hye, kawan2, akh & ukht..
apa khabar iman anda?
sudah lama rasanya saya tidak menulis entry yang serius.. mungkin masa yang kian berlari lebih laju dari saya yang menyebabkan saya sering kali lelah dalam perlumbaan ini.. tetapi Allah maha mengetahui akan rencana hamba2Nya.. semoga apa yang dirancang, akan Dia permudahkan...amin
sekarang sudah hampir masuk ke dalam sepuluh malam yang terakhir bukan? dalam sedar atau tidak, sudah separuh ramadhan kita lalui... tetapi, apa perubahan yang kita bawa untuk diri kita ini? masih samakah ibadat kita? masa begitukah solat kita? masih beratkan tangan menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan?
walau bagaimanapun, saya pasti, ramai antara kita yang sudah lancar menjalani ibadah-ibadah extra dalam bulan yang mulia ini..seperti bertadarus, solat malam, tidak lupa bersahur dan bertarawikh...
raiz: asma', aku rase Ramadhan kali ini sangat istimewa..
asma': yeke? kenapa aku masih xdapat cari lg keistimewaan tu ek?
setiap kali ramadhan, saya terutamanya, pasti akan mencari-cari apa 'hadiah' yang Allah ingin berikan pada saya... tetapi, saya masih lagi gagal menemui apa-apa yang 'lebih' sepanjang 15 hari yang lalu,, adakah istimewa itu bukan milik saya lagi?
saya pasti, ada dikalangan kita pun, mesti mencari keistimewaan Ramadhan dalam setiap hari dan malamnya...
saya terfikir... dan terfikir...
astagfirullahal azim...
sahabat-sahabat sekalian..dalam setiap ibadah yang kita lakukan, sebenarnya, kita masih lupa bahawa, bukan sahaja amalan kebaikan yang Allah dambakan, tetapi, taubat dan istiqamah kita dalam menghindari dosa-dosa yang sering kita lakukan dalam sehari-harian.. sama ada secara sengaja atau tidak...
kita solat malam, tetapi, kita masih lewatkan solat fardhu
kita tarawikh berjemaah, tetapi, solat2 lain kita remehkan tuntutan jemaah itu,
kita puasa perut, tetapi kita masih lazat menikmati 'juadah' nafsu yang lain,
being good is not just when you pray harder than anyone else
but being good is when you truly admit what was your sins to Him and seek for His forgiveness..
“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal salih, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.”
(Surah Al-Furqan, ayat 71)
ramadhan madrasah tarbiah..
gunakan tutorial ujian sebagai latihan menghadapi peperiksaan sebenar pada bulan-bulan biasa
jadikan kesucian bulan ini sebagai satu titik tolak dalam kita menjadi insan yang lebih tulus pada diri sendiri, terutamanya pada Allah...
akui dosa-dosa lalu & jadikan ia booster dalam mempertingkatkan qualiti ibadah kita
jangan sekadar berlapar dahaga, tetapi mata masih meliar memerhatikan dosa
jangan sekadar solat berganda-ganda, tetapi masih berkepit, bergayut dengan kekasih (bukan mahram) setiap masa..
jangan sekadar menutup kepala, tetapi aurat lain masih terdedah terbuka...
jangan sengaja membuat dosa ON dan OFF
marilah kita cuba kawan-kawan...
tinggalkan amalan buruk kita itu
amalkan apa yang Allah suka
bukan itukah tujuan penciptaan kita?
menjaga 'hati' Allah, dengan menjaga diri kita dari segala dosa..
tidak malukah kita, mengores dosa dalam jasad & roh milikNya?
astagfirullahal azim...
jadilah kita hamba yang tahu asal usul kita..
jadilah kita hamba yanf bersyukur atas segala yang Allah beri pada kita
asma: :'(
raiz: kenape babe?
asma': aku masih xdpt cari apa yg istimewa dlm ramadhan ni..
raiz: xpe babe, keep looking, u'll find one, sooner or later... Allah maha mengetahui & Allah maha penyayang..
jangan cepat putus asa dengan pertolongan Allah, kerana siapalah kita untuk meminta yang lebih-lebih.. kita cuma boleh meminta dan teruskan mencari, kerana Allah itu dekat:
"And We have already created man and know what his soul whispers to him, and We are closer to him than [his] jugular vein" (50:16)
sekian..
2 comments:
good luck my dear sis. =p
thanks kak.. same2 kite kecapi keindahan ramadhan kali ini!
Post a Comment