2 mengatakan pejabat imigresen Thailand tutup selepas pkul 7 mlm, tapi kami amik je risiko untuk masuk. Nasib menyebelahi kami, rupa2nya pejabat tutup dlm pkul 10 mlm. Jadi, sempat la utk proses semua dokumen2, passport & kereta 2 buah untuk di bawa masuk, iaitu kereta abah n kereta Wish cik ajan. Urusan semua selesai dlm pkul 9 pm.

Seterusnya, perjalanan dari sempadan thai ke rumah pak anjang yang memakan masa hampir 1 jam setgh. Sangat2 teruja masuk ke Negara orang, mmg betul kata org2 tua, bagai rusa masuk kampong, jakun nmpk sume. Tapi memandangkan hari da makin larut,pemandangn semakin terhad, xbyk yang dapat dilihat.xsampai ½ jam perjalanan, tiba2 kami di sekat dengan 1 roadblock. Ade beberapa org polis sedang menunggu untuk membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang lalu di kawasan itu. Alhamdulillah, kami tidak di tahan dan selamat untuk meneruskan perjalanan. Waktu itu, jantung ini berdegup mmg x boleh nk di kira pantasnya. Huu

Setelah beberapa puluh KM bergerak semula, terdapat 1 lagi roadblock, yang pada kali ini di jaga oleh askar2 pula. Lagi menyeramkan, mereka menggalas senapang2 yang pelbagai jenis, & menahan setiap kenderaan yang lalu. Bila abah menurunkan tingkap sisinya, terdengar seorang askar itu mengucapkn salam mereka dlm bhs siam, lebih kurang mcm ni la sebutannya, "kap".. ntah betul ke x..huu.. di kawasan jagaan askar ni, yang paling memelikkan, mereka seperti membuat kubu mereka di sepanjang jalan sekatan itu. & yang paling menarik, ade satu kubu yg di bina menggunakan beg2 pasir, & terdapat seorg askar dgn senapang sniper didlmnya. Di atas askar itu, terdpt seperti jala ikan tergantung. Hurm.. wonder what it is...

Sekali lagi, kami selamat meneruskan perjalanan. Buat pengetahuan semua, sebenarnya, sepanjang perjalanan kami itu, terdapat 14 sekatan jln raya yang di buat sama ada oleh polis atau askar, tapi xsemua roadblock di jaga. Ade juga yang di biar, iaitu Cuma terdapat kayu & besi yang menghalang jalan.

Tepat pkul 11 mlm, kami tiba di rumah pak anjang. Rumah dia terletak di pantai Waksyukri, mmg btul2 dpn pantai. setibanya kami di sana, kami di sambut dgn hidangan makan mlm yang sungguh mnyelerakan! 3 dulang berisi ketam rebus penuh terisi di tikar makan, beserta dengan lauk pauk seafood laen. Tanpa di jemput pon, kami sudah melahap krn terngiur dgn ketam yang luar biasa besarnya. Tidak kurang dengan sedapnya, ketam2 tersebut baru shj di tangkap & isi serta kulitnya sgt2 lembut! Cukup dgn seekor shj, sy mengambil masa ½ jam untuk menghabiskn isinya! Kata pak anjang, ketam tersebut br shj menyalin kulit, itu yang kulitnya sgt lembut. Seusai mkn, kami diberi tempat untuk melepaskan lelah perjalanan sehari di bilik masing2. Memandangkan saya sekeluarga yang mempunyai ahli lebih, jadi, pak anjang memberi kami sebuah rumah laen, yg di sewa khas supaya kami sekeluarga lebih selesa. Yang laen2 menetap di rumahnya.

Sebelum masuk tidur, sempat ummi bertanya pd pak anjang, knape ada jala atas kubu tentera tu?

Pak anjang menjawab "sebab, selalu sgt org dlm kubu tu kne bom dgn bom tgn. Klu org lalu lalang kat ctu, diorg baling bom, n kene jala, nnt terpelanting la blk bom tu.." kata pak anjang sambil tersenyum..

Mlm tu kami tidur dgn pelbagai fikiran menerajui minda masing2....


To be continued...

Friday, December 11, 2009

melaka tour

salam alayk..
terbukti, cuti2 ni mls sgt nk update blog.. sbb kat rumah, byk sgt xtvt menarik utk di tulis, smpai mls nk tulis.. haha..

mmg terasa rindu sgt pd blog, so, utk mengubati kerinduan ini, so, sy selitkan antara xtvt yg
sempat di buat semasa cuti...

minggu ni, abah ade meeting kat melaka, 3 hari, so, sempat la kitorg berjalan2...

