Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Home

Saturday, January 23, 2010

Mangkatnya Sultan Johor...

Utusan Online

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Umno Online

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Harakah Online

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi awang dalam satu kenyataan berkata, PAS mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkanroh baginda bersama orang-orang yang soleh.

"Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010.

"Patik sekalian berdoa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan baginda di kalangan orang-orang yang soleh," katanya


semoga roh Almarhum di cucuri Rahmat Ilahi...

Friday, January 22, 2010

sakit gigi :(

Salam Sejahtera semua~

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menghitungnya.” (16: 18)

pagi tadi, ambil kesempatan ke klinik gigi utk check gigi graham yg da lame sakit.. kne la bgn seawal2nya, utk kejar waktu emergency klinik tu, klu x, melepas la xdpt jumpe doktor..huu~

bila doktor cek, die suroh x-ray dlu gigi.. sbb nk tgk cmne sbnrnye kedudukan graham bongsu tu.. ya Allah, sgt scary masuk bilik xray.. huu, xtau knape, sbb rase xsecure kne masuk dlm bilik tu sorg2, n ade plak alat yg highly elektronik, yg scan kepala je.. terpikir, klu la tiba2 alat ni rosak time scan, mati la aku... (*_*!)

then, sejurus lps dpt result, tgk2, mmg graham bongsu belah kiri, atas & bwh terselindung di sebalik gusi, yg terkeluar cuma 30% je.. that's why ade pain bila makan, sbb gigi yg terkeluar tu terkna pd gusi blah atas & bwh.. so, doktor suggest wat surgery..
GULP... SURGERY?

terdiam kjp...

adei, jgn la, tkutt.....

doktor kate ni minor surgery je, utk remove gigi tu, sbb nnt lame2 akan ade infection klu sentiasa luka, & akan mengundang pain yg lg teruk.. huh

lps kuar tu, termenung lg...
btul ke kne wat surgery ni? hurmm

then, nurse panggil utk wat appointment for this minor surgery.. tgk2, tarikh plg dekat, awal bulan 4! eh, smpi bila nk sakit ni?? klu da nk kne infection, da truk da ni.. adei, cmne la klu cmni...

hurmm..

nurse tu cite la sket psl surgery ni.. die suro makan puas2 sblm surgery, sbb nnt berhari2 xdpt mkn..huu..then nnt dpt MC 3 hari...

wah, scary nye! surgery mulut pon MC smpi 3 hari?? mati laa....

erm, skrg, tgh pantang sket mkn2 benda keras, & bleh kunyah kat 1 side of mouth je.. huu

nk tunggu appointment ke, nk g swasta je? (xde duit...)

“Dan (ingatlah juga) ketika Tuhan kalian mengatakan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka ketahuilah sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih’.” (14: 7)



Tuesday, January 19, 2010

what will be will be


When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Salam alayk...

2010.. walau agak terlambat utk mengalu2kan kedtgn thun br, memandangkan sgt2 sibuk kebelakangan ini... assignmnt, projek, sukmum, personal things.. hu~

bila kita semakin dewasa, semakin meningkat usia, mmg xboleh disangkal utk memikul lbh berat tanggungjawab. skrg, bkn shj utk diri sendiri, malah, utk masyarakat, keluarga, kawan2, mmg perlu utk di pikirkan bersama.

bila masuk thun ke-3, semester ke-2 ni, mata semakin buntang melihat jalan2 utk kehadapan...
perlu ke kiri ke, ke kanan ke.. atau tersadung ke hdpn, or masih di belakang tergapai2..

subjek pelajaran dah semakin mencabar.. kesemua dah menjurus fokus pada specifikasi kerja.. industrial, clinical, community work, or academician?

masih tertnya... pelik la, kenapa masih compius nk wat desicion, padahal, da lame belajar dlm bidang ni.. mungkin sbb ini bukan pilihan hati?

xboleh nk salahkan sesiapa sbb semua ni keputusan sendiri (walau xterzahir dari hati sendiri)
what will i be?
am i going to be a pharmacist?
or, decide to take a little detour to another field? (as to fulfill my desired long ago)

or just, continue being a pharmacist?

am i liking this path?

is there any other option left?

ade lbh kurang sethun lg utk fikir, utk meneruskan perjalanan...

The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

(#_#) the confused me~

Wednesday, January 13, 2010

bila anak xkenal budi, bila bumi menyumpah pergi!


KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

baca lanjutan di SINI

semoga kita di jauhkan dr menjadi anak yg derhaka..

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
kredit from: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0

Monday, January 4, 2010

funny day~

salam alayk~~
kelas pd tadi start pkul 8 pg.. da la hujan ribut mlm td, mmg liat nk bgn, tp demi ke kelas, di gagahkn juga.. huu

kelas CPP oleh miss anusuya kat dewan sepetir..
jarang ade lecture kat dewan ni, last lecture kat cni time 2nd yr rasenye...

nk di jadikan cerita, sy, amal, sri dok la plg ujung skali, tp bkn plg blakg, ade la dlm baris ke 5 dr depan.. tp paling jauh la ngn lecturer...

tgh syok2 dgr lecture, tiba2 miss anusuya bersuara " ha, yg dok sebelah yg pakai tudung biru tu, knape asyik tdo je dr td??!!"
mata die straight pandang tmpt kitorg, & yg pki tudung biru ialah sri, & yg dok sebelah die adalah sy!
sy pndg amal, "sy ade tdo ke??"
"ntah! mane ade ek"

sume mata tertumpu kat sy...

"ha, ngantuk sgt, bace 1 slide kat depan ni.. baca kuat2!!"

adui aiii....

malunye!

hahaha...

keluar je dewan, sy tnye sri " mata sy ni sepet sgt ke smpi miss tu nmpk sy mcm tdo?"

kesimpulan: kdg2 kita kne tanggung somethng yg kita x buat...

Sunday, January 3, 2010

pictures at thailand

masih terdapat kesan2 peluru & terbakar pada dinding masjid ini..


ini adalah masjid di mana 9 org terbunuh di dalamnya akibat dibedil teruk oleh kerajaan thai krn di katakan mereka ini pengganas

ummi n pak itam beli donut yg harganya 100 baht, 5 biji

opss, tayar estima pancit plak.. (berdiri di blkg, pak anjang)

inilah masjid yg separa siap tu

markaz dakwah ( di blkg tu adalah bgunan asrama )

rakyat di sana amat mengagungkn raja mereka. setiap hadapan bangunan kerajaan, mesti ada terpampang gambar raja tersebut. ini adalah contoh pintu gerbang sekolah yg terdapat gmbr raja mereka.

salah satu entrance tokong buddha

masjid di mana kami solat zohor~

mak anjang sibuk melayan kami

atok pah berbual dgn birasnya

anak2 pak itam

ni cik ajan melayan 2 org anak2nya..

ini sepupu sy yg menetap di thailand

pak itam & mak itam

abah n atok was enjoying their lunch~

inilah petai cambah

ini bukan air bateri, tapi air mineral..

botol air coke yg 2 kali ganda besar

Thailand tour part II

Salam alayk...

Maaf sbb part 2 agak lambat. Xtau knape sindrom malas update blog terbawa2 sampai sekarang.. huu

Ok, hari kedua, di mulakan dengan solat subuh. Part yang paling klaka waktu solat subuh ni, ialah bila ummi & abah berselisih tentang bila masuk waktu. Memandangkan waktu di sana akan awal sejam dari waktu Malaysia (sama seperti kat Sabah), jadi, masuk waktu subuh adalah pd pukul 4.45 pg waktu tempatan, iaitu bila kita xtukar jam ke waktu tempatan, masuk waktu solat adalah sama je dengan waktu Malaysia. Tp, pagi tu, abah x tukar lg jam die, jd die bgn la pkul 4.45 pg, waktu Malaysia. Selesai mandi, dlm pkul 5 pg, die kejut kitorg semua, ckp da subuh. Mmg liat la nk bgn, sbb keletihan & tidur agak lewat mlm tu, jadi, ummi yang bangun dulu. Bila ummi perasan baru pkul brape, waktu tu, abah da solat, ummi pon comfius, & try tnye btul ked a msuk waktu ni. Azan pon xdgr lagi. Dlm mamai2 lagi tu, mmg dengar la kebisingan pagi2 ummi & abah bertekak..haha.. klaka la plak.. then, dlm pkul 5.45, baru dgr azan, so, br diorg solat, n kejut kami semua...

