Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Thursday, April 4, 2013

Kempen!

Assalammualaikum wbt,

alhamdulillah, semalam PM kita baru sahaja membubarkan parlimen dan skrg, menanti pucuk pimpinan yang baru untuk Malaysia. saya agak teruja juga kerana ini kali pertama saya mengundi! tapi sedih juga kerana jauh di perantauan, ntah dapat tak mengundi di parlimen kulaijaya..

ok, hangat-hangat berkempen ni, bisnes pun bisnes jugak..hehe..saya nk promote blog suami saya! ok, bukan untuk beli insurans (kalau nak beli pun apa salahnya, benda baik) tapi untuk tambah pengetahuan mengenai bina kerjaya dalam insurans..



ok, mari saya bagi testimoni saya sendiri. walau saya tak pernah sakit melarat lagi, alhamdulillah, tapi saya cepat-cepat ambil insurans nyawa dan perubatan. yelah, selagi tiada komitmen lain waktu bujang dulu, baik labur dalam skim yang cover kita dari segi perubatan, pampasan dan ade jugak simpanan. saya mula2 dengar kepentingan insurans ni dari Prof Muhaya lah. tak ingat pada talk yang mana, tapi dia ade pesan, foundation kewangan kita mesti insurans, sebab apa-apa jadi, kita dah covered. lain2 simpanan dsb tu no 2,3,4 dan seterusnya. bila dapat gaji ke6 kot, terus terfikir nk beli insurans dan disitulah bermulanya saya dilindungi.

ok, itu masa saya kenal insurans tu ape.. masa tu mmg blur gile ape la yg en agen ni terang.. bila dah abes terang n dah tanya2, barulah faham (paham sikit2 je..huhu).. and saya amik atas nilai saranan dia...

selepas berumah tangga dengan en agen ni, baru saya faham sikit2 apa sebenarnya dia buat. yelah, masa tunang pun, dia ade terang, tp masih sipi2 je paham. boleh dikatakan kerja agen ni noble jugak rupanya. ingatkan kje jadi doktor or cikgu je keje yang mulia. yelah, jadi doktor kita dapat lihat pengorbanan masa dan tenaga diorg yang kadang-kadang tak berbaloi dengan gaji. sama jugak dgn cikgu yang penat lelah mengajar kita, bukan sahaja secara formal, tp luar bilik darjah pun diorg masih digelar 'cikgu' di mata masyarakat. tapi agen, dimanakah nobility nya?

huhu

"Agen insurans, dah la suka kejar2 org, paksa beli insurans, pastu amik duit orang pulak tu, then tak nampak apa2 efek pun kat duit kite, dia makin kaya adalah...bla..bla..bla.." kata asma' suatu ketika dulu 
(ni asma' lain..hehe)

haa, mentality kita macam di atas kan kebanyakkannya?

tapi bila tahu, rupanya, agen insurans ni bergerak dlm bayang2 je...
dan mereka sangat banyak membantu orang dalam kesusahan.. ok, skrg la,, realiti skrg, selalukan kita dengar orang minta derma sbb kos bil hospital yang tinggi.. bukan tu shj, lepas kuar hospital, dah xleh keje, siapa nk sara anak isteri? nauzubillah, kita semua tak nak sakit melarat, tetapi, baik sediakan payung sebelum basah kuyup...betul tak?

so, there comes the part of insurans, alhamdulillah, ia membantu meringankan beban pesakit dan keluarga pesakit inshaAllah..

haaaaaaaaa.....
itulah, En Nazlan nak kongsi rahsia sikit macam mana nak bina kerjaya dengan belajar selok belok bisnes insurans ni..it's not just you help people in need, but you can make your own profits too!

so, you guys can surf to ---->>>http://nazlanarshad.blogspot.com/
or call him at 0173111910 anytime, any place. he'll pick up, or he'll call you back.


gambar sampingan semasa melawat bee farm odw ke kudat


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...