sebenarnya, sudah lebih 10 tahun x menjejaki melaka ni. last rasenye pegi waktu darjah 1.. huu~

sblum habis exam sem lps, dak2 farmasi ade rancang nk g melaka ramai2.. excited sgt nk pegi! tp, byk plak halangan masa tu, dgn projek reduksi xsettle lg, & ade family matter nk kene selesaikan, & kewangan yg xmengizinkan, so, terpaksa xikut.. sedih jugak sbb xdpt g holiday ngn kwn2.. tp, Dia maha merancang! akhirnya, dpt jugak pegi...
Muzium Layang-layang

istana kesultanan melaka..
-ampun tuanku-


muzium samudera...
-kapal flo de la mar-

so, mmg xlepaskn peluang melawat tempat2 bersejarah ni..

tp, bila sy lihat sume peninggalan sejarah2 zmn dahulu, rase sebak melanda... sbb yg kita dpt lihat, kebanyakkannya peninggalan penjajah yg menjajah tanah melayu dlu.. sedih sbb kita penah mencapai zmn kegemilangan & kita juga yg menjadi penyebab kehamcurannya. & dgn kelemahan tu, ade pihak2 yg mengambil kesempatan, dgn di sertai pengkhianatan dr negeri2 laen, yg turut membantu penjajahan ke atas tnh melayu...

mmg ade positif & negatifnye bila kita lihat semula apa yg ada di sana...

yg pastinya, melaka sekarang, bkn sekadar tempat yg bersejarah, tp juga pusat membeli belah yg semakin memesat.. smpi berbatu2 tanah melaka di tambak utk pembangunan.. mmg boleh di puji la usaha kerajaan dlm aspek pelancongan ni.. mmg byk tempat penginapan, penggangkutan awan pun senang nk dpt... lagi senang naek public transpot klu ke melaka sbb bandar hilir tu sgt2 sesak dgn kenderaan...

alhmdulillah, dpt g jejak kembali sejarah malaysia yg telah lama luput di ingatan, setelah 5 tahun meninggalkn SPM.. huu~

ps: kesian sofi n along x dpt ikut g melaka..

pss: insya Allah, minggu dpn ade liputan ke thailand pula!

Sunday, November 29, 2009

...

happy birthday dearest.




you are one of the best things had ever happened in my life. ;)

this is the best thing that i can think of for your birthday this year i.e. make the youtube box in pink. kalau bukan bday post utk kau jangan harap aku nak buat kaler pink.
sorry, no bears or cards like before mok! aku tak sempat nak buat pape tibe2 da birthday kau. ahahaha so yeah, selamat hari lahir, 21 tahun dah.
may whatever your wishes are will happen for real.
timekasih for being such a friend. everybody should be jealous because i have you this way, not like the way they have you. heheheh
*sorry if this post sounds sooo gay. but i really mean it.*

happy 21st birthday gemok!

"whatever with the past is gone,

the best is always yet to come."



saya sudah 21 tahun..

salam..

it's 21~

semua org pasti akan melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa kemudiannya tua.. setiap titip masa di lalui, punyai agenda berbeza2...

bila kita kanak2, masih kecil berhingus, sume yg di buat pasti dpt bimbingan org yg lebih tua..buat salah x mengapa, krn pasti akan ada yg membela..

bila tiba zmn remaja, semua perkara rase nk cuba.. sbb pada waktu ini lah, kita baharu sahaja nampak dunia yang baru. kita mahu kenal siapa kawan & siapa lawan. belajar segala macam ilmu & cuba utk aplikasi setiap perkara.. masa ini lah org kata, zaman 'eksperimen' bagi kita semua..

meningkat dewasa, baru kenal erti hidup yang sebenar, baru tahu tanggungjwb yg perlu di pikul serta amanah yg perlu di galas...

kata org, pada umur kita menjelang 21 tahun, ialah umur yg paling manis dalam hidup setiap remaja..

kenapa?

mungkin krn ia satu umur peralihan dari zaman kanak2 ke alam dewasa,
mungkin krn dari segi undang-undang, kita sudah di anggap cukup dewasa utk membuat segala keputusan sendiri

let's look it dis way,
bila umur kita masih muda,
kulit masih tegang, otot masih kuat, mata masih terang otak masih boleh di ransang...
segala yg mahu di buat pasti menjadi, & segala yg x menjadi, pasti boleh ditangani..
betapa indahnya zaman muda kan?

tapi, umur ini hnya datang sekali shj...

sekali seumur hidup..

alangkah ruginya bagi kita yang mensia-siakn masa muda...
tetapi, orang tua2 selalu berpesan, jika bkn sekarang kita silap, bila lagi?

mmg, rmi juga org muda yg tersilap langkah, kerana asyik dengan arus dunia baru..

tp sesal kemudian, adakalanya bermakna, sbb kita xtau apa mission Allah nk bg kat kte kn..

ok, enough of all this, the point here is that, i'm 21, finally...
a little sad, yet soo grateful...

thanks ummi for bringing me to this world with pain & joy,
thanks dad, for teaching me the meaning of life,
thanks raiz, for a very touching post,
thanks frens, for all the wishes & prayers..
& more importantly, thanks Allah, for all the nikmat that u never, ever forget to give..

thanks for all the gifts...

pocoyo kek, by ummi, tq very much! sgt2 cute smpi xsanggup nk potong kek ni..huu

p/s: happy besday izzat..