Selepas subuh, mata mmg xleh nk tahan lagi, kami pun menyambung lena sehingga terdengar ketukan di pintu rumah. Rupa-rupanya, atok sedang berusaha menyejutkan kami semua. Waktu tu, dlm jam 9 pagi. Kami yang agak berat untuk bangun, terpaksa gagahkan diri juga.. huu, segan juga bila kami sekeluarga terlena sampai ke waktu itu, & atok pula yg dtg mengejutkan. Selesai bersiap, kami ke rumah pak anjang untuk menjamu sarapan pagi. Mmg memalukan pabila mmg tinggal kami sekeluarga shj yang tak sarapan lagi.. menu pagi itu ialah roti canai & kuih muih. Sungguh unik roti canainya, bila ia di bungkus macam kuih ketayap, dlm kertas minyak, & roti itu di gulung bersama2 dengan susu pekat. Mmg manis la jadinya roti tu. Ada lagi 1 jenis roti, iaitu seperti roti tisu, tapi bentuknya segi tiga. Huu, kelaka2.. kami jangkakan, tiada aktiviti pada hari itu, kerana badan yang masih letih, akan tetapi, atok mendesak pak anjang untuk membawa kami berjalan2.. oleh itu, program hari itu bertukar.

Perjalanan hari ini adalah ke Yala, iaitu ke markaz dakwah ayah mentua pak anjang, kerana kebetulan, dia sedang mengadakan khidmat utk pendakwah2 di sana. Kami semua menaiki 3 buah kereta, iaitu sebuah lagi ialah kereta hilux pak anjang. Mmg mereka ini sudah lali dengan kesusahan, jadi, bersempit pon tiada masalah. Mak mentua & adik ipar pak anjang pon turut serta.

Perjalanan ke Yala mengambil masa dlm 1 jam lebih sahaja. Sebelum ke markaz dakwah itu, kami di berhentikan ke satu pusat membeli belah. Tapi jgn tersalah anggap, ia bukanlah besar sepert MID VALLEY ke, huu, tp hanya lah pasar lambak, yang menjual pakaian2 bundle. Mmg besar sangat kawasan tersebut, sehingga kami hnya mampu berjln xsampai separuh dari psr itu. Melihat suasana psr bundle di Yala, sy betul2 teringat suasana pasar bundle di Sabah. Mmg seakan2 memori itu menerjah kembali. Boleh di katakan mcm 'deja vu', sbb segala2nya hmpir serupa. Mcm biasalah, bila shopping, org perempuan mmg xpernah kalah. Isteri cik ajan, iaitu cik raudhah, membeli beberapa beg kulit berjenama, xkurang mak itam yang membeli beberapa helai seluar jeans. Ummi, sofi & saya masih belum decide untuk membeli apa, jadi, kami masih menjamu mata shj. Apabila lama berjalan, kami singgah di kedai pakaian-bkn-bundle, di situ, dijual bj2 blouse sama seperti di Malaysia, tetapi Cuma bajunya itu laen sgt2 dengan trent kita.. sy tertarik dgn satu seluar 'aladdin' yang diperbuat dari kain batik jawa. Sofi & ummi pula membeli blouse. Atok pah pula xlupa membeli beberapa helai pakaian untuk anak2nya di kampong.

Dalam lebih kurang pkul 12 tghhari waktu tempatan, kami bergerak dari pasar ke markaz dakwah tersebut. Sebelum itu, mak anjang sempat membelanja kami semua makanan tradisional siam, iaitu seperti kerabu yang ada pelbagai2 jenis rasa & isi2nya, ada seperti kerabu mangga, ada seperti kerabu jantung pisang. Tp yang peliknya, kita biasanya makan kerabu beserta dengan nasi, tetapi, mereka mkn seperti snek pula. Huu.

Markaz dakwah itu tidaklah jauh dari pasar tersebut, kira2 20 minit sahaja. Setibanya kami di pintu masuk markaz, saya terbaca signboard " WANITA YANG MEMASUKI KAWASAN INI DIKEHENDAKI MENUTUP MUKA"

Wah, naik bulu roma.

