Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Saturday, May 21, 2011

Sebelum dan selepas [part 2]

Salam alayk..
mungkin ada diantara anda yang bercadang untuk bekerja sempena cuti ini, mungkin ada juga yang masih meneruskan pembelajaran dalam semester pendek ini, ada juga yang merancang untuk bercuti ke luar negara, atau ke Baitullah menunaikan umrah (jelesnya!).
tapi bagi saya, saya mahu mengisi masa yang panjang ini dengan melepak sepenuhnya dirumah! haha.. seem macam matlamat setinggi busut aja. well, believe it or not, it's true. jadi, aktiviti-aktiviti saya akan tertumpu pada kerja-kerja biasa di rumah (berhenti membaca jika anda bosan).
part 2 akan menceritakan apa misi saya sepanjang cuti ini. bak kata pos yang lepas, saya mula percaya the power of planning (sejak belajar management ni..huu)

so, here goes:

1. saya bercadang untuk menjadi surirumah sepenuh masa.. well, doesn't have to be a wife to be a fulltime housewife kan.. it is a practise than..huu.. pagi masak sarapan, kemas rumah, sidai baju, sapu rumah, masak tengahhari, lipat baju, gosok baju. tapi still tak dapat nk lawan ummi. dia lagi pantas! aish. kadang-kadang kena berlumba dengan ummi untuk buat kerja, jika sedikit terlambat, melepaslah untuk buat sesuatu kerja itu, kerana pasti ummi akan lunaskannya! hish...

ni buku resepi saya. tak tahu
kenapa gambar ini menegak walhal gambar
asalnya adalah melintang.
2. saya mahu belajar memasak. ye, i'm bad at cooking. worse sebenarnya. bukan apa, memandangkan saya anak ke2, selalunya along yang akan turun ke dapur, dan saya akan ditugaskan dalam urusan-urusan rumah yang lain seperti menyapu, melipat kain dll. jadi, kitchen work isn't my thing. dan disebabkan ini, saya selalu mengelat untuk masuk ke dapur, pasti pelbagai alasan saya akn cipta untuk mengelak, huu. but bila dah besar macam ni, rasa menyesal kerana tak belajar dan ambil effort untuk ambil tahu belajar sejak dulu lagi. akibatnya, adik saya (sofi) lagi pakar memasak dari saya. kadang-kadang, dia yang selalu tegur saya! hish, mana boleh jadi ni! jadi, salah satu rancangan saya ialah belajar memasak dan saya bercadang untuk mencatit segala resepi ummi, tak kiralah sekadar goreng pisang hinggalah ke masak rendang, sebab saya suka masakan ummi very much! i'll share some resepi with you if i've time, inshaAllah


dapat teka gambar apa? :)
3. saya bertekad untuk habiskan cross stitch saya. saya dah delay hampir setahun dah projek ini. huu. saya suka seni-seni menjahit terutamanya yang berkaitan dengan mengait dan menyulam. saya pernah belajar benda-benda ni sewaktu cuti selepas SPM dahulu (jangan tanya saya lagi, saya sudah lupa!). tapi, dalam semua ini, saya lebih berminat dalam cross stitch. mungkin kerana ia simple dan tak memerlukan kreativiti sangat (menandangkan saya bukan kreatif orangnya). jadi, ni salah satu cross stitch saya. ada satu lagi gambar bunga ros, itu lagilah tak gerak kemana lagi. huu.


jadi, ini adalah di antara misi-misi saya. not much kan. but atleast better than nothing. :)
mari merancang, biar Allah menentukan!
kan solid?

our obese cat, solid.
opss, mesin basuh dah berbunyi! time to continue my work..
salam.

p/s: hari ni nak pergi melawat izzat di sekolahnya. :)

2 comments:

JohnJosh said...

hahaha.. mmg bagus... cuti dok rumah je. watpe sibuk2 nak kerja kan? nnti dah kerja.. kerje je la.. jgn sibuk nk cuti plak...

Nurul Asma' said...

haha..btul2 john. tp da keje nnt mesti nk cuti jgk! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...