Tuesday, November 17, 2009

end.

salam...

just now, mum call.. & she was crying...

it's final..
he cannot be save...

ya Rabbi.. help him.. help us...
& don't make mum cry again.. it hurt.. really...

Saturday, November 14, 2009

err....

soo much to write, yet, nothing comes out to be written down...

adei seksanye jiwa & raga~
rasa mcm nk muntah tp xterkeluar...

will b back in d next post, bila rase mual tu membuahkan hasil...

thanks for listening...thanks 4 being there 2....

Tuesday, November 10, 2009

keampunan~


Keampunan

Munsyid : Mirwana

Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung di balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara

Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihanilah hamba-Mu

Beginilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu


Ya Allah, semoga aku akur & redha dgn setiap ketentuanMu, kerana tanpaMu, aku lemah, xberdaya bangun & bangkit spt skrg..

Friday, November 6, 2009

maaf dari sorga

salam alayk...
hampir seminggu minggu peperiksaan dah berlalu, & tahap tensen makin berkurang, dgn berkurangnya paper utk exm... minggu lepas 4 paper yg berat2, tapi alhmdulillah, semua berjaya di lalui, dgn izinNya.. syukur..

& hari terakhir exm (which is today), g kuar, amik2 angin utk refreshkan minda, & singgah MPH, niat mmg nk cuci mata, tp sbb syok tgk kwn2 laen ghairah membeli, hati ini tergoda juga utk memiliki buku2 idaman hati.. sudah pasti, tertarik dgn karangan penulis ini.. hehe

k, buku ni da terbitan ke-2, bermakna sy da terlambat beli.. nipis shj, 170+ m/s, so, sy mengambil masa dlm 3 jam marathon utk habiskan... xrugi, sbb niat ptg ni mmg utk tenangkn fikiran dr hal2 akademikiah..

sesiapa yg rase nk tgk karya Faisal Tehrani yg berbentuk thriller, leh la bc Maaf Dari Sorga, sbb seram die agak extrem, tp, still dgn gaya tulisannya, masih di segarkan dgn Islam Sbg Addin, beserta sindiran yg menusuk2 hati..huu

so, rate utk buku ni , saya bg 3 bintang out of 5.. sbb:

1. sy xsuka cerita hantu, sbb sy lebih prefer thriller ramlee awang musheed
2. nipis sgt, xpuas bc.. huu
3. jln cerita menarik, tp seolah xhabis..

moral yg plg best dpt dr buku ni:

dalam dunia ini, bukan shj manusia wajib taat pd Allah, malah perintah taat itu di beri juga pd sume makhluk ciptaanNya, termasukkn utk golongan jin. tp ingat, sebaik2 jin adalah sejht2 manusia.. & kadang kalanya, bla mnusia tak menjalankan tanggungjwbnya sbg daie, jin2 ini cuba mengambil peranan dgn menyedarkan manusia dgn cara mereka sendiri... dare to know how? rase la sendiri.. haha.. (nasihat dr saya, baek jgn pk2 nk rase sendiri cmne, cukup la dgn bc buku cmni).. ape2 pn, kne percaya dgn kewujudan makhluk, yg sama2 mahu taat dgn penciptaNya...

p/s: mlm ni nur kasih

Friday, October 30, 2009

anda bijak? jauhi zina!


Al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

salam alayk..

dalam minggu2 exam ni,kita jgn asyik sibuk dgn hal2 duniawi, sehingga lupa utk mengisi rohani kita dgn 'mknn' yg lazat2 belaka... so, even bz dgn note2 yg rase xkn abes bila bc, sy pon lari sekejap ke 6th kolej...

disana, ada 1 forum tajaan balai islam mereka (iye kot..huu)..tajuk mmg menarik, mmg ptt utk menarik remaja2 dtg.. JANGAN JADIKAN CINTA KITA FITNAH..

masyarakat sekarang selalu mengaitkan cinta dan zina, krn secara hakikatnya, masyarakat skrg mudah mendekati zina bila mrk bercinta. istilah cinta telah di salah ertikan dgn perkara2 yg negatif. mana tidaknya, jika sudah jatuh cinta, semua perkara jadi asyik, lg mengasyikkan.. emosi menjadi tuntutan yg perlu dipenuhi, bkn lagi logik akal. jika hati sudah terpaut, maka susah utk mengembalikan rasional pemikiran seseorang..


kembali ke zaman kejadian manusia pertama, Nabi Adam as. antara perkara pertama didikan Allah pd manusia ialah dgn cinta. bagaimana cinta boleh mengisi kekosongan Adam di syurga, yg pd hakikatnya, yg serba-serbi lengkap & mewah, tak terfikir dek akal, xterbayang dek minda.. akan tetapi, cinta juga yang di cari Adam. akan tetapi, dgn cintalah jua, godaan syaitan itu menjalar, menusuk & diterima, tanpa rasional yg selama ini di guna pakai.