Markaz itu pusatnya adalah masjid & di seblah kanannya ialah asrama. Di sekeliling masjid & asrama itu, terdapat pelbagai gerai2 menjual pelbagai jualan, seperti jubah2, buku2 kedai makan serta kedai runcit. Suasana di markaz itu pula seakan2 di makkah atau madinah, kerana muslimin mmg berjubah putih, serta musliamat berjilbab hitam. Setibanya di tempat yang di tuju, kenderaan kami berhenti betul2 di bhgian hdpn masjid tersebut. Sungguh besar masjid itu, boleh di katakan sama besar seperti masjid Negara. Tetapi, sungguh mengecewakan, kerana kondisi masjid yg separuh siap, tetapi telah pon digunakan. Masjid itu tidak di simen pon lagi. Kubahnya hanya nmpk bentuk. Suram keadaan di sana. Asrama di tepinya juga sebegitu rupa. Pak anjang menjelaskan yang pembinaan masjid atau apa2 yang berkaitan dengan Islam tidak diberikan apa2 dana dr kerajaan, jadi, ia bergantung pada usaha penduduk setempat. Jika ada dana masuk, baru ia akan di bangunkan sedikit demi sedikit. Hurm.. sungguh kesian melihat keadaan di sana. Akan tetapi, sy amat kagum dengan usaha titik peluh mereka yang x patah semangat untuk tetap menegakkan Islam yang boleh di katakan 'asing' di Negara itu.

Kami, org2 perempuan tidak pun keluar dari kereta sepanjang berada di sana, Cuma org2 lelaki yang turun bersalaman dgn ayah mentua pak anjang.

Selepas itu, Kami bertolak dr markaz dakwah ke restoren untuk makan tenghari. Restoren ini terletak berhampiran dgn pantai yang menyajikan makanan laut. Sejuk hati pabila kami masuk ke dalam restoren kerana kesemua pelayannya adalah perempuan yang bertudung serta berbaju kurung, yang menutup aurat secara sempurna. Tiada yang berbaju ketat, tiada juga yang bertudung singkat.

Pelbagai lauk pauk di pesan oleh mak anjang, yang pastinya, amat menyelerakan sekali. Ikan goreng, 4 jenis, tomyam, 3 jenis, ulam- ulaman, sotong goreng, udang goreng, daging goreng dan laen. Satu ulam yang menarik perhatian kami ialah petai cambah. Petai ini terdapat akar yang tumbuh pada setiap satunya (seperti togeh). Kata pak anjang, ia di biarkan bercambah untuk mengurangkan bau keras petai itu.

Sekali lagi, mak anjang membelanja kami semua. Sungguh memeranjatkan, apabila jumlah harga makanan itu semua adalah RM 140 shj!

Bayangkan betapa murahnya makanan laut di sana! Kebiasaan mkn bersama keluarga sy seramai 6 org ini, sudah mencecah hamper RM 100. Inikan bila mkn hamper 20 org!

Selesai mkn, kami singgah di masjid berhampiran untuk menunaikan solat jama' qasar zohor & asar. Sejurus solat, kami akan ke kampong budi, yang terletak lebih kurang sejam dari Yala. Kg ini ialah kg kakak tiri mak anjang. Perkampungan ini ialah perkampungn nelayan, iaitu terletak berhampiran dengan pantai. Di sana, kami di jamu dengan air kelapa muda yang di bancuh bersama susu cair, udang goreng manis, serta mini karipap berintikan kacang. Huu, mmg pelik2 menu mereka, terutamanya udang goreng manis tersebut. Ia manis, tp sedap juga utk dimkn seperti snek..huu

Kami bertolak pulang sebelum maghrib. Kami berhenti di R & R utk melangsaikan solat maghrib jama' qasar bersama isyak. Sekali lagi, suasana R & R itu sama seperti salah satu perhentian di oasis sewaktu perjalanan dr Jeddah ke Madinah.

Kami tiba di rumah lebih kurang jam 8 mlm waktu tempatan. Selesai menjamu makan malam yang agak ringkas, kerana mak anjang hanya menempah dari kedai, kami semua masuk ke bilik untuk melepaskan lelah badan.


 

To be continued...

Thursday, December 31, 2009

thailand tour part I

salam alayk~


sempena cuti antara semester lepas, keluarga sebelah ummi berpakat untuk melawat pakcik saya, iaitu pak anjang, yang menetap di selatan thailand, di daerah pattani. Dia sudah hampir 10 tahun tinggal di sana kerana mengahwini seorang gadis, anak kepada tok guru nya. :)


oleh kerana kami sangat la ramai, jadi, kami semua bercadang untuk memandu ke sana, yang memakan masa hampir 2 hari.


