Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Sunday, October 28, 2012

New journey @ new place

Salam alayk
Alhmdulillah.. saya masih membuktikan bahawa blog saya masih bernyawa! hehe
owh, ini mungkin dorongan seorang stalker yang baru shj khatam membaca blog saya..dan terkantoi..hihi
akibatnya saya mula rasa untuk menulis semula..kerana bila saya meneliti semula post2 lama saya, wah, rase seronok lihat tahap perubahan fasa hidup (dan fikiran..huu).

ok, let's start fresh!

dalam beberapa bulan lepas, pelbagai perubahan telah berlaku pada diri ini.. baru sedar yang bila usia meningkat, setiap keputusan yang dibuat akan nampak hasil dan memberi impak yang besar, bukan shj pada diri sendiri, tapi pada orang sekeliling kita. Bermula dari perjalanan di Hospital Kluang (Hklu) sebagai Provisional registered pharmacist (PRP) hinggalah tamat latihan.

menjadi 'bahan mentah' di hklu sangat menarik dan mencabar juga.. yelah, ambilan batch kami tidak ramai.. hanya 5 orang sahaja, menjadikan kesemua prp pd masa tu seramai 7 orang. jadi, sangatlah padat waktu oncall dan segala assignment yang perlu disiapkan. tetapi bilangan kami bertambah menjelang 2012 bila ada ambilan pelajar2 dari luar negara. banyak perkara baru yang saya belajar, ramai orang baru yang saya kenal. dan pelbagai pengalaman pahit, manis saya pelajari dari semua orang. alam bekerja tidak sama sekali dengan alam belajar. kita kena menempuh pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. jadi semakin kita terjatuh, semakin itu kita belajar. biar jatuh sekarang dan belajar sesuatu, dari jatuh dan tak berjaya ambil apa2 dari kesakitan itu.

dari kiri: fathiah, epoi, sy, yee kee, faz dan farha (new batch prp's exp epoi)

dari kiri: amirtha, amal, anak kak salimah (xingat nama..huu) sy  dan kak salimah

beraya di rumah kak zura. dari kiri: kak ida, faz, adik kak zura, kak zura, farha, saya, fathiah, anak sedara fathiah dan kak laila


alhamdulillah, setelah genap setahun menghabiskan latihan disana, saya diarahkan utk berkhidmat di Negeri di bawah bayu pula. pada mulanya saya dapat tahu posting kali ini, hati semacam tidak dapat menafsir emosi. huu.. sedih? gembira? terharu? atau marah?
ok, kesemuanya...
dari situ, berlaku perubahan besar dlm hidup saya. setiap keputusan yang saya buat membawa saya ke sini... banyak hikmah nya rupanya Allah nak bagi dan Allah nak uji. bukan senang nk dapat apa yang kita nak. dan benda yang baik bukan senang nak dapat, jika Allah tak uji kita. alhamdulillah, ada insan yang sudi mendengar dan berkongsi rasa, menjadikan hati kuat untuk menjadi lebih baik dari hidup yang sebelum ini!

sekarang, saya sudah hampir 2 minggu disini. masih dalam fasa menyesuaikan diri. mencari kawan, mencari keserasian. dalam kesibukan ditempat kerja baru, dalam kesibukan persiapan rumah baru. walau hati masih bertaut rindu pada keluarga di tanah sana, tapi dikuatkan juga agar setiap sabar, setiap doa, Allah kabulkan. rasa sangat bertuah juga kerana ditempatkan sangat berhampiran dengan kawan2 UM dahulu (nad saat, nadiakmal, amal dan rusdiah), serta senior2 UM yang sangat ringan tulang membantu itu dan ini.

rumah terbalik


banyak rancangan selepas ini. banyak lagi pengalaman ingin dikongsi, mungkin post lain kali ya! :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...