dari kisah bersejarah ini, terang2 an Allah memberi amaran tentang panahan cinta manusia yg begitu mengasyikkan, lg merbahaya. Akan tetapi, cinta itu penuh dgn kasih sayangNya, jika di pandu dgn syariah yg benar.sebagaimana Allah pertemukan semula Adam & Hawa di jabal ar Rahmah, krn cinta suci itu...

jika kita mahu diri ini di cintai, lebarkan sayap cinta kita pada semua makhluk2 di bumi, kelak, kita akan di cintai oleh makhluk2 di langit juga..

pancarkan cinta kita pada Yang Maha Mencintai, krn kelak, Dia akan menganugerahakn cinta yg xberbelah bagi utk kita, & pasangan kita..

utk mencintai Allah, kita mesti mengenal Allah (makrifatullah).
bagaimana utk mengenali Allah? hayatilah ciptaan2Nya, & hayati Kalamullah (Al Quran).. bukan susah, bukan juga mudah, tapi bukan mustahil!


semasa sesi soal jawab, respon dr pendgr sgt menggalakkan pd mlm itu, sampai ada soalan2 yg saya fikir, tidak masuk akal, juga ada di ajukan..huu.. xpe, mahu belajar, jgn malu bertnya..

tapi yg ingin di tekankan disini ialah, kebanyakkan soalan yg ditanya ialah, lebih kurang begini;
BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN JODOH, JIKA ISLAM TAK BENARKAN COUPLE?

bkn couple tu satu usaha utk cr jodoh ke?
abes tu, nk kawin terus, br knal?? err, leh caye ke cmtu? valid lg ke kawin cmtu zmn2 skrg ni?

btul x sokln2 cmni menerajui fikiran kita semua?

Islam mmg melarang kita melanggar batas2 pergaulan antara lelaki & perempuan...

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

that's why couple itu haram bagi islam..
akan tetapi, mcm mane nk cr pasangan kalu nk knal xboleh?

ada satu cara yg amat digalakkan bagi lelaki, mahupun wanita, utk mencari jodoh masing2, iaitu dgn menggunakan khidmat org tengah.. cara ini amat praktikal, serta tidak melanggar batas2 syara' yg telah digariskan..pastikn org tgh tu org yg dipercayai, & memahami niat kita serta paham akan selok belok prosedur ini..huu


jika suka, sudah bersedia utk meneruskn kehidupan yg baru bersama insan yg asing bg kita, teruskn niat itu..
akan tetapi, jika suka, tp masih rase ada halangan laen, seperti masih belajar, xcukup duit, etc, tangguhkn dahulu niat utk berkahwin, & 'ikat' or 'reserve' org itu utk kita nnt.. bagaimana nk reserve? guna org tgh juga..

kita akan rasa bersedia, bila kita rasa tenang utk memikul tanggungjwb yg bakal di galas, walau berat mana pon beban yg masih dipikul...
tapi, jgn sibuk2 nk fikir pasal jodoh, jika diri ini masih tak bersedia ... krn Allah tahu, bila masa kita da bersedia utk mendirikn rumah tangga...

perkahwinan bkn permainan, bkn juga satu gurauan..ia datang dgn tanggungjawab dakwah perkembangn islam, bagi mendidik parajurit2 islam akan datang..

mungkin sy bkn org yg layak utk menulis perkara2 begini, tapi sy terpanggil utk berkongsi serba sedikit ilmu yg ada, berdasarkan pengalaman yg mengisi ruang2 hidup selama ini.. :)

kpd sesiapa yg rasa sudah 'terlanjur' mencintai seseorg, jgn rasa anda tidak layak, krn anda belum terlambat utk mendapat cinta hakiki & suci, dr insan yg hatinya amat mencintaiNya..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 )

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

jadilah yg terbaik, utk mndpt yg terbaik... akan tetapi, siapalh diri ini utk meminta yg terbaik ,krn segala yg baik itu, hanya dtgnya dr Allah..


maaf jika ada yg mengguris & terguris...semua ini hakikat hidup panduan Islam yg syumul..

sekian..

p/s: correct me if i'm wrong..

Monday, October 19, 2009

kepulangan~

salam alayk...

last weekend sy amik kesempatan utk pulang ke kg halaman, sblm berjuang habis2an utk final exam ni... yela, kne la amik restu ummi & abah.. :)


me n izzat

mmg beruntung balik kali ni sbb masa btul2 terisi dgn xtvt bersama family.. huu.. & paling menggembirakn, sy br je dpt anak sedara yg pertama..

ni dia, namenye adib farhan, waktu ni, umur die br 23 hari.. die anak pd sepupu belah ayah.. iaitu, anak paklong sy yg pertama..
waktu ni ade majlis potong jambul... seronok pegang farhan ni, even die xreti nk wat pape lg, tp cukup tenang pandg muka die, usha die tdo..haha.. jujur ckp, mmg xreti nk pgg bayi br lahir cmni... rase xsecure lg.. sbb bdn die masih lembut... so, bile pgg, da xgerak2 da.. org marhaban pon, duduk je..huu.. xsenonoh...