Hari pertama: 17 Disember 2009


sementara menunggu abah selesai waktu kerjanya, kami sekeluarga, iaitu ummi, sofi, izzat & saya, sibuk mengemas persiapan untuk percutian kami yang cadangnya mengambil masa selama 5 hari. Dalam jam 4.30 petang, kami bertolak dari tenggaroh, kota tinggi ke Kulai, iaitu rumah atok, yang memakan masa hampir 1 jam setengah. Kami singgah di klinik haiwan, Global Pets, untuk 'drop off' Solid & Bubble ( kucing-kucing ummi ).


Setibanya di Kulai, Cik ajan sekeluarga telah pun menunggu. Kami bertolak ke Kuala Lumpur lebih kurang selepas isyak. Atok & atok pah juga ikut sama.


Perjalanan ke Kuala Lumpur agak bosan, kerana highway yang sama sahaja pemandangannya sepanjang-panjang perjalanan. Abah pun cepat sangat mengantuk. Mungkin kerana letih bekerja siang tadi.


Dalam jam 12 mlm, kami tiba di rumah pak itam, yang terletak di subang. Kami bermalam di sana.


Hari ke-2: 18 Disember 2009

Hari ini, perjalanan lagi jauh, jadi, sejurus selepas subuh, kami terus bersiap2 & sarapan pagi yang sememangnya sgt sedap, walaupun hampir semua yang mak itam hidang adalah made-in-kedai.. huu

Kali ini, hanya keluarga saya & keluarga cik ajan sahaja yang akan konvoi ke Thailand, sebab rupa2nya, pak itam telah pon menempah tiket Firefly utk atok & atok pah serta utk keluarganya. Mereka di jangka berlepas dalam pkul 2.15 pm, so, utk 'mengejar' kapal terbang dari subang ke kota bahru tu, abah & cik ajan speed terus ke Thailand tanpa banyak berhenti.

Dari subang, kami mengambil lebuhraya utara selatan menghala ke ipoh, & turun di kuala kangsar. Di sana, kami mengambil jalan menuju ke grik. Kali ini, perjalanan tak membosankan sangat, sebab pemandangan yang jarang2 sekali kita dapat lihat. Terutamanya jalan dari grik ke jeli. Mmg la memeningkan betul jalanrayanya, sebab kita merentasi banjaran kan, tapi mmg sangat berbaloi, sbb dapat tengok empangan temenggor, yang selama ni, hanya tau melalui mata pelajaran geografi waktu tingkatan 3 sahaja. Huu.. akan tetapi, kami xberkesempatan utk turun di sepanjang jalan untuk mengambil gambar kerana hujan yang lebat2 rengai sepanjang2 ke jeli.

Dari Jeli, kami mesti ke rantau panjang, iaitu sempadan dari Negara Thailand. Malang sekali, lagi 20 km ke rantau panjang, apabila jam menunjukkn pukul 3.00 pm, ummi menerima panggilan dari pak itam, yang mengatakan mereka terlepas kapal terbang. Jadi, mereka terpaksa beli semula tiket yang baru, iaitu penerbangan pada pkul 6.00 petang pula. Sejurus mendengar berita itu, kami bercadang untuk berhenti untuk solat jama' qasar zohor & asar di masjid berhampiran, seterusnya meneruskan perjalanan ke rantau panjang.

Rantau panjang merupakan pekan yang agak kecil, iaitu boleh di katakan pekan koboi la. Sangat sesak jalan rayanya, bukan shj kerana byk kenderaan, tapi krn jalannya yang sempit & sesak dengan orang2 tempatan, pelancong2 yang ingin ke Thailand, rakyat Thailand yang memasuki Malaysia, serta xlupa juga haiwan2 ternakan yang turut sama menyesakkn jalan.. huu

Disebabkan perjalanan yang tak henti2 tadi, perut kami juga meminta di isi, jadi, kami berhenti & makan tengahhari di kedai makan berhampiran dengan The Zon. Sudah semestinya, kami berpakat order mee tomyam, kerana di situ terkenal dengan kelazatan tomyamnya.

