Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Tuesday, November 27, 2012

Warna warni hidup

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi hari ini untuk menjadi lebih baik dari yang semalam..inshaAllah..rugilah orang-orang yang sia-siakan masa yang ada dengan tidak menggunakan dengan sebaiknya..


Post kali ini mengenai N lagi..
owh, dia suruh gelar diri dia L (dia kata lagi glamor, artis katekan..huhu)




Sejak post yang lepas, saya menerima beberapa sms, pm dan comments dari beberapa rakan-rakan mengenainya..huhu..yelah, tak de angin, tak de ribut, tup tup keluar berita nak kahwin kan.. tp L kate, kalau tunggu ribut baru nk kawen, lagi teruk kan? waktu aman damai la kena kawen.. ;)
keputusan untuk berkahwin ini boleh dikatakan secara tidak sengaja..huhu..bukan apa, saya memang sudah lama berniat untuk mendirikan rumah tangga tetapi, saya tidak menyangka pula yang masanya sangat cepat! alhamdulillah. Allah permudahkan jalan kalau kita niat untuk Dia. kalau dengar cerita L tentang ini, pasti lagi meremang bulu roma.

lagi-lagi, kami sama-sama baru sahaja lepas melangsaikan majlis perkahwinan akak kami (along dan akak L) awal tahun ini. dan tak semena-mena, akhir tahun ni, kami pula sibuk menguruskan majlis kami sendiri.. huu

Hakikatnya, tiada apa saya boleh cerita mengenai L lagi, sebab terlalu sedikit saya kenal dia. sekali pertemuan sebelum tunang, 2 kali jumpa selepas tunang. itu sahaja.. lagi-lagi bila saya ditukarkan ke Sabah ni. rasa sangat jauh dari semua orang. kadang-kadang, sy terfikir, macam mana kalau saya lupa muka L mcm mne? huu.. tapi, sepanjang perkenalan kami sejak kami bertunang ini, ada sifat L yang membuat saya tertarik dengannya. L tak pernah jemu untuk belajar dan improved, dan dia sentiasa memikirkan masa depan dan penuh dengan plan-plan dia. kadang-kadang tak menang telinga saya mendengarnya, dan ini menjadikan life saya menjadi teruja dan exciting sejak akhir-akhir ini.. so much to do! hehe

L yang jadikan hidup saya berwarna-warna sejak dia ada. dan saya pasti, inshaAllah, dia juga bakal mewarnai hidup saya akan datang nanti. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan lelaki yang baik, soleh dan sweet. huhu

ok, enough about L. nnt kita kenal die dengan lebih lanjut lepas kahwin k :)

when is the wedding? inshaAllah saya akan announce tarikh bila sampai masanya. saya berharap kawan-kawan dapat doakan perjalanan ke arah penyatuan kami ini dimudahkan, dan saya doakan kalian juga beroleh kemudahan dalam mencari jodoh masing-masing.. inshaAllah..

notakaki:
L: kenapa pendek sangat entry awk?
saya: owh, saya bukan reti mengarang, nanti orang bosan baca cerita saya yang membosankan. saya menulis bukan sebab untuk orang baca semata-mata, tapi saya menulis untuk mengabdikan detik-detik penting dalam hidup saya.. cehh.. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...