yg plg kelakar, bila tetamu dtg, sume ter'miss understood' yg sy ni maknye.. haha..

ade plak yg bleh ckp " maaf la makcik xdtg time kawen aritu.."

lorr, makcik, sy xkawen lg, mmg makcik xpernah dtg la, hahaha.. klaka2...
adakah diri ini da nmpk 'tua' utk jd mak?? opss... no!!


ok, next occasion was my mum's besday.. mmg xtau nk beli present ape utk ummi.. blurr gile,.. but kuar satu idea gile... wat kek la!..
jujur sekali lg... sy mmg xreti bab2 dapur ni.. huu.. apatah lg nk wat kek.. so, sy search resepi kek coklat moist, & dpt satu dr cik sri... ok la, try je dlu...

bgn pkul 3 pg ahad semata2 nk wat suprise besday kek.. huu...
buat punye buat.. alhamdulillah.. jd! & ummi puji plak sdap!! seronok2!! yeayy.. berjaya \(^0^)/
walau sy tau, sungguh huduh decoration tu...hahaha.. ni la bile org slalu dpt C time pend seni dlu.. ngee~

next story is about my cat.. we call it SOLID, coz badan die mcm garfield (gemuk, pendek, & solid..huu, except die wane putih je)... solid is a male cat, sgt active kat luar rumah.. so, slalu jgk la cr gaduh ngn kucing2 laen.. harap je kck n pemalas, tp hero kampung tu.. huu~

& di sbbkn tu, die mengalami luka kat leher, normally, cats can cure their own luka by licking the part of injury, but, memandangkan kat leher, lidah die xsampai utk lick, tu yg smpi infection, accumulation of pus smpi jd besar gile.. klu tgk pic tu btul2, mmg ade bonjolan kat leher die.. so, kitorg bwk die g klinik utk checkup, then, he was hospitalize for about 5 days..


then, ni la hasil pembedahan utk kluarkan segala pus die... xsanggup nk tgk jahitan die (berdiri blkg ummi je time melawat.. huu.. *not a good example as a pharmacist* **dush)
tp, seperti garfield, selera mkn die xpernah lekang walau sakit..huu... moga cepat sembuh solid... :)

ok, sampai di situ shj journey blk kg sy.. kesimpulan, walau xdpt dok umah lame, tp mase bersama family itu di manfaatkan sebaiknye... moga kebahagiaan ini berkekalan smpi ke syurga..

guys, love u'll soo much...
doakan angah utk exam kali ni.... maaf segala salah silap & halal kn segala mkn minum serta ilmu yg diberi sepanjang kalian menjaga angah...

GOOD LUCK & ALL THE BEST JUGA PD SUME KWN2 KU, sri , m|ke , marinata , alyn , kak yan , E , yen , nabila , jannah , & sume kwn yg xberblog.. huu.. ( maaf pd mane xtersenarai.. bkn memilih kwn, tp ni je yg sempat di taip.. )

Thursday, October 15, 2009

hectic week+HELP

salam alayk...
so much to write, smpi xtau nk tulis ape...
so much to express, smpi xde feeling utk ber'feeling'
so much going on, smpi xtau nk arrange masa...

HATE MYSELF

ISNIN:

penat, br blk dr konvoi beraya 6 buah rumah, dr pkul 8 pg, hingga 11 mlm ahad... pg isnin ade test analysis pharmaceutical pkul 9 pg..bile stud? pkul 8 pg tu, dlm klas dr Ibrahim (eeeeeeeeeeee, benci wat cmni!!!)
petang test bhs arab, susah gile! ust ni expect kite blaja sastera arab ke??

SELASA:

presentation 'intro to clinical pharmacy'.. bentang kes study... kne hentam dgn dr Fariz sampi 15 min! group laen kne 5 min je.. knape?? (hate me..hate me!!)
mlm ptt ade usrah, tp xwat, sbb malas.. bgs x alasan tu?? (again, hate me)

RABU:

mls nk g klas tutor Pn Jun sbb semlm da g, tp arini die suro g lg..tp mls.. (bleh x cmtu??)
dgr presentation lg, tp xdgr sgt, sbb blurr msuk klas sbb xprepare... ( bgs x?)
ptg x g klas arab sbb hujan sgt lebat... kesian ust tunggu kat klas agaknye, luckily xde test arini...
mlm, bkk email, dpt another email layang... ignore...
siapkn report analysis yg nk kne submit minggu ni... sume org tiru, sbb sume xtau nk wat cmne, tp sy xnk tiru, but still, xtau nk wat... waaaaaaaaaaaaaa.... kne tiru jgk ke??
bkk internet, website hang plak, xleh online... hurm....xpe, sabar2...
nk lepas tensen, chat ngn kwn2... but, terlempias tensen kat sorg ni... bersalah sgt, sbb die xbersalah dlm hal ni.. maaf kawan... (T_____T)

KHAMIS:

akan tiba hari esok, (cm da esok je ni), klas penoh, start 8-5 ptg... report wat tablet xsiap lg, sbb part org laen xsiap, so, conclusion xleh nk wat.. n xtau nk wat literature review.... (gerammmmm)
mlm kne stud + siapkn report analysis & tablet.. (boleh siap kee???)