Dalam pukul 6 petang, pak anjang tiba di sepadan Thailand untuk menjemput kami semua, tetapi, kami terpaksa tunggu ketibaan Firefly dari subang itu mendarat di kota bahru yang di jangka mengambil masa lagi 1 jam. Selesai solat maghrib, baru pak itam sekeluarga serta atok sampai di rantau panjang dengan menaiki teksi dari kota bahru. Kami agak risau kerana kami terdengar ura2 mengatakan pejabat imigresen Thailand tutup selepas pkul 7 mlm, tapi kami amik je risiko untuk masuk. Nasib menyebelahi kami, rupa2nya pejabat tutup dlm pkul 10 mlm. Jadi, sempat la utk proses semua dokumen2, passport & kereta 2 buah untuk di bawa masuk, iaitu kereta abah n kereta Wish cik ajan. Urusan semua selesai dlm pkul 9 pm.

Seterusnya, perjalanan dari sempadan thai ke rumah pak anjang yang memakan masa hampir 1 jam setgh. Sangat2 teruja masuk ke Negara orang, mmg betul kata org2 tua, bagai rusa masuk kampong, jakun nmpk sume. Tapi memandangkan hari da makin larut,pemandangn semakin terhad, xbyk yang dapat dilihat.xsampai ½ jam perjalanan, tiba2 kami di sekat dengan 1 roadblock. Ade beberapa org polis sedang menunggu untuk membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang lalu di kawasan itu. Alhamdulillah, kami tidak di tahan dan selamat untuk meneruskan perjalanan. Waktu itu, jantung ini berdegup mmg x boleh nk di kira pantasnya. Huu

Setelah beberapa puluh KM bergerak semula, terdapat 1 lagi roadblock, yang pada kali ini di jaga oleh askar2 pula. Lagi menyeramkan, mereka menggalas senapang2 yang pelbagai jenis, & menahan setiap kenderaan yang lalu. Bila abah menurunkan tingkap sisinya, terdengar seorang askar itu mengucapkn salam mereka dlm bhs siam, lebih kurang mcm ni la sebutannya, "kap".. ntah betul ke x..huu.. di kawasan jagaan askar ni, yang paling memelikkan, mereka seperti membuat kubu mereka di sepanjang jalan sekatan itu. & yang paling menarik, ade satu kubu yg di bina menggunakan beg2 pasir, & terdapat seorg askar dgn senapang sniper didlmnya. Di atas askar itu, terdpt seperti jala ikan tergantung. Hurm.. wonder what it is...

Sekali lagi, kami selamat meneruskan perjalanan. Buat pengetahuan semua, sebenarnya, sepanjang perjalanan kami itu, terdapat 14 sekatan jln raya yang di buat sama ada oleh polis atau askar, tapi xsemua roadblock di jaga. Ade juga yang di biar, iaitu Cuma terdapat kayu & besi yang menghalang jalan.

Tepat pkul 11 mlm, kami tiba di rumah pak anjang. Rumah dia terletak di pantai Waksyukri, mmg btul2 dpn pantai. setibanya kami di sana, kami di sambut dgn hidangan makan mlm yang sungguh mnyelerakan! 3 dulang berisi ketam rebus penuh terisi di tikar makan, beserta dengan lauk pauk seafood laen. Tanpa di jemput pon, kami sudah melahap krn terngiur dgn ketam yang luar biasa besarnya. Tidak kurang dengan sedapnya, ketam2 tersebut baru shj di tangkap & isi serta kulitnya sgt2 lembut! Cukup dgn seekor shj, sy mengambil masa ½ jam untuk menghabiskn isinya! Kata pak anjang, ketam tersebut br shj menyalin kulit, itu yang kulitnya sgt lembut. Seusai mkn, kami diberi tempat untuk melepaskan lelah perjalanan sehari di bilik masing2. Memandangkan saya sekeluarga yang mempunyai ahli lebih, jadi, pak anjang memberi kami sebuah rumah laen, yg di sewa khas supaya kami sekeluarga lebih selesa. Yang laen2 menetap di rumahnya.

Sebelum masuk tidur, sempat ummi bertanya pd pak anjang, knape ada jala atas kubu tentera tu?

Pak anjang menjawab "sebab, selalu sgt org dlm kubu tu kne bom dgn bom tgn. Klu org lalu lalang kat ctu, diorg baling bom, n kene jala, nnt terpelanting la blk bom tu.." kata pak anjang sambil tersenyum..

Mlm tu kami tidur dgn pelbagai fikiran menerajui minda masing2....


To be continued...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...