JUMAAT:

test pharmacokinetic clinical pkul 8.30pg... kol 10 ade klas lg... ptg nk blk uma...


CONCLUSION:

ASMA' XPANDAI URUS DIRI
ASMA' SGT TENSEN
ASMA' SLALU LARI DR MASALAH
ASMA' XBOLEH NK PUASKN HATI SENDIRI SBB EVERYTHNG YG DIE BUAT MESTI XKENE...

Monday, October 5, 2009

rumah terbuka mr che' & mr E

Salam alayk...

Dlm byk2 open house sempena raya ni, setakat ni, ade 2 je rumah yg sempat sy kunjungi, itu pon atas jemputan saudara che azuan... tq che!! :D

Kat umah che’, byk makanan mak die masak..

ade laksa penang, pulut kuning, nasi dagang, nasi impit kuah lodeh n kuah kacang, & ade besday kek ayah die lg..huu

tq che' sbb bg breakfast like king.. ngee~



lihat itu psngn bahagia pki baju same kaler, dok sblh2 lg..huu.. :p


baju kak zati sgt cntk..:)

mkn2..nyam2..


tgk mulut marinata, da pnuh pon nk sumbat lg..huu

pd mulenye nk trus blk lps g uma che', skali, e ajak trus dtg uma die..so, terlanjur da rmi2 ni, jln je la...

g uma br e, waa, cntk landskap die, design dlm pon bleh thn...

family die serve byk juga.. satay kajang, mee, lemang...tp sygnye, sy kekenyangan sbb da mkn agak byk la kat uma che', (& juga atas sbb2 tertentu yg memalukan..huu..siap kamu marina!! kamu hutang utk ganti blk satay kajang nnt eh!)

& pic pon xsempat amik kat uma e.. xpe2, nnt mintk kat cik marinata kite ye.. oreit...

need to get back to fkt notes!

p/s: sungguh indah ukhwah itu.. moga same2 dpt di bawa ke syurga ya.. :)

Saturday, October 3, 2009

raya




hectic week. like hell.
3rd year. hard. sucks big time.
assignments. lab reports. drug design. midterms.
general biochemistry, practical biochemistry,
animal physiology, advanced organic chemistry, cell biology.
its only 3weeks since fall term started ;(

miss miss home

Friday, October 2, 2009

salam kemaafan

salam alayk...
walau mungkin da sedikit terlambat ini post, tp, mungkin, masih boleh diterima..huu

saya, scr official nya.. ingin memohon ampun kpd rakan2 seperjuangan sekalian...

andai ada coretan disini yg menyinggung kalian
andai ada celoteh mulut ini yg menyakitkan
andai ada rupa2 huduh yg menjengkelkan
andai ada hati yg masih menyimpan dendam..

maafkan diri ini,yg masih merangkak mencari erti hidup sbnr..
maafkan diri ini,yg masih gagal menjadi sahabat anda yg sejati

maafkan diri yg serba kekurangan ini,
andai ada kemarahan yg tidak terluah,
andai ada kebencian yg masih tersimpan,

maafkn sy..
walau anda dtg sbg kawan,
walau anda dtg sbg lawan,

terima kasih...
kerana hadir mewarnai hidup NURUL ASMA'..

Salam Aidilfitri...~


Saturday, September 19, 2009

musibah 29 ramadhan~

salam alayk..
sy & along balik ke umah pd mlm khamis, 17/09/09, tiba di rumah pkul 2 am.. bersyukur dpt selamat smpi, walau penat melayan kerenah pakcik bas yg xpasal2 emo..huu (biar la die)..

so, esoknye, kitorg wat gotong royong umah,.. pasang carpet, tuka alas2 meja, ubah kedudukan perobot.. fuh, mmg penat, da la xabes pnat naek bas lg.. tp xpe, bkn slalu dpt tlg ummi abah kan..hehe..

ptgnye, abah ajak pegi JB, shopping raye last minit, sbb sofi, along & izat nk beli kasut, ummi lak nk beli langsir utk bilik along & sofi..

sbb bertolak lambat, kitorg berbuka kat dlm kete dlu, then br mkn kat food court Jusco..
shopping punye shopping, dlm pkul 11 br bertolak blk.. ( musim raya ni jusco bkk smpi pkul 12 mlm ).. kuar je dr Jusco, trus jam... jln sgt sesak dr tiram smpi bndr kota.. then, dr kota ke tenggaroh, da renggang sket.. akibat penat kemas rumah + puasa + shopping, kitorg sume (kecuali izat & sofi yg tgh melayan PSP) kepenatan & mngatuk sgt dlm kete tu.. abah yg tgh driving pon ngntuk... sian plak tgk abah.. ingt nk offer ganti bwk, but diri ni pon xlrt..
but, dlm lbh kurang 45 min lg nk smpi, ummi drive, ganti abah...
ummi bwk punye la laju..xpe, nk cepat smpi kot, sbb jam da pkul 1.30 am... bila lg 5 min nk smpi simpang ke perumahan, tiba2,
BANG...!!!
ummi menjerit, & tekan sudden brek.. (slmt waktu tu tgh rajin pki seatbelt, klu x, mmg da terhantuk kat seat dpn).. waktu ni, abah yg tertdo, trus terjaga, along pon terbgn, izat & sofi pon terkejut... sy waktu ni mmg xtdo, sbb mmg xleh tdo sgt dlm kete..
"abg, mintk maaf bang..." suara ummi terketar2..
ummi trus pull kete ke tepi..mlm gelap, xnmpk.. but my 1st thought was, tayar meletup..
tp knape umi mintk maaf lak..
"lembu...umi langgar lembu..."
hah?? yeke?? xnmpk pon lembu...
abah waktu tu kat seat sblh driver try nk bkk pintu, tp xleh..
"pintu tersekat la zah.."
"xpe2, angah kuar.." sy pon kuar, sbb sy mmg dok blkg abah..bkk pintu, g dpn estima..
"ya Allah, abes!!"..
bhgian dpn kiri mmg kemek trus, side mirror tertanggal, & hilang dlm kegelapan, lampu abes pecah, cermin dpn retak sket..
umi kuar dr kete.. trus peluk sy...
"cmne ni..." kata umi, still dlm ketakutan...
"xpe umi, sekurang2nya kite xde pape...tp sian lak lembu tu ek.."
abah pon kuar dr kete gne pintu sy.. waktu tu, xbrani nk tgk expression muke abah...
his dream car, br beberapa bln, br cadang nk gune time raya..hurm...
"xpe2..da2, jom naek, da dkt uma ni, kite blk, tgk kat umah.."
smpi umah je, belek kete blk...
side view
front view
tgk umi, nmpk trauma.. umi pnah eksiden jgk sblm ni, langgar org.. mesti lps ni die trauma lg.. tp benda da nk jd kn.. bayangkan klu waktu tu, klu la sy yg offer utk bwk, mesti xkeruan perasaan sy berada di tmpt umi...
mlm tu, bila sume org tgh siap2 msuk tdo, umi masih dok kat ruang tamu.. termenung..
" da la umi, da nk jd.. mungkin, mmg rzeki kita cmni.. klu org laen bwk estima ni, mesti die yg kne kn..kite kne byk muhasabah, sbb benda ni jd time bln ramadhan, mesti Allah syg sgt kat kite, & Allah prihatin kat kte.."
esoknye, 19/09/09..
umi & abah g wat report polis, abah tepon syarikat insurans, but, malangnye, diorg leh repair lps raye, & kete kne tunda dlu...hurm.. sdeh2...
ummi:
angah, cuba kite pk blk, setiap kite ade musibah tahun ni, mcm sofi, br je ilang dompet die br2 ni, umi, hilang dompet jugak waktu along grad, umah kite kne masuk pencuri, kau hilang handphone, along plak, ade problm dgn relationshp die.. Allah nk tunjuk ape yek kat kite ni..hurm...
INGAT, SETIAP APA YG TERJADI ADA HIKMAHNYA, CUMA KITA SLALU XNMPK..KITA
JUST PERLU CARI..AGAR KITA XKECEWA DGN DUGAAN YG ALLAH BERI KAT KITA..
Ya Allah, Kau Ampunknlah dosa2 kami, Kau sucikanlah hati2 kami agar kami bersih dr noda2 dosa & busuk hati.. Ya Allah, sesungguhnya, sungguh kecil nikmat yg Kau tarik dr kami, tapi kami masih berduka cita, walhal, nikmat bahagia & keselamatan keluarga itu lg bernilai utk di syukuri.. Ampunkn kami jika kami kufur nikmat2 Mu.. serta, Kau berilah hidayah & petunjukMu, agar cahayaMu sentiasa bersama kami merempuh jln kebenaran.. amin..
ps: Salam Aidilfitri semua.. berhati2 di jln raya..

Friday, September 11, 2009

test



salam alayk..

esok ade FKK test...

ade 2 bab x cover lg..

calculation langsung xmaster lg..

test pkul 9 pg

skrg sy cuba jauhkn perkataan 'putus asa' dr diri.. (sape terjumpe words ni, tlg bwk lari jauh2 dr sy ye..)

sy nk berusaha smpi rase yakin utk bertawakal..walau sy tahu, kemampuan diri pd takat beku mana..

moga di jauhkn juga anasir2 ngantuk yg kdg2 xperlu pn utk menjelma masa2 begini..

doakn sy.. krn sy perlu kekuatan itu.. ya Rabbi

Wednesday, September 9, 2009

Friday, September 4, 2009

Knapa sy di uji?

Salam alayk...

Alhmdulillah, segala kurniaanMu Tuhan..

Kebanyakkan manusia pasti akan mempersoalkn persoalan ini pabila mereka berasa kecewa dgn ujian Allah.. mmg fitrah kita, utk rasa lemah, xberdaya & keseorangan bila ujian itu menimpa diri ini... tp, dgn fitrah itu, Allah kurniakn kelemahan nafsu, dimana pd waktu inilah, nafsu kita senang tunduk pd hati yg resah gelisah, mencari kekuatan diri, yg pd hakikatnya, kekuatan itu datangnya dr Yang Maha Pencipta... itulah, antara waktu2 doa kita senang dimakbulkn ialah bila diri kita di aniaya, dimana, penyerahan 100% kite kpd Allah itu berlaku dgn automatik!

Seorg sahabat mengingatkan sy, knapa Allah menguji hamba2Nya? Tidak ke pelik, bila Dia boleh menyediakan segala kemudahan pd kita, tp sebaliknya, Dia beri kita kesusahan yg, kdg2, kita hmpr hanyut di bawa ujian itu... tp, Allah itu Maha Mengetahui.. Dialah yg menurunkn musibah, serta Dialah yg menurunkn hikmah...

2 sebab Allah turunkn ujian kpd manusia:

  1. Untuk menghapuskn dosa2 kita

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a

  1. Untuk menaikkn darjat kita di sisiNya

Lihat, betapa pemurahnya Allah itu!

Dia turunkn musibah, yg bila di pandang secara kasarnya, boleh menggoyahkan iman kita, tetapi, disebaliknya, Allah bg kita nikmah berlipat ganda...

Mari saya kongsi sedikit sebyk kisah sy, agar kamu sume mengambil iktibar, seterusnya, tidak lagi mempersoalkn soalan yg same~

Sy mmg berasal dr keluarga yg serba serbi lengkap; xpernah ada cacat cela...

Sy sgt bangga di lahirkan dr keluarga ini, mkn xpernah kurang, apa mintak, pasti dpt, ilmu dunia akhirat dititik beratkan.. xpernah rase xcukup.. sungguh bahagia..

Tp, Allah itu Maha Adil... tiba ujian menimpa sy sewaktu sy menjejakkn kaki ke menara gading ini..

Waktu itu, sy rasa seperti xdisygi olehNya, rasa sgt2 jauh sbb semakin sy minta pdNya, semakin sy xdpt apa yg sy mahu... smpi sy give up utk meminta, & akhirnya, sy melakukan satu tindakan drastik, yg xterpikir dek akal ini utk sekali2 buat...

Sejak itu, hidup sy penuh dgn tohmahan, penuh dgn cacian org2 sekeliling.... tp bila diri sudah hanyut, di belenggu dosa2, hati menjadi semakin keras, jiwa menjadi tipis, sng goyah dek angin2 yg xribut pon.. lepas satu ujian, dtg lg ujian lain.. & makin juga sy hanyut, xreti mengemudi hidup sndr sehingga membiarkan diri di tolak arus.. sy putus hrpn utk hidup... sy putus harapn utk berserah.. sy putus harapan pd diri sendr utk berubah...

Akan tetapi, bila kasih syg Allah itu melebihi kemurkaanNya, hati yg hitam dgn dosa, diterima kembali, dgn tangis esak di hening pagi, mencari jln yg smakin jauh di tinggalkn... mmg malu mempersembahkn hati ini, tp, kesdaran itu meronta2 utk memulangkan diri yg kotor utk di sucikan kembali... teringat janji2 Allah akan nerakaNya, ingat firman2 Nya akan seksa kubur.. menggigil tubuh mengalunkan lafaz taubat... sesal, mmg mnyesal..

Disebalik ujian yg menimpa ini, sbnrnya, Allah ingin mengampunkan dosa2 lampau yg menggunung tingginya.. Allah merindui suara hambaNya ini...

Sejak dr itu, diri ini xpernah lupa utk menyucapkn syukur pdNya atas ujian itu, bkn krn suka dgn dosa2, tetapi, krn tingkat yg Allah suruh kita lalui dgn perit, yg sbnrnya, Dia nk hadiahkn kita dgn ketenangan hati, makrifatullah, serta rasa tkut pd Allah...

Bersyukur dgn nikmat, serta ujianNya, krn kedua2nya, menjanjikan Cinta Allah, bila kita sabar, tabah, & xpernah berhenti mencari Dia..

Jgn cpt mengeluh, jgn cpt melatah, jgn pula menyalahkn Tuhan, bila dia tiada di sisi kita masa kita susah, krn sesungguhnya, Dia akan ingat pd kita masa kita susah, bilamana kita ingat pd Dia masa kita senang...

Sy harap, kamu semua akan lebih tabah dr sy mengharungi sume ujian2 Allah, krn, tiada yg lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, selain dr Dia...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Moga ujian mendatangkan hikmah, yg xterluah kemanisannya...

Bak kata ust ridzuan, 'nk rasa kemanisannya, kne la try sndr.. ' J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...